LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

February 19, 2012

hadapi dengan senyuman

Rasanya sepanjang posting, minggu ni la yang weekends rasanya paling pendek.. rasa macam semalam baru  
Jumaat... tuptup petang tadi dah melepaskan MBB masuk hutan.... sebabnya, jumaat petang tu memang burn tak dapek nak bermesra bermanja bagai sebab ada majlis PIBG dekat sekolah... kemudian malam tu tido lepas sembang2... hari sabtu bangun memang kami bangun awal... Selalunya kul 6 dah bangun.. tapi kali ni MBB yang kejut.. biasa saya yang kejut dia.. kemudian pergi basuh baju dan ambil parcel (ok, saya beli barang online lagi... =p), kemudian beli makan tengahari, tak larat nak masak.. lepas makan, guess what, saya tido.. dan hanya bangun pukul 8 MALAM!!!... nasib baikla bendera merah kan.. kalau tak, amikkk ko nak qadha 3 waktu...

Tapi kira memang syok la tido sampai tak sedar hampir 7jam tido... penat punye pasal.... kemudian bangun-bangun settle pasal bunting dengan MBB.. kemudian MBB lak tertido masa tengah bincang2 tu.. adoii laa.. nak marah kesian dia, demam+selsema+sakit tekak last2 terus tido jela tapi sempat jugak merajuk dengan dia... hehe....bangun-bangun, alih2 dah ahad.. tak sambung merajuk pun pagi tu sebab dia sakit.. cian dia.. hehehe..  tapi dalam tu sempat lagi saya terlelap 2 jam... exhausted tak abih lagi.. cuma nasib baik sikit je sebab dia masuk lambat juga petang ni... ok la sempat juga sembang2, lepas rindu dulu.. =))

ok dia dah masuk dalam, so back to bored routine life... masuk minggu ni ada 3 minggu lagi sebelum cuti bulan 3... tapi ada 2X Jumaat lagi.. weeehoooo.. asyik counting days je kan... minggu ni pun rasanya akan busy.. sebab program perkasa penandaan kertas tahun 6 tak habis lagi... so esok memang saya akan pergi untuk subjek BI, Sains dengan MT rasanya akan dijalankan minggu ni jugak.. so kalau saya kena pegi, minggu ni pun direct 3 hari sampai petang...  bagusnya, hari saya akan berlalu dengan cepatnya.. yang tak ok tak ada kot... walaupun sedar yang rutin minggu ni akan sama dengan minggu lepas, tapi what to say and do?? HADAPI DENGAN SENYUMAN je...

time do flies fast whenever i'm with him....

p/s: rindu dekat fam kat umah.. huhuhu

>

>

February 18, 2012

pilih bunting...







ok saya tau masih terlalu awal nak tempah bunting.. tapi skang syarikat ni ada promo.. rm25 per bunting.. murah tak?
sekarang pening taktau nak design yang mana.. tolong pilih dan suggestkan boleh??
=)))



>

>

getting married conflict

Yes, the answer is yes... =).... sebenarnya taktau nak kongsi ke tak benda ni dalam blog.. cuma kalau tulis dalam blog nanti seksok leh tengok balik dan jadikan kenangan indah kan... selagi blogger atau kita tak delete la kan...setakat ni tarikh dah ada berdasarkan perbincangan awal, cuma tak berani nak beritahu lagi sebab akan ada perjumpaan family lagi untuk reconfirm the date.. kalau bagitau awal2, kang tak jadi, malu wehhhh.... nanti pun tapi takdela nak review the whole preparation...  sebab majlis kami nanti biasa2 je.. tak grand pun.. hahaha.. 

Book OP pun based kepada tarikh yang sekarang ni.. harap2 tak ada la perubahan nya nanti.. kalau tak, takut bertindih dengan job yang dia dah ambil, naya je... kalau kosong tak apa... 
sebab kenapa book awal2 OP? sebab perhatikan trend rakan sebatch dan lain-lain.. memang ramai yang akan buat majlis tahun ni... lagi-lagi november so langkah selamat, book la awal2.. itupun tanya OP, memang dah ada yang book bulan tu, cuma nasib baik tarikh yang dipilih tu kosong lagi..
insyaALLAH, dah confirm nanti lepas majlis perjumpaan tu will announce the date... 

Sebenarnya saya takuttt bila nak kawen ni... banyak benda yang perlu saya settle awal-awal tuk preparation wedding ni...  sebabnya macam yang pernah saya bagitahu entri-entri lepas, MBB berada di kawasan yang luar coverage DiGi, Maxis, Happy, ataupun Celcom... hanya hujung minggu iaitu start daripada tengahhari Jumaat sampaila tengahari Ahad baru available sebab masa tu dia keluar hutan dan duduk di bandar... setiap minggu...

TAPI

Start bulan 6 nanti, dia hanya akan keluar 2minggu sekali... means 2X sebulan sahaja.. sebab fokus untuk UPSR, kena buat kelas tambahan pada hujung minggu...
maksudnya, sepanjang bulan Jun-September, saya akan hanya dapat berhubungan sebanyak ±8 kali sahaja.... so pape yang boleh buat awal, terus decide dan settle... sebab nak cover masa yang tak boleh berkomunikasi tu... 
huhu, tak mudah sebenarnya nak bincang semua secara jarak jauh,  apa-apa pun tetap paling senang dan berkesan, duduk bersama, bincang, pilih dan decide.....
inikan pulak melalui medium telefon, internet...  dan terpaksa tunggu hujung minggu lak tu... kesiann kami kan... T_____T

So sekarang tengah merangka semua plan supaya walaupun dia out of coverage, saya boleh bertindak tanpa perlu lagi mendapat green light MBB... sebab nak tunggu dia respons tu satu masalah lagi.. takes time sebelum dapat sesuatu keputusan.. yela, nak pilih OP pun, makan masa lebih 3 minggu tau.. sebab bila dia keluar sekalipun, kalau dekat rumah sewa dia tak dapat internet, macamana dia nak tengok dan decide kan... ada teknologi pun tetap terbatas penggunaannya..
itu cabaran kami... dan saya percaya semua yang kawen tu pun melaluinya walaupun cabaranya dalam bentuk yang berbeza.. kan..kan.. kan...bukan senang nak kawen, lagi bukan senang nak pertahankan sesuatu perkahwinan tu... =)))


p/s: tetiba rasa macam tak yakin boleh buat semua sorang-sorang... hmmmm.. hohoho... takut memikirkan satu 'perjalanan'....


>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...