LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

April 18, 2011

-cukuplah sekali-

penah tak jumpa orang yang teramatkan pentingkan diri sendiri??
sampai tahap yang memang korang tak buleh bayangkan...
aku pernah....
penah tak jumpa orang yang sangat2 malas?
sampai tahap yang memang buat kita geram gila2...
aku pernah...
penah jumpa orang yang kedekut tahap gaban?
sampai setiap sen yang berkait dengan dia akan dikira dan diingatnya
aku pun pernah
penah jumpa orang yang suka menipu?
sampai kadang-kadang benda terang lagi nyata pon nak dibohong jugak..
aku pernah
rembat barang dan mengaku dia punya?
aku pon pernah..

hmmmm, camana agaknya kalau sume sifat-sifat di atas ada kat dalam diri seseorang... diulangi... seorang ok.. bukan individu berbeza.. perempuan lak tu... dalan berkawan, banyak menyedarkan aku banyak2 jenis manusia.. tak semua sesuai dijadikan teman, lebih lagi teman baik... the rest cukup jadi sekadar kawan sahaja... contoh terdekat adalah individu di atas ni..pengalaman almost 3 tahun mmg sangat cukup perit nak dilalui dan kalau boleh taknak ada kawan macamtu... better jumpa kawan baru laa.. rasanya setakat ni tak pernah lagi jumpa perempuan perangai complete package macam tu...

i know to err is human.. mana ada manusia sempurna kan.. tapi kalau tengok kepada sikap diatas, rasanya tak boleh nak hujah tentang manusia tak sempurna... rasanya memang individu tu yang ada masalah...
sebagai kawan, penah juga tegur2 sikap dan perangai dia kan.. tapi rasanya sebab die dah lama berperangai macam tu.. so memang tak dapat ubah kot... benda ni  ramai jugak yang perasaan, bila lama-lama tak tahan, last-last aku amik keputusan untuk  jauhkan diri aje.. kadang-kadang sakit hati jugak dipergunakan...
yela.. depan semua orang pijak semut pon tak mati.. cakap lembut gigi dari lidah.. kalau nak ikutkan memang imej individu tu lagi baik dari imej aku...

tapi takpela.. yang penting aku tak hipokrit dan bermuka-muka kan... biar tak ramai kawan yang penting kita ada kawan yang betul2 sahabat  =)

my bestfren.. lebih 10 tahun kenal..dari form 1 lagi... hihi tak caya tanya dia, sama tak perangai aku dari dulu sampai sekarang ni.. =)

5 sifat perempuan yang tidak disukai LELAKI


Semalam beli majalah EH! sebab tak tau nak buat apa dah... selalunya jarang jugak baca EH! ni... sebab dia banyak fesyen2 dalam tu... kurang minat sangat la... better cosmopolitan, rapi, dan intrend..kurang-kurang buleh jugak belajar makeup ke jaga kesihatan ke kan.. belek2 tu terjumpa satu artikel pasal sifat perempuan yang tidak disukai lelaki.. yang kat bawah ni dah diolah from my view yer.. bukan sejibik2 dalam EH! tu...=).. 5 sifat tu adalah...

1. Wanita Maskulin
sebab lelaki rasa perempuan camni dah hilang fitrah semulajadinya dan menyebabkan lelaki rasa tercabar kerana perempuan maskulin selalu rasa searas dengan lelaki.. mungkin... sebab kalau perempuan tu maskulin, maksudnya, semua benda yang lelaki buleh buat, dia pun buleh buat kan.. so kurang peranan lelaki kat situ.. hahaha, kalau aku, tetap nak suruh MBB buat kerja yang sinonim dengan lelaki... taknak la jadi maskulin.. sebab tu sebenarnya salah satu cara bermanja jugak sebenarnya.. tapi jangan le sampai tahap meleleh2, sume kerja tak buleh buat lak. tu namanya mengada-ngada dah. =p

2. Wanita Terlalu Suka Bercakap
Err...sebab lelaki rasa perempuan begini tidak akan memberi kesempatan kepada orang lain bercakap jugak (yeke??) bersikap memaksa dan egois... tak berapa setuju sebab aku pun suka bercakap tapi tak adala sampai tak beri peluang kepada orang lain terutama pasangan bercakap kan.. agak2 ler der...

3. Perempuan Pemalas
huhuhu, yang ni setuju seratus peratus.. sape tahan ngan perempuan yang malas.. even sesama perempuan pun. memang akan rasa nak bagi penampar je..

4. Wanita Bodoh
Tidak boleh dibanggakan oleh pasangan, tak punya pendapat bernas dan bersikap pasif... 
satu lagi spesies, dia tak bodoh, tapi buat2 bodoh.. yang ni kira up sket level dia.. n memang kategori mintak penampar.. kenapa? ntah, rasa cam bangang pon ada perempuan cam tu... kalau yang sedia b***h tu takpela.. kita fahamla sebab kemampuan mental ni berbeza.. tapi kalau buat2 tu... aduhai... sabo jela.

5. Wanita Irihati
terutama dengan perempuan lain.. bab ape? opkos la barang kemas. paras rupa dan barang-barang rumah...
pantang nampak, sure berlumba siapa yang pakai gelang banyak, perabot mahal dsb... tak nak kalah beb!.. sebenarnya benda macam ni boleh menimbulkan marah lelaki dan tak keterlaluan juga antara punca keruntuhan sesuatu hubungan..

April 17, 2011

Be nice





Three things in human life are important:
the first is to be kind.
the second is to be kind.
the third is to be kind. 

(William James)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...