LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

June 21, 2011

bidan terjun tapi suke!!


ini bukan kes bidan terpaksa bidankan orang nak bersalin.. no..no.no..
tapi kes bidan terjun..
penat sebab terpaksa berkejar ke PPD yang jauhnya hampir 50km daripada rumah... gara-gara terpaksa menghadiri Kursus Bahasa Inggeris untuk tahun 6, bukan kursus pun, sebenarnya taklimat tapi pendekatan nya adalah lebih kepada kursus.. hohoho, bidan terjun untuk ganti guru BI tahun 6 yang terpaksa ke kursus lain.. ingatkan taklimat biasa-biasa je, alih-alih, bila sampai, ada 3 orang inggeris dalam bilik tu.. huhuhu, berdebar jugak memandangkan memang tak khatam dan tak tahu perjalanan matapelajaran untuk tahun 6.. sampai-sampai terus duduk sebelah sorang cikgu indian.. sebab tengok cikgu melayu masing-masing tandakan tempat aje.. cikgu indian tu pon baik.. kemudian ada sorang cikgu melayu lagi, pun ok..

Perjalanan kursus ok, sangat ok sebab banyak input macamana nak ajar BI kepada murid especially present progressive, past tense dan past participle. setakat yang dia tunjuk memang senang budak nak faham apa yang diajar, prinsip pngajaran yang ditekankan adalah

1. rapid develop thinking and speaking skills
2. learn to think in target language yet to eliminate translation
3.both party ask question and tell - in drilling mode
4. error is corrected on time

mereka memang menekankan kalau murid buat silap, terus betulkan kesalahan yang dilakukan... dan paling utama memang tak nak ada sesi BM dalam pengajaran BI, no translation.. secara keseluruhan, memang sangat bermanfaat taklimat ni.. Mr Ray, Katie dan Brenda memang pandai tarik perhatian dan buat kursus tu menarik.. gelak aje memanjang.... jadi bidan terjun pun takpela kan asal dapat ilmu bermanfaat.. =)

June 20, 2011

Demammm

ohh, 
sekarang diserang demam pulak, demam SPP dan juga demam real yang hampir menunjukkan diri..
dah ada tanda-tanda nak kena demam seme2(selsema) bak kata MBB..


demam SPP memang ubatnya kena baca buku jela dan keep up to date dengan news dan issue dalam pendidikan, tapi secara jujurnya mengaku siap-siap, saya malas...
adoi, nak title DG41, tapi malas nak study, camana tu... =p
hahaha, takpun, memang saya ni jenis last minute person..
dari zaman study lagi, everything, assignment, study exam mesti kerja gila last minit,
insaf pun kejap je, semester tu je, naik semester depan, buat lagi.. hehehehe, sebab tu kagum gila dengan mereka-mereka yang rajin+ulat buku..
sebab tak mampu jadi macam mereka.. T_T
apa pun saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan ALLAH kepada saya setakat ini..
Alhamdulillah...
pasal demam satu lagi tu, ubatnya memang makan ubat jela...
tapi ubat tak ada.. macam mana ni??
ada ubat sakit kepala je... makan jela..
kemudian buleh buat eksperimen, tajuknya ubat sakit kepala berkesan tak untuk mencegah selsema..
hihihi.. inila kerja orang yang ada kerja tapi malas nak buat kerja.. =p
ubat yang bakal dimakan sekejap lagi. nantikan hasilnya..

rambut gugur-any idea?

Dalam buku selalu cakap kalau rambut gugur dalam 100 helai sehari adalah normal.
tapi kadang-kadang terpikir, normal ke kadar keguguran yang dialami? sebab tu kadang-kadang rasa malas+takut tengok bilangan rambut yang melekat setiap kali sikat rambut... 



pernah ada yang suggest suruh lumur minyak kelapa atau kelapa dara, tapi bukan ke minyak kelapa tu akan melebatkan rambut... lebatkan rambut taknak la.. sebab memang tak suka kalau rambut lebat, nanti tebal dan panas... lagipun setakat ni, rambut tu gugur dan tak ada bawak simptom bahaya kebotakan lagi.. masalah rambut tu gugur aje, bukan nipis atau botak...hehehe, 
cuma setakat ni benci tengok bilangan yang gugur tu jela, setiap kali sikat lak tu.... sebab tu bilik penuh dengan rambut, sebab senang sangat luruh.. mungkin ada kaitan dengan kelumumur atau pun jenis syampu yang digunakan kot? bila tengok antara punca-punca keguguran rambut dekat rambut.com.my, faktornya adalah

1. Melahirkan anak   - paling mustahil

2. Penyakit tiroid - tak kot...
3. Demam, jangkitan dan selesema yang serius - yang ni pun tak
4. Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan -paling berkemungkinan.. sebab  memang tak makan ikan, so  sumber protein dah tak ada kat situ..
5. Ubat-ubatan - ada kemungkinan jugak.. 
6. Rawatan kanser- tak ada 
hihihi, setakat yang dikenlpasti adalah faktor pemakanan dan ubat-ubatan, pasni kena see through balik ubat yang diambil dan kena cari sumebr protein lain untuk ganti dan cukupkan pengambilan protein..setakat ni cuba try pakai vitamin, harap-harap membantu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...