LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

August 20, 2013

Our Birthplan..

Lama tak mencoret kat blog.. hampir 3minggu jugakla tak termasuk scheduled post.. cuti raya 2minggu.. raya cam biasa la... meningkat usia, mmg tak terasa best cam kanak2.. tapi ni raya pertama sebagai suami isteri.. bestt... feelingnya lain macam.. nak2 ada baby dalam perut... perasaan memang sukar digambarkan.. tahun depan insyaALLAH, raya bertiga.. aminnn... :)

Sy raya kat kelantan tahun ni.. sapa yang baca post lepas2 confirmla tau kan.. hehe.. cuti sekolah start 3hb Ogos.. malamnya pickup MBB kat stesen KTM Sungkai.. Sabtu 4hb gerak ke Ipoh dulu.. stay satu malam kat sana.. jalan2 cari baju raya.. lebih tepat lagi cari baju tshirt untuk MBB.. ahad baru gerak balik Kelantan.. jalan, alhamdulillah.. tak jam pun..

me n MBB.. 33weeks pregnant.. :)
Isninnya, kami ke KBMC.. cadangnya nak book dan buat checkup sekali dan tanya pendapat doktor tentang masalah kami dan pasal dilema maternity leave.. sy dah citer dlm post INI.. checkup dengan doktor Lily.. tanya doktor buleh tak beranak awal.. huhuhu, maksudnya induce la.. Doktor check2 semua, dan best part opkosla scan.. sy tak nampak sangat sebab monitor tala kat MBB.. tapi MBB siap perli sy cakap muka baby bulat cam sy.. huhuhu... Lepas scan, doktor cakap tak ada problem... then bagi tarikh suruh kami decide bila nak admit wad.. antara 8-10 September.. dah 38weeks time tu.. decide dengan MBB, MBB pilih tarikh 9.9 untuk admit ke ward.. kalau tak terberanak awal sebelum tu la... alhamdulillah.. settle satu problem kami..

Mungkin akan ada yang mempertikaikan keputusan birthplan kami, tapi harapannya semoga ini akan menjadi yang terbaik dalam keadaan kami sekarang... yela, sape taknak bersalin secara normal, tak perlu induce, tunggu je sakit secara normal tu datang bila dah sampai waktunya kan, tapi keadaan tak memihak kepada kami.. bersalin normal tanpa kehadiran suami, dan bersalin induce dengan kehadiran suami; saya pilih pilihan kedua..  namapun birthplan kan.. kita hanya mampu merancang yang menetapkan tetap ALLAH juga..  semoga segalanya-galanya akan baik2 saja.. aminnnn...

p/s: CRK pun dah mintak dengan GB.. alhamdulillah, GB memahami masalah kami suami isteri.. so kalau tak ada apa aral, 7/9 nanti sy start bercuti dan balik kg... :)


>
>

August 8, 2013

selamat hari raya


Selamat Hari Raya kepada sahabat bloggers sekalian..
Ampun dan maaf jika ada coretan yang terkasar bahasa dan tersinggung perasaan kalian..
Semoga idulfitri kali ini membawa seribu rahmat dan keberkatan pada kita semua..
Aminnnn..



>
>

August 3, 2013

Surat Kepada Ibu Bapa

Kepada : Ibu Bapa

Ke hadapan Tuan/Puan,

Kami telah mendapat banyak aduan di dalam menyuarat PIBG tentang bagaimana kami mendidik anak tuan/puan. Terlebih dahulu kami memohon maaf atas pemasalahan yang timbul. Walaubagaimanapun, kamu sebagai guru mempunyai batas-batas kuasa yang kami akan suluhkan kepada tuan/puan.

Kami bukan ibu bapa. Kami adalah ahli akademik. Kami mempunyai set tanggungjawab, dan didikan peribadi bukanlah sebahagian dari tanggungjawab kami. Kami bertanggungjawab menunjukkan peribadi elok sebagai contoh, tapi tugas mengajar adab merupakan tanggungjawab tuan/puan. Bagaimana perangai mereka di rumah, jika menjadi kurang ajar, sama sekali bukan salah kami.

