Semalam beli majalah EH! sebab tak tau nak buat apa dah... selalunya jarang jugak baca EH! ni... sebab dia banyak fesyen2 dalam tu... kurang minat sangat la... better cosmopolitan, rapi, dan intrend..kurang-kurang buleh jugak belajar makeup ke jaga kesihatan ke kan.. belek2 tu terjumpa satu artikel pasal sifat perempuan yang tidak disukai lelaki.. yang kat bawah ni dah diolah from my view yer.. bukan sejibik2 dalam EH! tu...=).. 5 sifat tu adalah...
1. Wanita Maskulin
sebab lelaki rasa perempuan camni dah hilang fitrah semulajadinya dan menyebabkan lelaki rasa tercabar kerana perempuan maskulin selalu rasa searas dengan lelaki.. mungkin... sebab kalau perempuan tu maskulin, maksudnya, semua benda yang lelaki buleh buat, dia pun buleh buat kan.. so kurang peranan lelaki kat situ.. hahaha, kalau aku, tetap nak suruh MBB buat kerja yang sinonim dengan lelaki... taknak la jadi maskulin.. sebab tu sebenarnya salah satu cara bermanja jugak sebenarnya.. tapi jangan le sampai tahap meleleh2, sume kerja tak buleh buat lak. tu namanya mengada-ngada dah. =p
2. Wanita Terlalu Suka Bercakap
Err...sebab lelaki rasa perempuan begini tidak akan memberi kesempatan kepada orang lain bercakap jugak (yeke??) bersikap memaksa dan egois... tak berapa setuju sebab aku pun suka bercakap tapi tak adala sampai tak beri peluang kepada orang lain terutama pasangan bercakap kan.. agak2 ler der...
3. Perempuan Pemalas
huhuhu, yang ni setuju seratus peratus.. sape tahan ngan perempuan yang malas.. even sesama perempuan pun. memang akan rasa nak bagi penampar je..
4. Wanita Bodoh
Tidak boleh dibanggakan oleh pasangan, tak punya pendapat bernas dan bersikap pasif...
satu lagi spesies, dia tak bodoh, tapi buat2 bodoh.. yang ni kira up sket level dia.. n memang kategori mintak penampar.. kenapa? ntah, rasa cam bangang pon ada perempuan cam tu... kalau yang sedia b***h tu takpela.. kita fahamla sebab kemampuan mental ni berbeza.. tapi kalau buat2 tu... aduhai... sabo jela.
5. Wanita Irihati
terutama dengan perempuan lain.. bab ape? opkos la barang kemas. paras rupa dan barang-barang rumah...
pantang nampak, sure berlumba siapa yang pakai gelang banyak, perabot mahal dsb... tak nak kalah beb!.. sebenarnya benda macam ni boleh menimbulkan marah lelaki dan tak keterlaluan juga antara punca keruntuhan sesuatu hubungan..