saya pun taktau nak cakap apa... terasa? mungkin juga.. sebab walaupun mungkin niat seseorang tu hanya bergurau.. tapi gurau pun ada had nya.. takkan sampai babitkan kepercayaan terhadap seseorang kan.. rasanya kalau setakat benda tu boleh dan lama-lama boleh menyebabkan sesuatu hubungan tu keruh, rasanya we better keep that words to ourself...
dulu mula-mula mungkin betul gurauan tapi bila kenangkan semula, sedikit sebanyak sebenarnya saya boleh termakan "gurauan" tersebut dan timbul bibit2 curiga dalam hati saya...
kenapa perlu suruh saya cari orang dekat2 sini?
dengan harapan tak payah tunggu yang duduk Sarawak tu.. senang katanya...
terdiam saya seketika, tak tahu nak cakap apa...
masa tu sempat juga terpikir, gurauankah itu? huhuhuhu
esoknya pun sama.. orang lain pulak yang cakap, dia kata memang tak berharap kalau hubungan jarak jauh.. sebab dia cakap susah nak caya sikit...
mmmm... dalam hati taktau nak cakap apa... cuma terpikir kenapa dorang cakap benda macam ni.. kan lebih bagus dorang doakan supaya kami panjang jodoh?
kan lebih bagus...
kenapa perlu racun otak dan fikiran saya dengan ayat macam tu?