Terkadang kami terkejut ketika melihat tingkah laku anak anda ketika hadir mengambil kad repot. Anak tuan/puan yang hyperaktif di sekolah sungguh senyap di depan tuan/puan. Adakah tuan kenal anak tuan sebetulnya? Tahukah tuan/puan anak puan yang hadir ke sekolah bukanlah anak tuan/puan yang tuan/puan kenali di rumah?

Dan apabila hukuman dijalankan, apakah hak tuan/puan untuk mengatakan "saya kenal anak saya. dia bukan macam tu." di hadapan kami? Anda tiada di sekolah, dan anda sebenarnya tidak mengenal anak sendiri. Anak anda selesa di sekolah bersama kawan-kawan sehingga berasa selesa untuk berbuat salah dan kami hukumkan. Nampak benar dia tak berasa selesa untuk membuat salah di depan anda kerana tuan/puan mungkin sekali bukan spesis manusia membina, tapi menjatuhkan.

Peraturan sekolah diciptakan bersebab. Dan sebetulnya, memang hukuman diciptakan untuk menyakitkan, memalukan, dan menyusahkan.

Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar sakit yang tidak seberapa itu adalah lumrah dunia, malu itu seharusnya bertempat, dan yang menyusahkan itu selalunya benda yang perlukan usaha. Atau benda-benda yang sewaktu dengannya. Itu tanggungjawab anda, jangan lepaskan itu semua pada kami. Adakah benda asas seperti ini pun perlu kami ajari?

Kami di sekolah sebagai HANYA GURU. Tapi hakikatnya, kami tahu terlampau banyak mengenai keluarga murid. Jika tuan/puan sangkakan apa yang berlaku di rumah hanya tinggal di rumah, tuan/puan silap. Kami guru yang terdidik, melihat pada pelakuan, banyak benda yang kami tahu. Itu tidak termasuk apa yang diberitahu.

Anak-anak tuan/puan akan cuba untuk menjadi apa yang mereka tidak boleh jadi di depan tuan/puan. Tuan/puan merupakan kuasa autoriti terbesar buat mereka. Jadi apa yang mereka buat di sekolah adalah cermin untuk apa yang berlaku/tidak berlaku di rumah.

Jika anda mahukan kami mendidik dengan sepatutnya, kami perlu kuasa autoriti yang lebih besar. Kalau kerana hanya satu garisan dari sebatan rotan menyebabkan kami dipenjarakan, ketahuilah oleh tuan/puan yang kami sebenarnya langsung tak mahu bersangkut paut dengan kehidupan anak tuan/puan, apatah lagi isu rumah tangga tuan/puan.

Hanya kerana anak tuan tak pernah mengadu mereka terbuat kesilapan, jangan menyangka anak tuan/puan sangat baik. Anak yang bijak/pandai selalu eksperimen dan selalu berbuat silap, dan mereka tidak mahu imej buruk atau keburukan mereka sampai kepada tuan/puan jadi mereka berahsia. Adalah terpulang kepada ibu bapa sama ada anak mereka berahsia atau tidak.

Nasihat kami untuk tuan/puan :

Setiap anak melaku kesilapan. Jangan berdiri lantang untuk mereka dengan melampau. Mereka harus diajar erti tanggungjawab, dan bertanggungjawab bagi setiap tingkah laku. Kami tak perlukan anda untuk berdiri bagi pihak anak anda hanya kerana anak anda menumbuk seorang kanak-kanak lain. Itu sebahagian dari proses pemantapan fizikan dan mental. Menyekat pengalaman bermaksud anda menyekat kebolehan otak anak anda berkembang.

Mendidik kanak-kanak itu tidak susah. Tapi yang menyusahkan selalunya ibu bapa. Kerana mereka selalu ingin menyelesaikan masalah anak-anak bagi pihak mereka, menolak hak mereka mempunyai autoriti yang sepatutnya. Akhirnya mereka cuma boneka yang diberi skrip. Mereka bukan lagi makhluk tuhan yang diberi kehidupan.

