LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

July 31, 2013

Kad Raya


Setelah beberapa tahun tak penah terima kad raya..
akhirnya dapat jugak kad raya tahun ni..
daripada Honda.. lebih tepat, daripada Lee Motors Alor Setar..
Hijau.. sampai sampul pun hijau..
ingatkan pamplet ape la yang duk dalam mailbox..
seb baik check.. biasa ignore je melainkan sampul putih baru tgk..
the 1st n the last la kot kad raya ni.. 
ke ada sape2 nak bagi kad raya kat saya?? hihihi


>
>

July 30, 2013

Persiapan raya

Haih, lupa kan jap masalah maternity leave tu.. dah mood raya pun kan.. pe tak nya, pagi2 drive ke sekolah, kompom plg2 koman pun ada 2 lagu raya sepanjang 15min drive tu kan.. maka berkobar2 la perasaan nak balik kg, puasa kat rumah sdri.. sebab sepanjang ramadhan ni sempat puasa umah MBB je.. xberpeluang lagi nak balik pose umah.. hukhuk... tapi persiapan raya, nan ado pun lagi.. kena tunggu MBB balik dulu baru leh shopping... tapi takleh beria sangat la nak shopping.. kena berjimat cermat.. nak sambut baby n bayar bil spital lak bulan 9..

Baju raya for me tak beli pun.. sebab masa bulan 3 ritu ada hantar kain 6 pasang.. dann kalau nak tau, baju tu baru siap... gila lama kan.. tapi jimat i.. bayar 162inggit je dapat 6 pasang.. tapi dah tolak kos kain la..  sebab kos dah dikeluarkan awal2.. kalau beli online? baru dapat sepasang tu.. jimat x? jimat x?... tudung pun macthingkan dengan tudung sedia ada je.. sebab yang ada pun banyak lagi tak terpakai dan baru pakai sekali dua.. lagipun memabazir kalau beli baru sedangkan untuk tone warna yang sama je.. mungkin untuk diri sendiri cuma beli kasut raya, tu pun kalau muat dengan kaki gajah ni.. handbag baru?? jeng jeng jeng..

So plannya cuma cari baju tshirt MBB, dan samping.. sebab baju melayu pun recycle balik baju masa bertandang.. sebab nak pakai gi masjid je pun.. yang lain2, macam biskut raya, langsir dan sebagainya, kami tak beli pun.. sebab mana ada rumah lagi pun.. setakat rumah sewa kat tempat keje je, rumah transit la katakan.. biskut pun tak beli kot.. nanti makan je apa yang ada kat rumah ma n mama.. hikhikhik... selalunya pun bukan hadap sangat kuih2 raya ni.. banyak yang tak sedap dari yang sedapnya kan.. lagi suka makan kerepek2.. tapi my fav biasanya tart nenas, semperit, cornflakes dan biskut kacang.. mmmm.. sedapnya..


My cravings untuk raya ni pulak, tak sahla kan kalau tak mengidam.... dah nama raya, mengidam pun juadah raya kan... untuk org pantai timur opkos la ketupat palas... nak2 lagi yang ada kacang dalam pulut tu..  rasa cam tak lengkap raya kalau takde ketupat palas ni.. xsabar nak makan ngap2 banyak2 ketupat ni.. :)


Kemudian, nak makan tapai pulut.. 


nasi impit dengan kuah kacang..


Hehe, rasanya itu jela kot yang diidamkan,.. tak banyak pun kan.. dapat makan 3 benda kat atas ni pun dah puas hati gila... :).. harap2, takdela naik mendadak berat nanti..

Yang tambah syoknya sebab tahun ni experience berbeza dah.. buleh rasa beraya kat dua negeri.. biasa kat negeri sendiri je.. tapi tahun ni buleh raya kat Kedah.. tapi beraya kat Kelantan dulu.. ehemmm.. :) raya kedua kot baru balik Kedah.. MIL yang suruh balik Kelantan dulu.. baik tak my MIL?? hehehe, :) so turn tahun depan, Kedah la plak ye.. ikut giliran.. tapi risau jugak nak gerak balik raya kedua tu.. huhuhu.. dalam kepala dah buleh terbayang suasana jam.. omaaiiiiii.. tak sanggup!

p/s: nasib baik bonus tak kena potong kwsp.. :)

>
>

July 27, 2013

maternity leave.. dilema wehh


Dalam dilema sebenarnya sekarang ni.. berkait dengan cuti bersalin.. sy punya due 24.9.2013.. opkosla due tu bersamaan dengan 40weeks kandungan kan.. tapi biasa orang akan apply cuti bersalin lagi awal.. tak kisah la seminggu ke dua minggu ke or lebih.. yang biasa tak apply cuti bersalin awal ni biasanya yang memang duduk dengan parent ataupun dengan suami.. Tapi as u all dah tau, sy memang sebatang kara je kat Perak ni.. menyewa pun sorang diri n MBB kat Sarawak; noted; in RURAL area.. yang tak ada line hp dan line internet yang hanya available di sekolah dan kadangkala hidup segan mati tak mau.. Antara dilemanya sekarang ni adalah


1st: Jumlah cuti  bersalin... saya amik 60 hari je.. sebab kalau amik 90hari, memang dah termasuk dalam cuti sekolah hujung tahun yang akan bermula 16/11.. jadi rugi la kalau apply cuti dalam cuti... so sy dah decide, cuti 60 hari je.. rugi ooo incase masa depan nak beranak ramai ke.. 



