Tadi tengah boring-boring, tetiba terpikir belum finalize pelan kedudukan pengantin masa akad nikah nanti.. i have read it somewhere yang benda ni memang sangat mempengaruhi majlis tak kira la samaada anda buat di masjid atau pun di rumah.. InsyaALLAH, majlis saya nanti, akad nikah akan berlangsung di rumah kalau tak ada aral dalam pukul 3.30 petang..
Note to b2b, pelan ni sangat penting kerana akan memudahkan OP anda untuk mengambil gambar kedua2 pengantin dalam satu snap je.. sebab kalau kedudukan yang tak berapa sesuai, cthnya pengantin lelaki kedudukan dia berhadapan dengan pengantin perempuan, susah sikit la photog nak cari angle dan view untuk pastikan kedua-dua muka kita dengan bakal suami tertempek dalam tu.. Lagipun akad nikah kan sinonim dengan perasaan anxious, berdebar, penuh emosi dan ekspresi.. so amatlah sayang sekiranya kalau momen-momen camtu tak dapat di capture dan dimanfaatkan sepenuhnya hanya kerana anda terlepas pandang susunan kedudukan pengantin, kadi, saksi dan family kedua belah pihak..
kita pun mesti ada list sape yang kita nak masuk dalam pic especially the both of families la kan.. bukan menidakkan kehadiran orang luar, tapi kalau kita tak sediakan plan siap2, memang kau tak boleh marah kalau tetiba mak cik Joyah yang tak penah rapat langsung, tapi bertempek di tepi kita.. hehe, takkan nak halau kan??
so ada la saya buat homework sikit pasal susun atur kedudukan ni.. pelan-pelan ni bukan saya lukis, tapi saya amik dari blog
LADY SYALIZ dan dilukis oleh beliau sendiri.. Ada 3 kedudukan yang biasanya dipraktikkan semasa akad nikah ni..
Pertama
Kedua
Ketiga
|
kesemua ni rasanya kalau ayah perempuan tu yang nikahkan.. kalau tok kadi@imam, makanya gantikan saje, kedudukan mereka |
yess, korang mesti boleh agak kan.. kedudukan mana yang lebih praktikal? jawapannya kedudukan pertama dan kedua.. sebolehnya elakkan la kedudukan ketiga nehh. tapi kalau korang nak buat, takde sape menghalang pun. nikah pun sah, cuma macam yang telah disebut kat atas tadi la.. tak mesra jurugambar..
kalau korang perasan, kedudukan yang pertama tu macam akad nikah Lisa & Yusri, Awal & Scha kan... Pilihan saya? saya rasa pilihan saya lebih cenderung kepada kedudukan kedua tu.. hehehe.. sebabnya, saya nak dekat dengan my groom.. :p walaupun dia membelakangkan sy, tapi senang, dia palingkan belakang je, dah sampai... ekekeke... yang pertama tu pun ok, tak jadi yang kedua, yang pertama pun boley, cuma rasa macam bride tu jadi hakim*(my opinion) la plak kan.. tapi yang bestnya kedudukan pertama tu buleh tgk muak MBB, cuak ke tak.. hahahaha.. alamak, sudah berbelah bagi.. acane nihh... takpe2, nanti boleh pk nak pilih yang mana sebab idea tu dah ada.... to b2b yang len, yang mana pilihan anda??
p/s: nak tanda kedudukan tu macamana eh.. nak kena buat stand macam centrpiece tu ke, atau tempek paper je? atau hire someone untuk guide tetamu ke tempat yang sesuai?
>
>