LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

June 21, 2011

bidan terjun tapi suke!!


ini bukan kes bidan terpaksa bidankan orang nak bersalin.. no..no.no..
tapi kes bidan terjun..
penat sebab terpaksa berkejar ke PPD yang jauhnya hampir 50km daripada rumah... gara-gara terpaksa menghadiri Kursus Bahasa Inggeris untuk tahun 6, bukan kursus pun, sebenarnya taklimat tapi pendekatan nya adalah lebih kepada kursus.. hohoho, bidan terjun untuk ganti guru BI tahun 6 yang terpaksa ke kursus lain.. ingatkan taklimat biasa-biasa je, alih-alih, bila sampai, ada 3 orang inggeris dalam bilik tu.. huhuhu, berdebar jugak memandangkan memang tak khatam dan tak tahu perjalanan matapelajaran untuk tahun 6.. sampai-sampai terus duduk sebelah sorang cikgu indian.. sebab tengok cikgu melayu masing-masing tandakan tempat aje.. cikgu indian tu pon baik.. kemudian ada sorang cikgu melayu lagi, pun ok..

Perjalanan kursus ok, sangat ok sebab banyak input macamana nak ajar BI kepada murid especially present progressive, past tense dan past participle. setakat yang dia tunjuk memang senang budak nak faham apa yang diajar, prinsip pngajaran yang ditekankan adalah

1. rapid develop thinking and speaking skills
2. learn to think in target language yet to eliminate translation
3.both party ask question and tell - in drilling mode
4. error is corrected on time

mereka memang menekankan kalau murid buat silap, terus betulkan kesalahan yang dilakukan... dan paling utama memang tak nak ada sesi BM dalam pengajaran BI, no translation.. secara keseluruhan, memang sangat bermanfaat taklimat ni.. Mr Ray, Katie dan Brenda memang pandai tarik perhatian dan buat kursus tu menarik.. gelak aje memanjang.... jadi bidan terjun pun takpela kan asal dapat ilmu bermanfaat.. =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...