LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

October 22, 2012

baju songket

satu lagi baju..
kaler ala2 biru + hijau torqouise..




kain baju ni ala2 songket..
tapi taktau la pure songket ke tak..
kalau tengok dekat baju dia, memang  penuh dengan benang emas..
try haritu, memang panas gila..
sebab kain dia tebal + kena slim dietkan badan sikit, baru cantik terletak bila pakai baju ni..
sebab dia tebal.. jadi dia menambah isi kulit tepi badan kita.. huhuhu




amik mode klasik sikit..
sebab baju kuning tu dah dress moden kan..
cuma satu persoalan menghantui pikiran...
bila nak pakai baju ni??
saya taknak tukar2 baju pada hari persandingan..
rumit+cerewet+buang masa yang sepatutnya digunakan untuk melayan tetamu..
nak amik satu baju je, rugi kot, sebab pakej mmg dua baju...
huhuhu.. hentam sajalah labu..


>
>

October 19, 2012

susun atur kedudukan pengantin semasa akad nikah

Tadi tengah boring-boring, tetiba terpikir belum finalize pelan kedudukan pengantin masa akad nikah nanti..   i have read it somewhere yang benda ni memang sangat mempengaruhi majlis tak kira la samaada anda buat di masjid atau pun di rumah.. InsyaALLAH, majlis saya nanti, akad nikah akan berlangsung di rumah kalau tak ada aral dalam pukul 3.30 petang.. 

Note to b2b, pelan ni sangat penting kerana akan memudahkan OP anda untuk mengambil gambar kedua2 pengantin dalam satu snap je.. sebab kalau kedudukan yang tak berapa sesuai, cthnya pengantin lelaki kedudukan dia berhadapan dengan pengantin perempuan, susah sikit la photog nak cari angle dan view untuk pastikan kedua-dua muka kita dengan bakal suami tertempek dalam tu.. Lagipun akad nikah kan sinonim dengan perasaan anxious, berdebar, penuh emosi dan ekspresi.. so amatlah sayang sekiranya kalau momen-momen camtu tak dapat di capture dan dimanfaatkan sepenuhnya hanya kerana anda terlepas pandang susunan kedudukan pengantin, kadi, saksi dan family kedua belah pihak.. 

kita pun mesti ada list sape yang kita nak masuk dalam pic especially the both of  families la kan.. bukan menidakkan kehadiran orang luar, tapi kalau kita tak sediakan plan siap2, memang kau tak boleh marah kalau tetiba mak cik Joyah yang tak penah rapat langsung, tapi bertempek di tepi kita.. hehe, takkan nak halau kan?? 

so ada la saya buat homework sikit pasal susun atur kedudukan ni.. pelan-pelan ni bukan saya lukis, tapi saya amik dari blog LADY SYALIZ dan dilukis oleh beliau sendiri.. Ada 3 kedudukan yang biasanya dipraktikkan semasa akad nikah ni..

Pertama



Kedua



Ketiga

kesemua ni rasanya kalau ayah perempuan tu yang nikahkan.. kalau tok kadi@imam, makanya gantikan saje, kedudukan mereka
yess, korang mesti boleh agak kan.. kedudukan mana yang lebih praktikal? jawapannya kedudukan pertama dan kedua.. sebolehnya elakkan la kedudukan ketiga nehh. tapi kalau korang nak buat, takde sape menghalang pun. nikah pun sah, cuma macam yang telah disebut kat atas tadi la.. tak mesra jurugambar..

kalau korang perasan, kedudukan yang pertama tu macam akad nikah Lisa & Yusri, Awal & Scha kan... Pilihan saya? saya rasa pilihan saya lebih cenderung kepada kedudukan kedua tu.. hehehe.. sebabnya, saya nak dekat dengan my groom.. :p walaupun dia membelakangkan sy, tapi senang, dia palingkan belakang je, dah sampai... ekekeke... yang pertama tu pun ok, tak jadi yang kedua, yang pertama pun boley, cuma rasa macam bride tu jadi hakim*(my opinion) la plak kan..  tapi yang bestnya kedudukan pertama tu buleh tgk muak MBB, cuak ke tak.. hahahaha.. alamak, sudah berbelah bagi.. acane nihh...  takpe2, nanti boleh pk nak pilih yang mana sebab idea tu dah ada.... to b2b yang len, yang mana pilihan anda??

p/s: nak tanda kedudukan tu macamana eh.. nak kena buat stand macam centrpiece tu ke, atau tempek paper je? atau hire someone untuk guide tetamu ke tempat yang sesuai?


