korang ada kad Bonuslink tak?
Saya ada kad ni since 2010 lagi..
masa tu tergerak hati nak buat sebab selalu isi minyak kat shell..
dan sebenarnya banyak lagi outlet yang kita boleh kumpul point dengan bonuslink kad ni, antaranya ialah Parkson, Digi, Caring pharmacy even dekat Public bank, pun leh swipe ..
oklah, sepanjang hampir dua tahun pegang kad ni, penyumbang utama mata ganjaran konpomlah DiGi..
hekhekhek.. selain Shell..
Haritu tergerak hati nak check mata..
bila check ada 15550.. *mata bersinar*
dan tengok tahun ni dah ada point yang nak expiry
sayang pulak..
so, jom kita redeem adiah...
Saya redeem garment steamer!!!
garment steamer ni point dia 15300.. so tinggal la 250 lagi baki point..
sebenarnya kita boleh redeem gift ni banyak benda..
kupon makanan, hotel, wayang dll..
tak semestinya point dah belas-belas ribu baru leh redeem..
serendah 150 point dah boleh redeem..
tapi hadiah yang best2 opkosla start dari 10k point.. terutama eletrical ngan kitchen appliances.
Bila tengok point lebih dari mencukupi,
apa lagi, dengan tanpa ragunya dan pantas redeem garment steamer nih..
lama dah aim.. sebab tak suka guna iron.. hahaha
tapi sebelum ni aim brand Philips punye... mak oiii.. harga dia range dari 350-4++ something..
so pendamkan niat dulu...
sebab mengutamakan keperluan; bukan kehendak (padahal tak cukup budget) hihihi
tak apa la tak dapat Philips pun.. Morgan pun boleyla..
Tengok tadi status dah shipped.. cepat juga, sebab redeem hari sabtu..
hehe, tak sabar nk tunggu benda ni sampai..
Satu keuntungan jugala bila pikir-pikir balik...
walaupun bertahun baru dapat redeem satu barang ( dalam kes saya, sebab nak hadiah yang best)
berbaloi la sebab benda free.. sambil keluarkan duit untuk benda lain..sambil kumpul point,
cukup point, leh redeem.
berbanding dengan kita keluarkan duit bayar bil telefon, isi minyak, shopping baju dengan hadiah kat tunang di Parkson (saye lerr tu), tapi benda tu stop kat situ je.. agak kerugian sikit kat situ..
Ehek, baru redeem satu gift dah eksen yer..
tak eksyen pun.. sebab saya tak dibayar untuk promot bonuslink pun..
cuma sharing benda yang agak menguntungkan kita, tapi.. dalam jangka masa panjang la...
sebab saya tak beria pun collect point tu.. tak ada la sampai selagi tak jumpa stesen minyak shell tu,
tak akan isi minyak kat stesen lain..
sambil-sambil je orang kata..
sambil menyelam minum air..
sambil membeli, sambil mengumpul point..
^___^
>