Kami tahu apa beza seorang murid tingkatan tiga mampu buat dan seorang pelajar jurusan kejuruteraan mampu buat. Jangan buat kerja sekolah mereka untuk mereka. Mereka perlu berbuat silap untuk belajar. Jika anda menjadikan mereka sedemikian bodoh, jangan salahkan kami semasa datang ambil kad repot.

Jika seorang pelajar dihantar kepada kami kerana kesalahan tingkah laku, kami tidak akan menghukum mereka serta merta. Kami akan memberi masa mereka bersendiri memikirkan apa yang baru mereka lakukan, dan memberi respon bergantung pada respon mereka setelah mereka lebih tenang dan setelah mereka mempunyai masa berfikir. Mungkin tuan/puan juga boleh cuba cara yang sama. Mungkin tuan/puan sendiri lupa zaman tuan/puan kanak-kanak kerana tuan/puan kini sudah dewasa, betapa gementarnya kanak-kanak yang berbuat silap.

Ekonomi yang teruk masa kini menyebabkan ramai ibu bapa bekerja lewat masa dan mempunyai masa yang sedikit untuk memahami atau bersama anak mereka. Menyangka anda boleh menebus kesalahan dengan berdiri bagi pihak mereka di depan guru adalah tindakan yang salah.

Jika anda mahukan proses pendidikan ini bersifat dua-hala, bersikap adillah dengan kami.

Atau jika tidak, abaikan sahaja kewujudan kami dalam proses pemanusiaan. Kerana kami sendiri mempunyai hal sendiri untuk dijaga dari menjaga anak orang.

Yang Benar,
Guru.


kredit to FB Suara Mahasiswa

p/s: susulan kepada post kelmarin.. haha, rasa nak tergelak pun ada baca wall post ni.. tapi well said.. tahniah pada yang mengarangnya..


>
>

August 2, 2013

tq encik suami..

MBB dah belikan peti ais baru. did i mention yang peti ais saya rosak baru-baru ni?? tak kan.. hehe.. kecuaian sdr..plus keje b***h. tak pernah stuck dengan ayam yang dihentak2 tak mau jugak keluar, kemudian gi gatal2 cucuk dengan pisau.. sebelum ni tak penah pun wat gitu.. memang benda nak jadi dan nak rugi.. or, peti ais tu sebenarnya merajuk sebab dah dengar yang sy berkira2 mau menukarnya??.. kwang2.. 

Peti ais tu pun kecik je sebenarnya.. satu pintu je.. yang harganya rm5++ je.. beli masa mula2 kerja dulu.. sebab duduk sorang je kan... sistem penyejukan nya pun tak berapa nak elok sangat.. cepat je sayur atau buah2 rosak... pendek kata, peti ais, jenama S***p, memang sy takkan beli dah.. serikkk...sy berkira2 mau tukar ke dua pintu sebab nanti nak simpan stok susu bila fully breastfeed baby nanti (Moga diizinkan ALLAH, aminnn)..mungkin sebab tu kot peti ais tu rosak.. merajuk sebab tau nak kena tukar lain..

Dua-dua barang ni beli kat Senheng.. MBB ada membership.. Peti SejukPanasonic ni harga dia RM 949.. tapi sebabkan ada members day dari 1/7-31/8 ni, dapat redeem point dan guna untuk reduce price jadi hanya bayar RM 799 je.. peti sejuk i xmeriah pun.. kecik je... nanti dah stabil nanti aim untuk peti sejuk yang besar gedabak macam dalam cite korea tu.. yang ada pintu kecik buleh amik air sejuk tanpa bukak pintu besar dan ada ice dispenser.. ngeh3.. saje survey2 ritu, harga yang paling mahal 13K.. omaiiii...yg pasti impian tu cuma boleh dilaksanakan bila dah ada rumah sendiri.. sekarang ni berangan jela dulu..