2nd; Govt servant hanya boleh amik cuti 2minggu awal dari tarikh due.. so kalau sy nak amik awal 2minggu, means 10/9 tu sy dah boleh bercuti.. tapi sy kena masuk balik sekolah/kerja dari 11/11-15/11 yang mana sangat tak best dan tak menguntungkan.. sebab bila balik Perak, nak masuk kerja, nak kena cari babysitter.. hanya untuk tempoh seminggu.. tinggal pada parents?? rasa macam tak sanggup nak berjauhan walaupun hanya untuk seminggu.. so sy plan biarla saya cuti terus direct sampai bulan 1.. so kira punya kira dari tarikh last persekolahan, 60 hari cuti bersalin tu ngam-ngam jatuh seminggu sebelum due..  iaitu selasa 17/9.. so kalau sy nak balik sy boleh start balik 13/9.. sebab isnin tu cuti hari malaysia.. tapi persoalannya, macamana kalau terberanak awal? minggu 13/9 tu dah 38weeks dah.. biasanya ramai yang bersalin awal kan.. minggu 38 biasa adalah minggu yang feveret baby kuar.. sepatutnya waktu tu dah standby duduk kat rumah.. bukan terhegeh2 baru nak balik.. 

 

3rd:  Untuk menyelesaikan masalah kat atas, sy plan nak topup cuti yang ngam2 seminggu sebelum due tu dengan CRK (cuti rehat khas) yang masih berbaki 6 hari sebab sy dah guna sehari masa MBB sakit haritu.. so maksudnya bolehla sy balik 2minggu sebelum due.. atau kalau nak lebih sy tambah dengan MC je.. tapi plannya nak topup CRK jela supaya atleast 6/9 sy dah berada di rumah.. tapi yang menimbulkan masalah, MBB pulak yang susah nak dapat cuti.. dia tak boleh nak extend cuti sebab waktu tu betul2 minggu sebelum UPSR.. dia kan mengajar tahun 6.. konpom tak sampai hati nak biar budak2 terkontang-konting even kalau GB consider pun.. see, anak murid lagi penting tau dari bini n anak.. hukhukhuk... sapa la yang nak menghantar sy balik.. drive sendiri?? i'm willing to kalau masih berdaya.. dah terdesak kan.. xpela kalau dia tak dapat temankan pun.. tapi MBB lak tak kasi.. sebab dia cakap kalau boleh dia yang nak hantar sendiri.. dah tu camne, sia2 jugak kalau sy topup cuti, tapi kalau dia pun tak boleh nak cuti.. dan sy tak boleh nak balik.. takkan nak menderhaka dengan suami lak kan. balik awal tanpa izin.. haha.. Again, sy mmg takut terberanak awal kat sini sorang2.. huhuhu..

4th: Selain daripada risau terberanak awal, sy sebenarnya takut kalau sy bersalin waktu MBB tak ada dengan saya dan lagi memburukkan keadaan, kalau dia berada kat dalam; waktu weekdays.. MBB hanya akan keluar ke pekan dan stay for weeekends only.. masa tu la dia accessible via HP.. dari tengahari jumaat sampaila tengahari ahad.. selalu je terbayang2 kalau sy bersalin hari ahad malam/ isnin.. maksudnya hanya jumaat berikutnya barula berita tu boleh disampaikan pada dia.. kalau bernasib baik, line internet ok, dapatla berita tu lebih cepat disampaikan.. itupun bukan on time dia buleh balik time2 tu jugak.. kena harung perjalanan dari sekolah ke pekan Lawas 2jam setengah.. dari Lawas ke KK 4-5jam bergantung pada trafik dan juga gate sempadan. kalau waktu tu gate dah tutup, tak dapat la nak ke Sabah. kena tunggu sampai gate bukak.. kemudian naik flight dari KK ke mana bergantung pada lokasi sy masa tu la.. huhuhu..

So kami decide untuk bincang dengan doc kat tempat yang kami planning for delivery nanti.. nak tanya pendapat dia, boleh ke awalkan delivery ke cane.. means induce la kan.. kalau dah takde choice, terpaksa la walaupun ramaia cakap sakitnya berganda2.. supaya MBB dapat bersama dengan sy pada saat   kelahiran.. InsyaALLAH, cuti raya nanti kami nak g checkup dan booking sekali.. masa tu bolehla dapatkan pandangan dia.. yelah, sapa tak mau laki ada time sakit bersalin.. sekurang2nya dapat bagi perangsang dan paling koman pun biar dia tengok betapa sakitnya kita nak melahirkan zuriat dia.. :p

Planning for maternity leave ni sangat memeningkan kepala sy.. mungkin situasi kami yang merumitkan keadaan..  so setakat ni perkembangannya sy dah apply cuti bersalin dari 17/9-15/11.. maksudnya tak perlu naik kerja sebab terus sambung dengan cuti sekolah.. 2nd-4th dilemma; not yet settled.. kena g jumpa gynae dulu, lepas tu baru leh wat keputusan.. samada topup cuti, induce ke ape ke bergantung pada perjumpaan tu.. sekarang ni pun asik pesan kat baby.. supaya tunggu daddy balik.. jangan keluar awal2.. cian kat mummy.. huhuhu


>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...