LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

August 19, 2011

maaf! tak ilmiah pun takpela..

Nak kata berangin tak juga tapi agak tercabar la dengan satu statement mamat ni.. dahla datang dari mana tah kat YM tu.. mungkin kawan-kawan yang saya chat masa single bertahun-tahun lepas kot.. sebab dia tak ada dalam friendlist saya..

saya sebenarnya jarang layan orang yang tak dikenali kecuali yang dah kenal lama kat ym atau kawan IPGM.. Sekarang bila guna laptop adik, dia set ym tu auto start bila bukak laptop.. memang secara auto akan sign in.. kalau laptop uzur saya memang berkurun la nak tunggu bukak.. bukak pun bila Fara nak chat atau dengan MBB..
sebabnya kalau nak cari virtual firends yang ok sangatlah susah!!! ibarat nak cari mutiara kat pasir pantai.. yang kebanyakan nye mesti cakap

"hi, u open minded x?
nak chat sex tak?
u pakai bra kaler pe malam ni?
noti tak?"

hello.... maaf bebanyak la yer.. saya tak layan benda cenggitu k? buang masa je.. haha sebab tu kadang-kadang buat dosa kering jugak sebab menipu identiti.. sebab situasi kat atas la..
back to the topic.. mamat ni nampak cam ok masa 5 minit pertama saya layankan jugak lepas dia buzz banyak2 kali...
tapi yang menyebabkan saya agak sentap bila dia mintak alamat blog saya dan saya tak kasi..
 opkos la saya tak kasi... sebab bagi saya.. blog ni dah macam little diary.. bukan la diary  yang betul2 tu sampai semua rahsia tapi kat sini tempat luahan rasa saya..
memang saya taknak expose kewujudan blog ni melainkan korang jumpa sendiri.. nak promote2 takdela.. nak kumpul followers jauh sekali. sebab sendiri tahu.. tak ada apa yang menariknya kat sini...=P

dia mula hentam saya cakap jadi blog saya ni tak ilmiah la yer sebab berkaitan benda peribadi je...
siap cakap lecturer saya tak habis mengajar saya lagi... sebab sepatutnya cikgu macam saya perlu ada satu blog ilmiah untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain. 
WTH??
dengan rasa panas hati saya fire dia balik...
lecturer saya bukan tak habis mengajar.. memang tak ajar pun pasal buat2 blog ni sebab memang tak ada dalam silibus pun...
kami lebih ditekankan buat perisian teknologi berbantukan komputer untuk  bantu tingkatkan PDP..
lagipun benda-benda tu kena test pada murid sendiri dulu, kalau berjaya baru boleh share dengan orang...
kalau setakat share teori bla bla bal pung prang pung prang tapi murid sendiri pun tak ada improvement tak guna jugak... 
huhu, mungkin sedar kot, dia cakap ok.. so ingat nak stop macam tu jela kan.. tapi dia siap cakap saya tak berlandaskan konsep 1 Malaysia...  apa lagi, mmg kna hujah la ngan saya... mungkin dia sedar dah salah orang bila persoalkan benda-benda ni dengan cikgu, dia terus cakap nak out.. hahhaaa
silap orang beb nak psiko2 dan condemn macam tu...

lagipun easier said than done...
kita tak berada dalam kasut orang lain.. so jangan sesekali pertikai kenapa orang tu tak buat macam ni macam tu... mesti ada sebab dan musababnya... nilaikan juga kenapa dan mengapa baru jatuhkan hukuman pandangan kita.. 

pastu terus set invicible dan ubah setting supaya tak auto sign in.. huhuhu... salah sendiri jugak gatal tangan nak reply.. tapi niat reply tu bukan nak menggatal ke apa.. nak wat camana dah terkena.. hmmm macam2 ragam manusia nih..

p/s: kelakar bila tengok ada orang search pasal saiz b****g lelaki (opps, sori!! nak tulis pun pikir 2x) dan didirectkan kat blog ni.. hahaha.. sori dear.. kat sini bukan blog lucah k!  nak cari benda-benda gitu, p main jauh2.. =P

August 16, 2011

going to....

i'm going to 


this evening...

hahaha..  macamla tak penah pergi kan... kecoh je.. orang kelantan cakap 'darat'
org negeri lain cakap macam Jak*** 
nak cakap ape ke cakap la... tak kisah pun.. bukan 1st time pergi pun.. =p
sebenarnya  excited nak pergi buka puasa dengan Fara...
dan bukan nak highlight pasal Pizza Hut pun... 
tapi pasal instinct...

korang percaya tak pada instinct??
sebenarnya saya percaya juga pada gerak hati..  of course la percaya pada yang SATU tu tetap yang teratas... tapi dah lama saya perasan sebenarnya gerak hati saya selalunya betul... tepat tu takla... tapi kebanyakannya memang betul..

hubungan telepati?
caya tak?
antara saya dengan Fara memang ada telepati ni.. selalunya apa yang saya fikir pada sesuatu masa, dia pun turut akan fikir benda yang sama.. dan kami boleh baca fikiran masing-masing pada situasi yang kami sama-sama alami..
selalunya pendapat kami pun sama...
dan terbaru berkaitan pizza hut pun sama...
saya teringin nak pergi makan dan pada masa yang sama dia pun..
dan dia call untuk ajak saya pergi sana pada saat saya sedang berkira-kira nak call dan ajak dia...

dengan MBB pun sama.. selalunya berkaitan dengan warna baju... tak janji pun tapi selalu pakai kaler sama...
dan sms dan call pada waktu sama berkira-kira nak call satu sama lain..
banyak lagi la.. 
kebetulan? mungkin.. selebihnya Wallahualam... tapi jangan obses sangat sudahla yer.. yang penting segalanya yang terjadi tu atas aturan DIA... =))... 

p/s: maaf, tak reti nak ulas lebih-lebih sebab takut nanti salah maklumat, lain pulak jadinya...  hehe, nanti sy tolong makan pizza tuk korang tau.. ;P

August 13, 2011

Cinta Itu Adalah Fitrah..


Cinta Itu Adalah Fitrah..


Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia , iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS Ar Rum : 21)
Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor , kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita. Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci dan halal. Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata – mata, maka terbitlah cinta  yang kotor dan haram
Cinta mengandungi segala makna kasih sayang , keharmonian , penghargaan dan kerinduan , disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.
Cinta bukanlah hanya sebuah tarikan luaran sahaja.
Tarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta, bukan puncaknya.
Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan.
Tetapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.
Islam adalah agama fitrah. Kerana itulah Islam tidaklah membelenggu perasaan manusia.
Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia .
Akan tetapi Islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.
Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta. Islam mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah, kita harus bersih dari persentuhan dan perkara – perkara lain yang haram.
Jadi, kenapa ada sesetengah dari kita mahu menghalang perasaan cinta?
Cinta itu hendaklah dikawal, Bukan Dihalang. Kerana Cinta adalah Fitrah


p/s: perkongsian bersama.. post asal Cinta Itu Adalah Fitrah.. sumber daripada akuislam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...