Panasonic Refridgerator  PSN-NRBJ226SN

Dia jugak belikan mesin basuh.. kesian tengok sy basuh baju dengan tangan katanya..  
nak-nak dengan perut ke depan sekarang ni susah nak duduk bangun.. sebenarnya awal-awal dulu sy rasa mesin basuh tu tak penting sangat sebab tu tak beli2... sekarang ni pun rasa cam tak perlu sangat..(dasar kede***, tak sanggup nak mengata diri sendiri) sebab duduk sorang je kan.. bukanla banyak sangat pun baju yang nak dibasuh.. ingat nak beli bila baby dah kuar nanti.. baju2 dia mesti banyak kan.. tapi since MBB nak belikan sekarang, i terima dengan hati ria je.. :p bagus jugak.. dah ringan satu tugas.. campak2 dan on je mesin tu..  badan dah berat, keje asyik nak rehat, tido dan baring je la... 

Pun beli brand Panasonic jugak.. load 7kg for the price rm669.. okla kan.. spend tak sampai 1.5K pun dari bajet asal untuk dua2 appliances ni..  rezeki baby...


Eeerr.. gadjet atau mesin yang boleh sidaikan pakaian ada takk?? or yang boleh lipatkan baju2 sekali?? hahhaha..
>
>

August 1, 2013

untung budak zaman sekarang

untung budak2 sekarang.

zaman aku sekolah dulu--
kalau tak buat kerja sekolah--
memang kena tampor ustazah.

kena setepek "pemalas" depan kelas. depan budak2 lelaki dalam bilik darjah. kena sound "simpan2 la 
bodoh tu, pakai hari lain", "punyalah banyak untung jadi orang pandai, kenapa awak masih nak pilih jadi budak main2?"

untung budak sekarang.

tak buat kerja sekolah--

kena halau keluar kelas--
anak balik ngadu kat mak bapak--
mak bapak tolong saman cikgu.

pergh
untung budak sekarang.
untung gila.

hmm

sekarang aku faham kenapew budark2 sekawang tak tawu ejew.
pemalas. 

dah lah pemalas nak buat kerja sekolah;
pastu pemalas reka alasan--
otak termati--
tak kreatif.


pendidikan percuma sampai phd pun tak guna kalau ada mak bapak yang hantar anak pergi sekolah
HANYA sebab tak mampu bayar orang gaji jagakan anak2 mereka.

SEBAB bagi mak bapak jenis begini--
cikgu itu babysitter.
tukang jaga anak dia masa dia tak ada.
pengganti ibubapa--
pemegang amanah mereka dalam mendidik anak2 mereka.


eleh

pemegang amanah konon.
dalam bahasa tersirat--
tempat tuding.
itu sebenarnya.

anak perangai bangsat--
salah kawan2 anak. 
anak bodoh--
salah cikgu.
anak kurang ajar--
salah persekitaran.

salah semua orang.
kecuali mak bapak hebat semua ini tadi.

hish

marah.
rasa marah pada jenis ibubapa begini.

terima kasih abah,
sebab bantai sebat aku macam aku rekrut askar dia.
walau jiran2 suruh guna psikologi jadah,
abah aku tetap dengan cara dia.

balik sekolah--
spot check buku
.seminggu sekali--
spot check kat cikgu.
aku pernah remaja.

aku pun pernah poyo menggelabah benci abah sebab abah aku tak macam mak bapak orang lain yang guna 
kekdah berborak dari hati ke hati jenis jadi bespren dengan anak.
siapa tak nak mak abah cool?
kan?

tapi sekarang ini aku sedar--
kalau abah buat gitu--
memang aku tak jadi manusia.
kemungkinan aku jadi laknat tu ada.

aku berterima kasih untuk setiap birat badan aku yang menjadikan aku manusia.
betullah kata orang--

if your child hates you at their adolescent years--

be calm;
you are doing it right.
dear parents,

nak jadi bestpren anak--

ada cara.

enabling mistakes they make--
is NOT one of them.