>
>

October 18, 2012

latest update borang kawin


Alhamdulillah..
dengan ini diumumkan bahawa borang kawin sudah settle!!!! 
hoorayyyy!!!
buleh nikoh dh yeay! buleh nikoh dh yeay!
dah boleh pangkah dari list..
akhirnyaaa kan.. rasa cam batu yang sangat berat dah diremove dari atas jemala patik ni.. hihihi
genap2 25 hari lagi nak kawin baru boleh settle..


dengan masalah pertama: HIV Test result yang sangat lama.. kena buat hiv test kedua with the really huge damage of kaa chinggg.. T__T

masalah kedua: sijil akuan tak dapat nak dibuat, sampai FFIL terpaksa jumpa Pengarah Agama Negeri untuk settle benda tu baru pejabat agama daerah keluarkan sijil tanpa perlu MBB balik..

masalah ketiga: salinan ic MBB tak ada, kadi tu tak beritahu pun yang dia amik salinan ic MBB and at the same time bagitau yang dokumen yang dia beri tu sahaja perlu di pos ke kelantan.. FIL ingatkan memang dalam tu ada salinan ic tak diusik, bila ma sy bukak, tengok2 memang borang kebenaran kahwin sahaja yang ada dalam tu.. yela, memang pejabat agama akan ambil kan untuk salinan mereka.. so it takes another 3days untuk submit the form.. sebab kena tunggu FIL poskan salinan ic MBB..
so submit petang selasa, dan dapat petang khamis. 

akhirnya boleh tersenyum lega :)

hoho, nampak cam 3 masalah kecil je kan? tapi seriously me; really depressed at that time.. and once sampai rasa malas nak amik tau, biar la nak jadi apa pun.. kalo tak takkan la ada orang tu nangis sampai melalak-lalak kan... :p
hek eleh la kan..  masa tu je punnnn... kemudian bila dah jadi normal balik pemikiran tu, tetap risau balik.. yelah, takde prosedur tu memang tak kawin la kau..
wajib kot.. takde pelamin, majlis tetap on, takde dokumen, takde kebenaran, makanya orang datang makan jela. pengantinnya tak nikah2..

hehe, sebenarnya pegawai pejabat agama dah bagi jaminan, dorang tetap akan keluarkan kelulusan berkahwin  kalau borang tak sempat settle.. sebab dorang pun takkan nak wat naya.. kenduri dah siap, habis berbelas ribu, tapi tak dapat kawin.. DENGAN syarat borang kebenaran belah lelaki settle la.. 
Tapi, itu cuma kalau memang tak sempat siap, kenala usaha dulu bagi siap kan... 

berkat doa korang sume, settle jugak big thing ni.. sangat rasa bersalah sebenarnya sebab terpaksa menyusahkan ma tersayang.. pergi amik borang kahwin, pergi pejabat agama tanya bila problem tempohari, pergi rumah imam dapatkan pengesahan, pergi hantar dan pergi amik balik dekat pejabat agama.. and now pergi hantar dekat tok imam balik..
kalaula saya duduk dekat dgn hometown, sudah tentu saya takkan menyusahkan sesiapa... apatah la ma dan abah dalam hal camni.. nak kawin pun, tapi masih menyusahkan.. sighhh..
tapi tu la mak ayah kita kan.. even kita ni dari lahir, dan PASTI sampai beranak pinak pun menyusahkan mereka, mereka tetap sanggup dan tak pernah rasa terbeban..
i owe them a lot..
hohoho, sedih plak...
k bye...

p/s:  tengah mood "i'll miss my single life"; sindrom rasa sayang nak tinggal life yang ikut suka nak wat ape, terbongkang terbalik pun takde sape nak hirau.. hahaha, welcome to errr a bit 'hypocrite' world..  

>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...