LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

May 23, 2011

sila tgk, kalau tak rugiiii...


yess, dah pergi tengok citer NUR KASIH THE MOVIE....
masa sabtu hari tu, kat BIG cinemas.. amik tayangan kul 1.45..
sama dengan fara, murni, mardhati dan ana...(gambar tak ada, rushing kejar waktu)
seronok sangat.... citer dia best... bagi mark 4.5/5..
sinematografi filem memang cantik... macam dalam drama...
dalam filem ni, memang Tiz Zaqyah tu nampak natural je lakonan dia.. menghayati watak betul2... memang sangat2 terkesan dengan lakonan dia... 
Remy Ishak, as always.. macho man... hensem kan dia...
Fizz Fairuz, still cool... banyak part dia sedih2 kali ni..
Mia Sara betul2 menceriakan filem ni sebab part dia yang suntik elemen humor dalam movie ni
dan Ilyas(taktau nama sebenar dia) bawak kita selami isi hati kanak-kanak yang hilang mak waktu kecil dan pada masa yang sama mahu protect ayah dia yang kehilangan.. pandai budak ni berlakon...
kawan2 cakap, dorang cuma tak suka nur amina waktu tua je.. hihi taktaula mungkin dorang cakap tak sesuai, but it;s ok for me.. ok sebab kalau nak amik pelakon yang veteren cun, tak logik, sebab Tiz kan rendah je.. so dorang amik afida es macam sesuai la dengan bentuk muka, hidung, dan ketinggian Tiz..
banyak jugak scene2 yang membuatkan jantung terkejut. hehehe, sebab sound tu kuat sangat dalam pawagam tu..
overallnya, memang filem ni wajib tonton. tak macam filem lain, yang bila kita habis tengok, rasa cam 'nothing' je.. tapi lepas tengok filem ni, seriously memang rasa padan dan berbaloi sangat.. rasa puas...
lupakan komen2 atau review kat paper yang cakap CGI dia tak real sangat atau luka kat muka nur amina yang tak konsisten, sebab benda tu memang langsung tak mengganggu jalan cerita...setakat lari konti jela kan..
kalau betul2 layan, memang nanges.. sume lime sekawan tu memang banjir.. cuma yang tertumpah dari kolam atau tak je... 
me? opkos la control macho... =p



2 comments:

Super Ummi said...

Waa... kenapa tak ajak nak tengok nur kasih... Sume yang review cite ni kate best.. Nak tengok sangat, ade je wayang kat kuching ni, tapi mane syok nak g sorang2... ingat nak tunggu cuti tapi... mcm dah takde tayangan je lagi... huhu.. pasrah je.

Unknown said...

xpe, g je.. memg kalau g, takkan rasa rugi even sorang pun, ritu pun mmg nekad nak g sorang kalau tak ada yang nak tgk.. hehhehe, tapi penangan nur kasih, daripada berdua dah jadi berlima...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...