credit to FB Fynn Jamal



p/s: isu pasal guru banyak sangat naik sekarang ni kan.. my 2cents; guru pun manusia.. bukan malaikat... kami layan/ajar/urus satu kelas; plg sikit, 30 orang murid dengan 30 perangai yang berbeza.. yang kadangkala, murid2 ni sikapnya amat berlainan daripada di rumah..depan mak bapak ya ampun, pijak semut tak mati.. rasanya cikgu; melainkan gila takkan pukul murid saja2 melainkan kalau dia dah buat kesalahan yang sama berkali-kali.. to parents, syg anak berpada-pada.. kalau zaman kita dulu, yang sy sangat pasti zaman yang mana kalau mengadu cikgu pukul atau sewaktu dengannya bila balik rumah akan dapat 'hadiah tambahan' lagi, mak bapak kita tak pernah menangkan kita, kenapa bila kita jadi parents, kita lebih percaya anak 100% berbanding dengan turun padang, siasat apa yang berlaku sebenarnya.. it's better banding dengan upload kat FB, saman cikgu, report polis etc.. cikgu kalau benda2 tu jadi pun, paling2 pun kena ditukarkan (except kes jenayah la kan) tapi kesan pada murid tu, sy percaya konpom lepas tu dah tak ada guru yang mahu ambil berat atau ambil tahu lagi (melainkan kalau betul silap guru).. belum lagi kira bab keberkatan..  hohoho.. sedih sungguh tgk profesion guru sekarang.. macam melukut di tepi gantang je.. last2 konsep sebenar sistem dah tak tercapai.. guru hanya mengajar, bukan lagi mendidik.. sighhhhh

>
>

July 31, 2013

Kad Raya


Setelah beberapa tahun tak penah terima kad raya..
akhirnya dapat jugak kad raya tahun ni..
daripada Honda.. lebih tepat, daripada Lee Motors Alor Setar..
Hijau.. sampai sampul pun hijau..
ingatkan pamplet ape la yang duk dalam mailbox..
seb baik check.. biasa ignore je melainkan sampul putih baru tgk..
the 1st n the last la kot kad raya ni.. 
ke ada sape2 nak bagi kad raya kat saya?? hihihi


>
>

July 30, 2013

Persiapan raya

Haih, lupa kan jap masalah maternity leave tu.. dah mood raya pun kan.. pe tak nya, pagi2 drive ke sekolah, kompom plg2 koman pun ada 2 lagu raya sepanjang 15min drive tu kan.. maka berkobar2 la perasaan nak balik kg, puasa kat rumah sdri.. sebab sepanjang ramadhan ni sempat puasa umah MBB je.. xberpeluang lagi nak balik pose umah.. hukhuk... tapi persiapan raya, nan ado pun lagi.. kena tunggu MBB balik dulu baru leh shopping... tapi takleh beria sangat la nak shopping.. kena berjimat cermat.. nak sambut baby n bayar bil spital lak bulan 9..

Baju raya for me tak beli pun.. sebab masa bulan 3 ritu ada hantar kain 6 pasang.. dann kalau nak tau, baju tu baru siap... gila lama kan.. tapi jimat i.. bayar 162inggit je dapat 6 pasang.. tapi dah tolak kos kain la..  sebab kos dah dikeluarkan awal2.. kalau beli online? baru dapat sepasang tu.. jimat x? jimat x?... tudung pun macthingkan dengan tudung sedia ada je.. sebab yang ada pun banyak lagi tak terpakai dan baru pakai sekali dua.. lagipun memabazir kalau beli baru sedangkan untuk tone warna yang sama je.. mungkin untuk diri sendiri cuma beli kasut raya, tu pun kalau muat dengan kaki gajah ni.. handbag baru?? jeng jeng jeng..

So plannya cuma cari baju tshirt MBB, dan samping.. sebab baju melayu pun recycle balik baju masa bertandang.. sebab nak pakai gi masjid je pun.. yang lain2, macam biskut raya, langsir dan sebagainya, kami tak beli pun.. sebab mana ada rumah lagi pun.. setakat rumah sewa kat tempat keje je, rumah transit la katakan.. biskut pun tak beli kot.. nanti makan je apa yang ada kat rumah ma n mama.. hikhikhik... selalunya pun bukan hadap sangat kuih2 raya ni.. banyak yang tak sedap dari yang sedapnya kan.. lagi suka makan kerepek2.. tapi my fav biasanya tart nenas, semperit, cornflakes dan biskut kacang.. mmmm.. sedapnya..


