LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

August 16, 2011

going to....

i'm going to 


this evening...

hahaha..  macamla tak penah pergi kan... kecoh je.. orang kelantan cakap 'darat'
org negeri lain cakap macam Jak*** 
nak cakap ape ke cakap la... tak kisah pun.. bukan 1st time pergi pun.. =p
sebenarnya  excited nak pergi buka puasa dengan Fara...
dan bukan nak highlight pasal Pizza Hut pun... 
tapi pasal instinct...

korang percaya tak pada instinct??
sebenarnya saya percaya juga pada gerak hati..  of course la percaya pada yang SATU tu tetap yang teratas... tapi dah lama saya perasan sebenarnya gerak hati saya selalunya betul... tepat tu takla... tapi kebanyakannya memang betul..

hubungan telepati?
caya tak?
antara saya dengan Fara memang ada telepati ni.. selalunya apa yang saya fikir pada sesuatu masa, dia pun turut akan fikir benda yang sama.. dan kami boleh baca fikiran masing-masing pada situasi yang kami sama-sama alami..
selalunya pendapat kami pun sama...
dan terbaru berkaitan pizza hut pun sama...
saya teringin nak pergi makan dan pada masa yang sama dia pun..
dan dia call untuk ajak saya pergi sana pada saat saya sedang berkira-kira nak call dan ajak dia...

dengan MBB pun sama.. selalunya berkaitan dengan warna baju... tak janji pun tapi selalu pakai kaler sama...
dan sms dan call pada waktu sama berkira-kira nak call satu sama lain..
banyak lagi la.. 
kebetulan? mungkin.. selebihnya Wallahualam... tapi jangan obses sangat sudahla yer.. yang penting segalanya yang terjadi tu atas aturan DIA... =))... 

p/s: maaf, tak reti nak ulas lebih-lebih sebab takut nanti salah maklumat, lain pulak jadinya...  hehe, nanti sy tolong makan pizza tuk korang tau.. ;P

August 13, 2011

Cinta Itu Adalah Fitrah..


Cinta Itu Adalah Fitrah..


Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia , iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS Ar Rum : 21)
Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor , kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita. Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci dan halal. Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata – mata, maka terbitlah cinta  yang kotor dan haram
Cinta mengandungi segala makna kasih sayang , keharmonian , penghargaan dan kerinduan , disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.
Cinta bukanlah hanya sebuah tarikan luaran sahaja.
Tarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta, bukan puncaknya.
Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan.
Tetapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.
Islam adalah agama fitrah. Kerana itulah Islam tidaklah membelenggu perasaan manusia.
Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia .
Akan tetapi Islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.
Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta. Islam mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah, kita harus bersih dari persentuhan dan perkara – perkara lain yang haram.
Jadi, kenapa ada sesetengah dari kita mahu menghalang perasaan cinta?
Cinta itu hendaklah dikawal, Bukan Dihalang. Kerana Cinta adalah Fitrah


p/s: perkongsian bersama.. post asal Cinta Itu Adalah Fitrah.. sumber daripada akuislam.com

kadang-kadang....

Kadang-kadang kita nak sesuatu sampai tahap kalau boleh pada masa tu jugak kita dapatkannya... tanpa ada luang waktu dan halangan
tetapi 
Kadang-kadang pada suatu masa juga sesuatu yang kita beria-ria nak itu juga langsung kita tak nak fikir mahupun ingat......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...