LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

February 18, 2012

getting married conflict

Yes, the answer is yes... =).... sebenarnya taktau nak kongsi ke tak benda ni dalam blog.. cuma kalau tulis dalam blog nanti seksok leh tengok balik dan jadikan kenangan indah kan... selagi blogger atau kita tak delete la kan...setakat ni tarikh dah ada berdasarkan perbincangan awal, cuma tak berani nak beritahu lagi sebab akan ada perjumpaan family lagi untuk reconfirm the date.. kalau bagitau awal2, kang tak jadi, malu wehhhh.... nanti pun tapi takdela nak review the whole preparation...  sebab majlis kami nanti biasa2 je.. tak grand pun.. hahaha.. 

Book OP pun based kepada tarikh yang sekarang ni.. harap2 tak ada la perubahan nya nanti.. kalau tak, takut bertindih dengan job yang dia dah ambil, naya je... kalau kosong tak apa... 
sebab kenapa book awal2 OP? sebab perhatikan trend rakan sebatch dan lain-lain.. memang ramai yang akan buat majlis tahun ni... lagi-lagi november so langkah selamat, book la awal2.. itupun tanya OP, memang dah ada yang book bulan tu, cuma nasib baik tarikh yang dipilih tu kosong lagi..
insyaALLAH, dah confirm nanti lepas majlis perjumpaan tu will announce the date... 

Sebenarnya saya takuttt bila nak kawen ni... banyak benda yang perlu saya settle awal-awal tuk preparation wedding ni...  sebabnya macam yang pernah saya bagitahu entri-entri lepas, MBB berada di kawasan yang luar coverage DiGi, Maxis, Happy, ataupun Celcom... hanya hujung minggu iaitu start daripada tengahhari Jumaat sampaila tengahari Ahad baru available sebab masa tu dia keluar hutan dan duduk di bandar... setiap minggu...

TAPI

Start bulan 6 nanti, dia hanya akan keluar 2minggu sekali... means 2X sebulan sahaja.. sebab fokus untuk UPSR, kena buat kelas tambahan pada hujung minggu...
maksudnya, sepanjang bulan Jun-September, saya akan hanya dapat berhubungan sebanyak ±8 kali sahaja.... so pape yang boleh buat awal, terus decide dan settle... sebab nak cover masa yang tak boleh berkomunikasi tu... 
huhu, tak mudah sebenarnya nak bincang semua secara jarak jauh,  apa-apa pun tetap paling senang dan berkesan, duduk bersama, bincang, pilih dan decide.....
inikan pulak melalui medium telefon, internet...  dan terpaksa tunggu hujung minggu lak tu... kesiann kami kan... T_____T

So sekarang tengah merangka semua plan supaya walaupun dia out of coverage, saya boleh bertindak tanpa perlu lagi mendapat green light MBB... sebab nak tunggu dia respons tu satu masalah lagi.. takes time sebelum dapat sesuatu keputusan.. yela, nak pilih OP pun, makan masa lebih 3 minggu tau.. sebab bila dia keluar sekalipun, kalau dekat rumah sewa dia tak dapat internet, macamana dia nak tengok dan decide kan... ada teknologi pun tetap terbatas penggunaannya..
itu cabaran kami... dan saya percaya semua yang kawen tu pun melaluinya walaupun cabaranya dalam bentuk yang berbeza.. kan..kan.. kan...bukan senang nak kawen, lagi bukan senang nak pertahankan sesuatu perkahwinan tu... =)))


p/s: tetiba rasa macam tak yakin boleh buat semua sorang-sorang... hmmmm.. hohoho... takut memikirkan satu 'perjalanan'....


>
>

6 comments:

Super Ummi said...

shizan... bila tarikh kahwin ni... huhu. jangan bertembung dgn tarikh amna nanti sudahlah ye.. hehe.
sebab shizan dgn mbb duduk jauh kan.. jadi gunakan sepenuhnya cuti sekolah nanti utk settlekan ape yang penting...
contohnya... masa kitorang dulu.. masa cuti bulan 5 tu... memang pulun beli barang hantaran, book terus butik pengantin kat besut tu...
dulu setiap kali kita balik... mesti ade benda yang kita settlekan.. oleh itu, perlu ade checklist utk setiap bulan...
InsyaAllah sempat.. jangan risau.. yang penting perancangan kita tu..
macam wedding kita pun takde grand mane pun, tapi nak buat preparation tu... masyaAllah.. penat yang teramat.. tapi, best.. tu lah moment2 yang tak boleh dilupakan...

Unknown said...

@Miss Sunshine thanks for the advice.. ingat nanti nak rujuk jugak dengan hana.. ini pun tengah pk nak settle ape dulu.. nak bahagikan benda yang nak disettle dengan cuti yang ada.... nanti pm eh

:sour n sweet: said...

ehem2...
lepas kwen nnti meh tukar ngn sy nk? =p
slmt membuat persiapan sis ^^

Super Ummi said...

boleh je nak rujuk ape2 yang patut.. tapi kita pun takdelah sistematik sangat... ade sorang exb2b yang sgt sistematik persiapan die... *anaztasia tie the knot*

Unknown said...

@aiman fahim hhhaaa. tukar mesti sama opsyen la sis.. =p

Unknown said...

@Miss Sunshine ada jugak baca blog dia.. ini pun takde rupe nak sistematik.. kekangan masa.. buat ape yang sempat je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...