My cravings untuk raya ni pulak, tak sahla kan kalau tak mengidam.... dah nama raya, mengidam pun juadah raya kan... untuk org pantai timur opkos la ketupat palas... nak2 lagi yang ada kacang dalam pulut tu..  rasa cam tak lengkap raya kalau takde ketupat palas ni.. xsabar nak makan ngap2 banyak2 ketupat ni.. :)


Kemudian, nak makan tapai pulut.. 


nasi impit dengan kuah kacang..


Hehe, rasanya itu jela kot yang diidamkan,.. tak banyak pun kan.. dapat makan 3 benda kat atas ni pun dah puas hati gila... :).. harap2, takdela naik mendadak berat nanti..

Yang tambah syoknya sebab tahun ni experience berbeza dah.. buleh rasa beraya kat dua negeri.. biasa kat negeri sendiri je.. tapi tahun ni buleh raya kat Kedah.. tapi beraya kat Kelantan dulu.. ehemmm.. :) raya kedua kot baru balik Kedah.. MIL yang suruh balik Kelantan dulu.. baik tak my MIL?? hehehe, :) so turn tahun depan, Kedah la plak ye.. ikut giliran.. tapi risau jugak nak gerak balik raya kedua tu.. huhuhu.. dalam kepala dah buleh terbayang suasana jam.. omaaiiiiii.. tak sanggup!

p/s: nasib baik bonus tak kena potong kwsp.. :)

>
>

July 27, 2013

maternity leave.. dilema wehh


Dalam dilema sebenarnya sekarang ni.. berkait dengan cuti bersalin.. sy punya due 24.9.2013.. opkosla due tu bersamaan dengan 40weeks kandungan kan.. tapi biasa orang akan apply cuti bersalin lagi awal.. tak kisah la seminggu ke dua minggu ke or lebih.. yang biasa tak apply cuti bersalin awal ni biasanya yang memang duduk dengan parent ataupun dengan suami.. Tapi as u all dah tau, sy memang sebatang kara je kat Perak ni.. menyewa pun sorang diri n MBB kat Sarawak; noted; in RURAL area.. yang tak ada line hp dan line internet yang hanya available di sekolah dan kadangkala hidup segan mati tak mau.. Antara dilemanya sekarang ni adalah


1st: Jumlah cuti  bersalin... saya amik 60 hari je.. sebab kalau amik 90hari, memang dah termasuk dalam cuti sekolah hujung tahun yang akan bermula 16/11.. jadi rugi la kalau apply cuti dalam cuti... so sy dah decide, cuti 60 hari je.. rugi ooo incase masa depan nak beranak ramai ke.. 



2nd; Govt servant hanya boleh amik cuti 2minggu awal dari tarikh due.. so kalau sy nak amik awal 2minggu, means 10/9 tu sy dah boleh bercuti.. tapi sy kena masuk balik sekolah/kerja dari 11/11-15/11 yang mana sangat tak best dan tak menguntungkan.. sebab bila balik Perak, nak masuk kerja, nak kena cari babysitter.. hanya untuk tempoh seminggu.. tinggal pada parents?? rasa macam tak sanggup nak berjauhan walaupun hanya untuk seminggu.. so sy plan biarla saya cuti terus direct sampai bulan 1.. so kira punya kira dari tarikh last persekolahan, 60 hari cuti bersalin tu ngam-ngam jatuh seminggu sebelum due..  iaitu selasa 17/9.. so kalau sy nak balik sy boleh start balik 13/9.. sebab isnin tu cuti hari malaysia.. tapi persoalannya, macamana kalau terberanak awal? minggu 13/9 tu dah 38weeks dah.. biasanya ramai yang bersalin awal kan.. minggu 38 biasa adalah minggu yang feveret baby kuar.. sepatutnya waktu tu dah standby duduk kat rumah.. bukan terhegeh2 baru nak balik.. 

