LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

January 19, 2012

saya redha..

ok, sekolah saya tak dapat cikgu baru.. fine, hidup harus diteruskan... saya redha... huhuhu walaupun penat gila, blog pun tak berupdate.. 8.45 mlm confirm out ke dunia lain... supposedly sepatutnya tak penat sebab budak sikit?? tak juga, masalah bila budak sikit ni, dorang sangat berlemak ok.. mengada-ngada dan banyak kerenah.. tak buat keje tak yah cerita la.. mungkin sebab satu kelas tu paling ramai pun 6 orang, jadi dorang merasakan tak ada persaingan, tak baca buku, tak buat keje pun, paling-paling teruk pun dapat nombor 6 dan mustahil dapat no 30... hohoho, dah taktau nak ubah mentaliti dorang camana... asyik hari-hari duk buat latihan vocal chord je.. lama2 suara pun buleh jadi sedap macam Siti Nurhaliza.. asyik geram memanjang je.. hahaha, ok dah, stop mengumpat anak murid.. harap masa akan mematangkan mereka.. amin..

hari ini, ada pengalaman baru menanti.. =) sebab kali ni untuk peringkat kelompok, sekolah saya jadi tuan rumah untuk kejohanan badminton.. first time experience la for me.. sejak dipostingkan... bolehla tengok dan belajar perjalanan acara tu macam mana kan? minggu ni pun hectic... yela banyak juga persiapan yang kena diuruskan sebab buat kat venue lain.. so urusan surat menyurat, meeting tu memang perlu.. yang kalau mestila PK KOKO... saya bukan orang penting pun, cuma sekadar membantu apa yang perlu je.. memang zero pun pengetahuan pasal pengurusan ni.. okla tu kan.. belajar dari bawah..

ok, nak pergi sekolah dulu, kat sekolah, takde internet.. tak sambung kontrak schoolnet lagi kot... aduss, bye2.. semua.. have a good day.. =))

>
>

January 14, 2012

my cravings

saya tak sihat, MBB pun sama, hampir seminggu jugak demam, selsema dan batuk..  peralihan cuaca kot.. sekarang batuk je yang tak reda2 lagi.. MBB lak sambung kena penyakit yang sama.. tapi petua yang ma bagi berkesan jugak la mengurangkan batuk kering..  makan kicap dengan diperah limau  nipis.. tapi kena buat konsisten la.. macam sy, wat sehari je, bila dah boleh tidur malam tanpa jaga, tak makan dah, esoknya kena balik.. huahuahua..

nak buat pape pun tak ada mood sekarang ni.. rasa macam nak bermalas-malasan selalu je.. memang dah malas pun, sedar diri... banyak keje tak setel lagi, fail tuk KSSR pun tak buat lagi.. evidens, haha, tak yah cite, langsung tak sentuh pape, hope, ada la junior baru posting kat sekolah.. amin.... =)

time2 sakit ni la nafsu makan membuak2... serius...  arini sahaja dah makan nasik 2x.. satu pukul 11 tadi, dan petang pukul 4 tadi... biasanya saya makan sekali sehari je.. sekarang pun dah hampir 2 minggu mencari goreng pisang kat sini... tapi sayang, kat sini goreng pisang nya tak sama macam kat kelantan.. hampa betul..  T__T..

sy nak macam ni.... ada keruping2 rangup 

Rata-rata yang jual kat sini, macam ni....


tadi lak tetiba rasa nak minum air soya macam dekat pasar malam depan kolej kesihatan batu rakit... mengalahkan ibu mengandung betul.. nasib baik g cari dan ada.. tapi tak sesedap yang makcik tu buatla..

  
okla kan daripada tak ada... yuhuuu.. 

tak sabar nak tunggu CNY, nak jumpa MBB... yeay... \ (^__^) /

>
>

January 12, 2012

patience has limit too...


yer, sy tau facebook bukan diari, it's a social networking... tapi kadang2 geram dan sakit hati... sy ok dengan pertanyaan bila nak tunang? atau pun bila nak kawen?  tapi when it comes such questions as

kenapa pilih orang jauh2??
takpayah la, pilih yang dekat2 je.. tak sakit kepala,
pilih yang jauh2 ni menyusahkan je..
yang dekat2 ni semua senang...

WTH???
and this is not the first time.... bley baca kat entri ni.. cuma dulu ayatnya lain.. tapi still convey the same meaning kan??
i'm not the one who easily fall or  being down for other's word, tapi pelik nape orang tu tak puas hati dan suka menyentuh kisah saya dengan MBB..
mungkin bagi sesetengah orang, it's a small issue.. tak perlu melenting, ala, bukan ko dah kawen pun dengan dia, ya, kami tak kawin lagi, tapi doakan kami, insyaALLAH ada jodoh, kawinla kami.. u suppose to pray for me, bukan dengan cara melaga-lagakan macam ni.. 
Setiap orang, i believe ada something yang pasti dia taknak orang sentuh walau sikit pun.. and for me that should be the point that no one shouldnt touch or ever mention it.. sebab kami tak mintak pun duduk jauh2, dan orang tu tak sepatutnya mempersoalkan benda tu.. try to be empathy kalau taknak pun, duduk diam2 je... 

>


>


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...