LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

May 24, 2011

tolong caye!! tolong caye!!!


uhuhuhu, sakit kepala memikirkan samaada nak pindah atau tak...
sekarang duduk kuarters guru sekolah lain.
dengan cikgu sekolah tu. kira potongan rumah atas nama dia cuma nanti bulan-bulan bayar kat dia jela..
aritu pernah housemate ajak cari rumah
sebab dia sedar potongan duit tu banyak jugak,
yela bila duduk rumah kerajaan, elaun perumahan memang tak dapat, campur ngan potong COLA separuh..
lagipun kuarters sekarang ni tandas rosak, kalau nak membuang, memang menonong ke tandas sekolah yang jaraknya hampir 50 m. 50m pun kalau dalam keadaan genting memang mau berterabur jugak sementara nak sampai tu kan.. =p
kat sini memang susah nak cari umah sewa...
kemudian ada yang bagitau ada kekosongan rumah, 
pergila survey rumah tu, dan resultnya:
keadaan dia memang sangat tak ok, lagi teruk dari kuarters kami duduk tu.. so tak jadi la masa tu pindah.. so habisla ceritanya kat situ...
alkisahnya, semalam ada ustazah kat sekolah offerkan rumah dia tuk disewa..
sebab orang yang duduk umah tu skang dapat offer jadi warden..
RM 250 sebulan, tapi condition rumah tu tak tahu macam mana.... tapi mengikut tuan rumah yakni ustazah tu, okla, tile flooring.. ade 3 bilik, 2 bilik air dan grill depan..
memang berminat bila dengar sebab rumah sekarang ni memang tak ada tandas kan.. so agak seksa sikit bila nak buang tu nak kena kuar rumah dan menuju ke sekolah... sebab tu kalau rasa sikit2 je nak buang, tahan je la, sebab malas.. heheh, tau bahaya tuk badan tapi lecehhh...
masalahnya memang teringin nak pindah, tapi bila tanya housemate, 
sekarang nampak dia macam tak berminat pulak..
aisehhh, katanya lagi senang dia duduk kat skolah ni sebab dia penyelaras pss..
susah nak berulang...
bila macam tu rasa cam berbelah bahagi pulak nak tinggalkan dia...
tapi rasa cam nak sewa rumah tu.. sebab susah nak dapat rumah perumahan area ni kalau tak grab chance ni.. pastu terpikir jugak, sampai bila nak duduk kuarters ni, kalau tetiba housemate kawin atau tukar ke tempat lain, mana pulak nak cari rumah lepas tu.. takkan nak duduk kat kuarters ni sorang-sorang dengan begitu banyak nilai potongan duit.... duit tu bukanla masalah besar sangat tapi rasa macam tak berbaloi bayar hampir Rm 350, tapi tandas tak boleh pakai..

sekarang memang condong nak amik rumah sewa tu... kalau akak tu taknak join, tak kejam kan kalau nak sewa sorang2? rasa2 kan mampu ke nak bayar rm250 sorang+bil air +bil api(harap dapat yang free tu.. =p)?
pastu pikir mesti kena masuk tenet sebab dah takdapat internet free.. kat kuarters ni takpela dapat schoolnet..
kemudian setan-setan ni duk racun2 lagi buatkan terfikir malas nak angkut2, kemas2 barang kalau nak pindah... tapiiii.... kalau tak sewa rumah tu, rasanyaa memang takkan dapat dah rumah sewa sampai la bertukar nanti........ adoi...... camana nihhh...


terkena penangan

tiap2 hari isnin sampai khamis pukul 7-8 sure tercongok depan tv
tengok apa lagi kan..
tengok cite NORA ELENA la.. =)


cite yang diadaptasikan daripada novel meen zulaikha; kasih yang suci..


rasanya pernah baca novel ni dulu
sebab tu cam familiar dengan storyline dia...
siti saleha sebagai nora elena
ada bakat ganti pelakon-pelakon drama skang ni cam fasha dan tiz zaqyah..
aaron aziz sebagai seth tan; cam biasa, macho... hensem sudah tentu.. =p
arini punya episod, seth dengan elena kahwin dah..
so sape-sape yang nak kawin tu bulehla ambil insprasi baju yang elena pakai tu.. 
cantik kan... 




May 23, 2011

sila tgk, kalau tak rugiiii...


yess, dah pergi tengok citer NUR KASIH THE MOVIE....
masa sabtu hari tu, kat BIG cinemas.. amik tayangan kul 1.45..
sama dengan fara, murni, mardhati dan ana...(gambar tak ada, rushing kejar waktu)
seronok sangat.... citer dia best... bagi mark 4.5/5..
sinematografi filem memang cantik... macam dalam drama...
dalam filem ni, memang Tiz Zaqyah tu nampak natural je lakonan dia.. menghayati watak betul2... memang sangat2 terkesan dengan lakonan dia... 
Remy Ishak, as always.. macho man... hensem kan dia...
Fizz Fairuz, still cool... banyak part dia sedih2 kali ni..
Mia Sara betul2 menceriakan filem ni sebab part dia yang suntik elemen humor dalam movie ni
dan Ilyas(taktau nama sebenar dia) bawak kita selami isi hati kanak-kanak yang hilang mak waktu kecil dan pada masa yang sama mahu protect ayah dia yang kehilangan.. pandai budak ni berlakon...
kawan2 cakap, dorang cuma tak suka nur amina waktu tua je.. hihi taktaula mungkin dorang cakap tak sesuai, but it;s ok for me.. ok sebab kalau nak amik pelakon yang veteren cun, tak logik, sebab Tiz kan rendah je.. so dorang amik afida es macam sesuai la dengan bentuk muka, hidung, dan ketinggian Tiz..
banyak jugak scene2 yang membuatkan jantung terkejut. hehehe, sebab sound tu kuat sangat dalam pawagam tu..
overallnya, memang filem ni wajib tonton. tak macam filem lain, yang bila kita habis tengok, rasa cam 'nothing' je.. tapi lepas tengok filem ni, seriously memang rasa padan dan berbaloi sangat.. rasa puas...
lupakan komen2 atau review kat paper yang cakap CGI dia tak real sangat atau luka kat muka nur amina yang tak konsisten, sebab benda tu memang langsung tak mengganggu jalan cerita...setakat lari konti jela kan..
kalau betul2 layan, memang nanges.. sume lime sekawan tu memang banjir.. cuma yang tertumpah dari kolam atau tak je... 
me? opkos la control macho... =p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...