LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

July 1, 2011

Selesai sudah..


Harini dah settle interview SPP
hari-hari sebelumnya dan semalam memang tido lambat sebab nak study..
semua berkait dengan isu pendidikan, teori pendidikan dan isu semasa 
KSSR, 1Murid 1Sukan, behaviorism, social, KTMB Tanjong Pagar, BERSIH
semua pulun..

tak lupa juga dari soalan yang pernah ditanya kepada mereka yang sudah di interview..
huhu, last-last yang ditanya adalah aplikasi dan bukan fakta... mungkin sebab kami dah hari yang last untuk sesi di BTPN, Tasek Damai, Ipoh..
dan interviewer tu memang cerewet..
aduh... agak sakit jugak la tapi nassib baik sejam je.
soalan pertama yang ditanya adalah
apa soalan bocor yang awak dapat??
interview sekali dengan kak ina, ana, fara dan sorang akak DPLI...
interviewer tu memang cakap slow dan tak jelas butir percakapan dia
memang kena pasang telinga betul-betul..
kami nasib baik sikit je berbanding mereka-mereka yang interview 2 hari sebelumnya, dengarnya lagi teruk dorang kena...
lepas kuar bilik tu, memang rasa lega sangat-sangat
lepas tu baru risau, lulus ke gagal..
agak sedih juga, tapi kira rezeki masing-masing..
 ada yang dapat interviewer yang masuk bilik je, dah diberi jaminan lulus, 
sepanjang sesi pun sembang-sembang biasa je,
kami memang agak tough... 
tawakkal tunggu result...T_T
doakan saya...

June 27, 2011

PPGB punye cerita lagi.

           Yeay!! dah kena pantau dengan JPN berkaitan dengan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB).. alhamdulillah, semua ok dan berjalan lancar... =))


sebenarnya dah boleh agak dia akan datang dalam entri sebelum ni kan. Pegawai yang datang tu pegawai yang sama masa kursus kat Pangkor hari tu.. dia pun ok, baik dan pada masa sama tegas.. banyak juga input yang dapat daripada dia.. tadi pun, dia check file PPGB tengok lengkap ke tak.. pastu tanya kajian tindakan dah buat ke belum, terangkan planning kajian tindakan, prosedur dan tools yang akan diguna.. huhuhu, tetiba rasa macam buat seminar pembentangan kajian tindakan IPG lak tadi.. kemudian dia check buku rekod.. tadi pun ada juga yang tak ada dan kena buat penambahbaikan, macam dalam buku rekod tak ada  tulis markah TOV murid, surat pelantikan mentor pun tak ada.. tapi rasanya tu jela yang dia tegur..  yang lain dia cakap semua ok.. alhamdulillah... tapi menjelma satu perasaan takut lepas dengar pegawai JPN bercakap, sebab rupanya mereka memang letak harapan yang tinggi pada lepasan IPG untuk bawa satu transformasi dan ledakan perubahan yang bawa kepada suatu peningkatan akademik murid dan dunia pendidikan.. besar amanah yang sebenarnya dipikul.. seram sejuk, takut tak dapat nak berikan selaras seperti yang diimpikan pihak atasan... takutttt...

June 26, 2011

seronok!!

Semasa entri ni ditulis MBB dah masuk ke hutan, menjalankan tugas mendidik anak bangsa....biala orang nak kata saya apa pun tapi weekend ni memang sangat seronok sebab baru teringat satu lagi cara berhubung dengan MBB.. hehe, boleh pulak terlupa yang kami boleh video chat,... ngeh3.. sekarang walaupun jauh, kami tetap dapat tengok antara satu sama lain.. saya boleh tengok dia, dia leh tengok saya.. suke2... sebelum ni mungkin disebabkan laptop tua ni tak mempunyai webcam, jadi menyebabkan saya terlepas pandang... walaupun sebenarnya saya boleh tengok MBB sebab dia baru beli laptop tahun lepas... tapi lepas ni, siapla,, walaupun, dia tak dapat tengok saya, janji saya buleh tengok dia kira ok la tu kan.. hihihihi.. sekarang adik ada dekat rumah, so boleh pinjam laptop dia untuk video call...  nak harapkan laptop saya yang berusia  5 tahun lebih tu tak adala.. hahaha, nak tunggu berganti pun entah bila.. tak penting pun setakat ni walaupun berkeinginan mau beli laptop dan hp baru.. tapi bila fikir-fikir yang sedia ada pun boleh pakai lagi, sayangla nak labur duit tuk beli(bukan kedekut, hihihi)..
kami vc juga google talk, biasa-biasa guna ym, tapi kelakarnya tak reti nak guna gtalk tu.haha, tapi bukan buta IT ok.. bila tekan asik kuar voice call aje, bila tanya adik, baru tau yang kena download plugin khas untuk video call... hahhaha, dan untuk vc, memang kena masuk gmail dulu... kualiti visual, gtalk lagi cantik daripada vc kat ym, sebab tak pecah-pecah... tapi sayangnya, kat gtalk laptop selalu hang.. so last-last kami decide guna ym je.. atleast kami dah jumpa cara baru nak lepaskan rindu.. ^_^  mood sekarang tentulah, hati berbunga-bunga... =))
MBB sebelum masuk ke sekolah
inila kenderaan untuk masuk ke Long Sukang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...