AMARAN, ENTRI BERGAMBAR!!!
post ni banyak gambar2, sila jangan muntah ye kawan2.. :p
Okey, sebelum hilang ingatan apa yang berlaku pada hari kejadian, rajinkan diri jugak buat review..
ni pun dah lupa sikit apa yang berlaku... yang ingat jela saya review ye.. :p
****************************************************************************
Majlis akad nikah kami adalah pada 12.11.12.. bertempat di rumahku syurgaku..
Dijadual berlangsung pada pukul 3 tapi akhirnya drag sikit lepas Asar atas permintaan family MBB..
dalam pukul 4.30 camtu MBB sampai..
and guess what, segala pelan kedudukan pengantin yang pernah sy mention kat [SINI]
ke laut semua.. huhuhu..
sebabnya sebelum ketibaan MBB dan tok imam,
memang kami dah setting siap2 kedudukan bantal dan semua la..
last2, bila tok imam datang, saya dan adik2 pulak duk dlm bilik,
dorang buat pala sendiri.. duduk ikut suka hati.. siap ubah kedudukan lagi..
daripada tengah-tengah dah jadi ke depan..
adoiiiiii.. tapi dah macam tu, takkan nak suruh dorang bangun dan atur semula kan...
layankan jela.. silapnya sebab masa tu kelam kabut, lupa nak suh adik sorang stay kat luar...
see, dorang duduk betul2 dekat tepi pintu.. |
tapi yang syok, sebab still boleh adjust kedudukan saya duduk.. walaupun pelan asal dah di ubah.
sebelum tu dah susun bantal banyak2 betul2 belakang MBB..
saya buat kedudukan bride belakang groom..
pengapit saya a.ka adik2 sendiri.. |
muke cuak semasa dengar khutbah nikah |
sesi akad nikah |
MBB lafaz nikah sebanyak dua kali baru sah.. yang first tak jadi sebab dia lambat sahut lepas imam habis baca., so kena wat sekali lagi..
masa ni tak sah, sebab tu semua senyum je |
Flow lepas tu cam biasa, bacaan doa, taklik dan sesi sarung cincin, cium2 (hehehe..) dan penyerahan mas kawin.. :)
akhirnya kami sah suami isteri.. ^__^ |
bacaan taklik |
jumpa dan salam semua family, nampak kain meleret disitu.. |
sesi sarung cincin |
HB, nanti saya review lain.. |
masa part nak cium dahi ni ada kelakar sikit, sebabkan butik tu pakaikan aksesori rantai kat kepala dan batu dia betul2 jatuh dekat dahi... so jenuh nak adjust supaya MBB buleh cium jugak..
penyerahan mas kawin |
yeay!! kita dah kawin.. aganya tu kot yang kami sembangkan.. hehe |
with ma & abah (mine), dan mama & abah (MBB) |
my family... adik laki mmg selalu MIA |
in -laws, family MBB |
sesi last saya kira, kami rasmikan guestbook CSI kami.. entri pasal Guestbook CSI [SINI]
pengantin harusla be the first kan.. mencemar duli.. haha
hasil guestbook ni nanti saya review lain ye.. entri ni pun dah panjang bebenor..
muntah ijau korang nak baca lagi.. :p
nak cap jari pun nak bini tolong hulurkan jugak.. huhuhu |
my turn.. :) |
selesai majlis.. habit buruk bila pakai baju kurung, mesti nak singsing tangan.. tapi pepun, saya suka baju akad nikah ni.. sebab dia cantik terletak.. |
Attires untuk majlis akad nikah ni kalau nak tgk yang full pic mmg takde.. semua kat atas ni gambar unofficial.. sebab tu kalau tgk, ada je gambar senget, orang interframe sume.. haha... tapi secara ringkasnya adalah seperti berikut
Pakaian Pengantin Perempuan
- Baju : Kurung Moden - Lace - 2meter
- Satin - 2meter
- Kain : Flowy - Chiffon - 3meter
- Satin - 2 meter
Entri pasal baju akad nikah [SINI]
- Veil - kalau korang perasan, yang saya pakai tu bukan veil sebenarnya.. tu selendang panjang/shawl.. saya pernah cerita pasal veil shasmeen yang colour mismatch tu [SINI] dengan baju nikah yang putih bersih.. so tak pakai yang tu.. shawl ni sebenarnya nak dijadikan tudung (sebab sy taknak pakai tudung awning), tapi last minit, org butik tu jadikan shawl tu sebagai veil pulak.. tapi outcome dia nice jugak kan??
nampak tak yang ia sebenarnya adalah shawl?? |
- Tudung - sebenarnya ada konflik juga nak pakai tudung apa seminggu dua sebelum majlis sebab rasa semua tak matching ngan baju, last2 saya nekad, bawak inner neck dan selendang putih bersih yang ada manik2 halus bahagian depan dan belakang ke butik.. masa kat butik tu redha je la, masa dorang nak pakaikan tudung tu, dorang tengok tudung saya bawa cam biasa2 je.. hahaha kemudian dorang suruh saya pakai inner neck sahaja, shawl yang sepatutnya dijadikan tudung dijadikan veil.. kemudian orang butik tu lapiskan inner neck tu dengan satu lapisan anak tudung lace.. macam dalam pic kat bawah ni.. cuma yang tak syok bila pakai inner neck ni, anak rambut bahagian tepi tu asyik terkeluar je.. huhu.. tapi overallnya saya suka dengan gaya yang dorang buat ni.. :)
- Baju : Melayu Cekak Musang - Satin 4.5 meter
- Songkok
- Sampin Songket Terengganu
- Aksesori : Brooch
Kesemua persalinan MBB ni dia yang settlekan, except for sampin yang kami beli masa bulan 3 haritu dan dijadikan hantaran pertunangan [SINI] dan juga brooch je [SINI] yang melibatkan saya.. yang lain, pasal baju, dia settle semua.. so saya tak boleh nak bagi detail sangat..
****************************************************************************
Secara keseluruhan saya memang berpuas hati dengan majlis akad nikah.. the flow, attires, food, sume la... walaupun ada part yang di plan mmg hancuss, saya redhakan je.. nak sempurna 100% memang tak dapat la kan.. sementelah, saya family kecik.. takde kakitangan nak dikerah sangat.. saya let go je.. takde nak ralat2 sangat eh.. yang penting happy.. kan..
tu je kot yang nak direview untuk akad nikah, rasanya takde yang tertinggal dah..
tunggu review untuk resepsi pulak ehh..
tenkiu 4 reading.. muahh2.. :)
p/s: b2b 2013, jangan lupa pakai korset time majlis korang nanti, even pakai baju kurung je pun.. benda yang penting tu, boleh bagi effect besar dlm gambar mahupun postur korang..