 

3rd:  Untuk menyelesaikan masalah kat atas, sy plan nak topup cuti yang ngam2 seminggu sebelum due tu dengan CRK (cuti rehat khas) yang masih berbaki 6 hari sebab sy dah guna sehari masa MBB sakit haritu.. so maksudnya bolehla sy balik 2minggu sebelum due.. atau kalau nak lebih sy tambah dengan MC je.. tapi plannya nak topup CRK jela supaya atleast 6/9 sy dah berada di rumah.. tapi yang menimbulkan masalah, MBB pulak yang susah nak dapat cuti.. dia tak boleh nak extend cuti sebab waktu tu betul2 minggu sebelum UPSR.. dia kan mengajar tahun 6.. konpom tak sampai hati nak biar budak2 terkontang-konting even kalau GB consider pun.. see, anak murid lagi penting tau dari bini n anak.. hukhukhuk... sapa la yang nak menghantar sy balik.. drive sendiri?? i'm willing to kalau masih berdaya.. dah terdesak kan.. xpela kalau dia tak dapat temankan pun.. tapi MBB lak tak kasi.. sebab dia cakap kalau boleh dia yang nak hantar sendiri.. dah tu camne, sia2 jugak kalau sy topup cuti, tapi kalau dia pun tak boleh nak cuti.. dan sy tak boleh nak balik.. takkan nak menderhaka dengan suami lak kan. balik awal tanpa izin.. haha.. Again, sy mmg takut terberanak awal kat sini sorang2.. huhuhu..

4th: Selain daripada risau terberanak awal, sy sebenarnya takut kalau sy bersalin waktu MBB tak ada dengan saya dan lagi memburukkan keadaan, kalau dia berada kat dalam; waktu weekdays.. MBB hanya akan keluar ke pekan dan stay for weeekends only.. masa tu la dia accessible via HP.. dari tengahari jumaat sampaila tengahari ahad.. selalu je terbayang2 kalau sy bersalin hari ahad malam/ isnin.. maksudnya hanya jumaat berikutnya barula berita tu boleh disampaikan pada dia.. kalau bernasib baik, line internet ok, dapatla berita tu lebih cepat disampaikan.. itupun bukan on time dia buleh balik time2 tu jugak.. kena harung perjalanan dari sekolah ke pekan Lawas 2jam setengah.. dari Lawas ke KK 4-5jam bergantung pada trafik dan juga gate sempadan. kalau waktu tu gate dah tutup, tak dapat la nak ke Sabah. kena tunggu sampai gate bukak.. kemudian naik flight dari KK ke mana bergantung pada lokasi sy masa tu la.. huhuhu..

So kami decide untuk bincang dengan doc kat tempat yang kami planning for delivery nanti.. nak tanya pendapat dia, boleh ke awalkan delivery ke cane.. means induce la kan.. kalau dah takde choice, terpaksa la walaupun ramaia cakap sakitnya berganda2.. supaya MBB dapat bersama dengan sy pada saat   kelahiran.. InsyaALLAH, cuti raya nanti kami nak g checkup dan booking sekali.. masa tu bolehla dapatkan pandangan dia.. yelah, sapa tak mau laki ada time sakit bersalin.. sekurang2nya dapat bagi perangsang dan paling koman pun biar dia tengok betapa sakitnya kita nak melahirkan zuriat dia.. :p

Planning for maternity leave ni sangat memeningkan kepala sy.. mungkin situasi kami yang merumitkan keadaan..  so setakat ni perkembangannya sy dah apply cuti bersalin dari 17/9-15/11.. maksudnya tak perlu naik kerja sebab terus sambung dengan cuti sekolah.. 2nd-4th dilemma; not yet settled.. kena g jumpa gynae dulu, lepas tu baru leh wat keputusan.. samada topup cuti, induce ke ape ke bergantung pada perjumpaan tu.. sekarang ni pun asik pesan kat baby.. supaya tunggu daddy balik.. jangan keluar awal2.. cian kat mummy.. huhuhu


>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...