LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

February 18, 2012

getting married conflict

Yes, the answer is yes... =).... sebenarnya taktau nak kongsi ke tak benda ni dalam blog.. cuma kalau tulis dalam blog nanti seksok leh tengok balik dan jadikan kenangan indah kan... selagi blogger atau kita tak delete la kan...setakat ni tarikh dah ada berdasarkan perbincangan awal, cuma tak berani nak beritahu lagi sebab akan ada perjumpaan family lagi untuk reconfirm the date.. kalau bagitau awal2, kang tak jadi, malu wehhhh.... nanti pun tapi takdela nak review the whole preparation...  sebab majlis kami nanti biasa2 je.. tak grand pun.. hahaha.. 

Book OP pun based kepada tarikh yang sekarang ni.. harap2 tak ada la perubahan nya nanti.. kalau tak, takut bertindih dengan job yang dia dah ambil, naya je... kalau kosong tak apa... 
sebab kenapa book awal2 OP? sebab perhatikan trend rakan sebatch dan lain-lain.. memang ramai yang akan buat majlis tahun ni... lagi-lagi november so langkah selamat, book la awal2.. itupun tanya OP, memang dah ada yang book bulan tu, cuma nasib baik tarikh yang dipilih tu kosong lagi..
insyaALLAH, dah confirm nanti lepas majlis perjumpaan tu will announce the date... 

Sebenarnya saya takuttt bila nak kawen ni... banyak benda yang perlu saya settle awal-awal tuk preparation wedding ni...  sebabnya macam yang pernah saya bagitahu entri-entri lepas, MBB berada di kawasan yang luar coverage DiGi, Maxis, Happy, ataupun Celcom... hanya hujung minggu iaitu start daripada tengahhari Jumaat sampaila tengahari Ahad baru available sebab masa tu dia keluar hutan dan duduk di bandar... setiap minggu...

TAPI

Start bulan 6 nanti, dia hanya akan keluar 2minggu sekali... means 2X sebulan sahaja.. sebab fokus untuk UPSR, kena buat kelas tambahan pada hujung minggu...
maksudnya, sepanjang bulan Jun-September, saya akan hanya dapat berhubungan sebanyak ±8 kali sahaja.... so pape yang boleh buat awal, terus decide dan settle... sebab nak cover masa yang tak boleh berkomunikasi tu... 
huhu, tak mudah sebenarnya nak bincang semua secara jarak jauh,  apa-apa pun tetap paling senang dan berkesan, duduk bersama, bincang, pilih dan decide.....
inikan pulak melalui medium telefon, internet...  dan terpaksa tunggu hujung minggu lak tu... kesiann kami kan... T_____T

So sekarang tengah merangka semua plan supaya walaupun dia out of coverage, saya boleh bertindak tanpa perlu lagi mendapat green light MBB... sebab nak tunggu dia respons tu satu masalah lagi.. takes time sebelum dapat sesuatu keputusan.. yela, nak pilih OP pun, makan masa lebih 3 minggu tau.. sebab bila dia keluar sekalipun, kalau dekat rumah sewa dia tak dapat internet, macamana dia nak tengok dan decide kan... ada teknologi pun tetap terbatas penggunaannya..
itu cabaran kami... dan saya percaya semua yang kawen tu pun melaluinya walaupun cabaranya dalam bentuk yang berbeza.. kan..kan.. kan...bukan senang nak kawen, lagi bukan senang nak pertahankan sesuatu perkahwinan tu... =)))


p/s: tetiba rasa macam tak yakin boleh buat semua sorang-sorang... hmmmm.. hohoho... takut memikirkan satu 'perjalanan'....


>
>

February 17, 2012

weeehooooo, it's friday

Another hectic day to go through.... harini mesyuarat PIBG sekolah dan saya MC nya.. T__T... harap-harap takdela buat salah dan bang ang macam hari tu... tetamu harini pun dari PPD.. huhuhu.. sibuk sampai sungguh tak sedar hari ni dah hari jumaat..  yela overtime direct 4hari sampai petang straight minggu ni... bila sibuk macam ni memang langsung tak terasa yang masa tu berjalan.. tup-tup dah jumaat..


Minggu depan pun rasanya rutin tetap sama.. sebab ada program perkasa penandaan kertas tahun 6.. walaupun tak mengajar tahun 6, memang dah lazim sekolah kecik, lagipun memang ada 2, paling maksimum pun 3 orang guru je yang mengaja satu-satu subjek tu... kalau BI tu memang for sure la saya kena pergi sebab memang 2 orang je ngaja.. Sains pun 2 orang, sahla2 kena kan.. Matematik tak konfirm lagi sebab ada 3 orang mengaja, tapi rasa macam kena pergi je...

Tapi seronok jugak.. sebab dapat pendedahan.. memang la sekarang tak mengaja tahun 6 lagi.. tapi takkan selamanya  tak mengajar tahun 6 kan?? =))) cuma kalau orang bagi sekarang, bukan takut menerima cabaran tapi rasanya belum bersedia sepenuhnya sebab tak cukup ilmu didada dan bersedia menerima tanggungjawab berat dan besar tu..

harap2 badan masih energetic dan mampu bertahan.. susah juga kalau sakit... sorang-sorang lak tu kan... semoga ALLAH kurniakan kesihatan berpanjangan agar mampu melaksanakan amanah yang diberikan.. AMIN.....

>

>

February 15, 2012

decided

OP decided and booked... =)  saya  pilih JA ISMAIL, survey punya survey, saya puas hati berdasarkan hasil2 yang pernah beliau ambil dan  harga pakej yang dikenakan memang sesuai dengan budget saya..  sebab a.ja ni dia tak kenakan cas kalau kita buat akad nikah dan resepsi hari berlainan..  so sesapa yang mencari photographer di kelantan boleh contact Ja Ismail...  orangnya pun baik.. pesanan untuk diri sendiri lak, ok deposit dah bayar...once decided, tak payah dah gatal-gatal nak tengok hasil photog lain.. karang mulala datang perangai buruk...  tambah sorang lagi phorographer... huhuhu...

kredit pic: FB Ja Ismail

>



>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...