LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

October 18, 2012

latest update borang kawin


Alhamdulillah..
dengan ini diumumkan bahawa borang kawin sudah settle!!!! 
hoorayyyy!!!
buleh nikoh dh yeay! buleh nikoh dh yeay!
dah boleh pangkah dari list..
akhirnyaaa kan.. rasa cam batu yang sangat berat dah diremove dari atas jemala patik ni.. hihihi
genap2 25 hari lagi nak kawin baru boleh settle..


dengan masalah pertama: HIV Test result yang sangat lama.. kena buat hiv test kedua with the really huge damage of kaa chinggg.. T__T

masalah kedua: sijil akuan tak dapat nak dibuat, sampai FFIL terpaksa jumpa Pengarah Agama Negeri untuk settle benda tu baru pejabat agama daerah keluarkan sijil tanpa perlu MBB balik..

masalah ketiga: salinan ic MBB tak ada, kadi tu tak beritahu pun yang dia amik salinan ic MBB and at the same time bagitau yang dokumen yang dia beri tu sahaja perlu di pos ke kelantan.. FIL ingatkan memang dalam tu ada salinan ic tak diusik, bila ma sy bukak, tengok2 memang borang kebenaran kahwin sahaja yang ada dalam tu.. yela, memang pejabat agama akan ambil kan untuk salinan mereka.. so it takes another 3days untuk submit the form.. sebab kena tunggu FIL poskan salinan ic MBB..
so submit petang selasa, dan dapat petang khamis. 

akhirnya boleh tersenyum lega :)

hoho, nampak cam 3 masalah kecil je kan? tapi seriously me; really depressed at that time.. and once sampai rasa malas nak amik tau, biar la nak jadi apa pun.. kalo tak takkan la ada orang tu nangis sampai melalak-lalak kan... :p
hek eleh la kan..  masa tu je punnnn... kemudian bila dah jadi normal balik pemikiran tu, tetap risau balik.. yelah, takde prosedur tu memang tak kawin la kau..
wajib kot.. takde pelamin, majlis tetap on, takde dokumen, takde kebenaran, makanya orang datang makan jela. pengantinnya tak nikah2..

hehe, sebenarnya pegawai pejabat agama dah bagi jaminan, dorang tetap akan keluarkan kelulusan berkahwin  kalau borang tak sempat settle.. sebab dorang pun takkan nak wat naya.. kenduri dah siap, habis berbelas ribu, tapi tak dapat kawin.. DENGAN syarat borang kebenaran belah lelaki settle la.. 
Tapi, itu cuma kalau memang tak sempat siap, kenala usaha dulu bagi siap kan... 

berkat doa korang sume, settle jugak big thing ni.. sangat rasa bersalah sebenarnya sebab terpaksa menyusahkan ma tersayang.. pergi amik borang kahwin, pergi pejabat agama tanya bila problem tempohari, pergi rumah imam dapatkan pengesahan, pergi hantar dan pergi amik balik dekat pejabat agama.. and now pergi hantar dekat tok imam balik..
kalaula saya duduk dekat dgn hometown, sudah tentu saya takkan menyusahkan sesiapa... apatah la ma dan abah dalam hal camni.. nak kawin pun, tapi masih menyusahkan.. sighhh..
tapi tu la mak ayah kita kan.. even kita ni dari lahir, dan PASTI sampai beranak pinak pun menyusahkan mereka, mereka tetap sanggup dan tak pernah rasa terbeban..
i owe them a lot..
hohoho, sedih plak...
k bye...

p/s:  tengah mood "i'll miss my single life"; sindrom rasa sayang nak tinggal life yang ikut suka nak wat ape, terbongkang terbalik pun takde sape nak hirau.. hahaha, welcome to errr a bit 'hypocrite' world..  

>
>

October 17, 2012

panggilan manja

Semalam tengah sembang-sembang, boleh MBB keluarkan soalan;

"lepas kawin nanti nak guna panggilan ape eh"
"kenapa? sekarang ni tak ok ke? kalau nak ubah, nak panggil ape?"
"dah kawin, kenala panggil nama lain pulak, yang sekarang panggilan masa bercinta."
"err, takde idea la yang.. cayang la cari..."
"cari jugak...  yang penting saya taknak panggilan 'abe"(abang dlm loghat kelantan)"
"dah tu mana orang ada idea, taktau la.. guna yang sekarang je tak boleh ke?"
"taknak"

hah, sudah... adakah salah satu taktik bermanja??
kwang3...
sampai ke sudah semalam takde penyelesaian..
sekarang kami bahasakan diri, sayang untuk saya, dan cayang untuk dia..
huhuhu, MBB memang tak nak dan tak suka saya panggil dia 'abe'.. geli katanya..
sebabnya kata dia, saya lagi tua daripada dia..
cehhhhhhh, tua 13hari je ponn..
tu pun berkira.. huh!


korang lak panggil ape nanti/sekarang??
ada idea tak??
share la.. 
=)

>
>

October 16, 2012

artwork CSI Guestbook..


artwork untuk CSI guestbook dah finalize.. yeay!!
err,  artwork sebenar, takde pun lambang love yang dibuat watermark tu, 
tu kan logo rasmi blog ni.. hahaha konon-kononlah kan..
apa itu CSI Guestbook?? nak tau baca kat [SINI
sekarang, tunggu siap je...
lepas tu, kita tengok sape jadik mangsa untuk amik benda ni.. hihihi :p

p/s:  CSI guestbook ni sponsored by my angah.. hehehe, thanks to her.. lap u lah.. >_^


>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...