ayat entri yang agak gempak walaupun isi suam2 kuku je... =p
seperti yang telah dijanjikan.. pada entri ni aku akan citer nape aku tak ramai insan bernama kawan... ni daripada pandangan akula, antara sebabnya adalah:
1. orang selalu ingat aku ni sombong.. riak muka kot.... padahal aku tak sombong pon... jenis muka tak
friendly...T_T
2. aku sebenarnya tak reti sangat nak bercakap atau berbual2.. seriously... taktau nak cari modal ape nak
dicakapkan atau dibualkan.maybe takde aura dan ciri-ciri peramah disitu... . tapi kalau dengan orang yang
rapat, they know how talkative i am.. muahahahaha..
3. sikap aku mmg jenis yang taksuka busybody atau amik tau hal orang mungkin telah menyumbang kepada
perkara diatas... bagi aku, kalau orang nak cite, diorang akan datang citer sendiri, tak perlu aku pergi
korek2 cite diorang,
korek2 is just not my type... sebab tu, masa first2 duk umah sewa dulu zaman
maktabun, slalu je housemates aku ingat aku tak suka bercampur ngan diorang, padahal aku mmg jenis
yang suke wat hal sendiri je... dorang ingat aku tak suka sembang-sembang ngan dorang, padahal aku ok
je.. cuma kadang-kadang aku ingat ada benda yang mungkin private antara 2 orang tu, so aku beri laluan
aje.. no heart touching.. tapi rupanya benda tu telah timbulkan salah faham... selepas aku terangkan, so far,
pastu, dorang faham n kalau ade paper, secara autonya mereka akan bergosip di bilik aku.. hahahhaha
4.dunia aku ngan bucuk2 sahaja turut memberi kesan kot... yela.. kalau dah asik berkepit je ngan die mmg la
takde masa nak hangoutz ngan kawan2 lain.. makan pagi, tghari , malam ngan dia.. shooping pon ngan cuk2
jugak.. but i don't regret that... sebab deep down, i feel that my cuk2 is still my really best friend... that
always be at my side first than other best friends... realitinya, kita lebih rela menyusahkan BF kita daripada
kawan baik..
BETUL TAK??? tak akan ada rasa bersalah atau awkward... thats for me la... bukan nak
cakap dorang tak sudi tolong, lebih dari sudi.. cuma kalau ada pilihan yang lebih baik untuk disusahkan, pe
salahnya kan.. kan..kan..
bilangan kawan rapat aku buleh kira ngan jari je.. maksud rapat ni yang buleh aku bergelak ketawa bagai n bercerita segala benda la.. huhuhu, kalau kawan skolah rendah takde kot... dah jadi suam3 kuku.. sekolah menengah ada dua orang, miena dan mcma... kawan masa maktab, enun dan fara... so total up, jadi 4 orang je... sikit kan..yang lain bukan aku tak bertegur, kalau buleh, satu batch tu aku nak jadikan kawan rapat sume, tapi nak wat cane... i don't have that charm... huhuhu, takpela.. yang penting sume aku kawan. kan2...
walaupun masa belajar banyak dihabiskan dengan bucuk2, bukan bermakna i don't have time with my besties...selalunya, kami akan ambik masa tertentu yang masing-masing tak keluar ngan pakwe dan plan apa yang kami nak buat..
biasanya aktiviti wajib kami adalah:
berbuka puasa di hotel.... almost 3x jugak.. lokasinya kat Grand Continental.. tahun ni tak merasa la yep kawan2..
shopping: samaada beli barang keperluan atau saje cuti2 mata..
makan sushi: sume balik muka kelat aje.. huhuhu
pergi makan bersama-sama; biasanya lokasi kegemaran; KFC, Pizza Hut ataupon Mcd.. penah sahur kat mcd.. best2...
picnic!.. best jugak sebab prepare macam2 dan g makan kat tepi pantai.. syokk!
- BBQ: taksempat amik gambar sbb sibuk membakar ayam.. =))
p/s : selalunya aktiviti kami berkisarkan makan je... ngeh3.. sebab kami suka makan..... ^_^