LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow
Showing posts with label my working life. Show all posts
Showing posts with label my working life. Show all posts

August 3, 2013

Surat Kepada Ibu Bapa

Kepada : Ibu Bapa

Ke hadapan Tuan/Puan,

Kami telah mendapat banyak aduan di dalam menyuarat PIBG tentang bagaimana kami mendidik anak tuan/puan. Terlebih dahulu kami memohon maaf atas pemasalahan yang timbul. Walaubagaimanapun, kamu sebagai guru mempunyai batas-batas kuasa yang kami akan suluhkan kepada tuan/puan.

Kami bukan ibu bapa. Kami adalah ahli akademik. Kami mempunyai set tanggungjawab, dan didikan peribadi bukanlah sebahagian dari tanggungjawab kami. Kami bertanggungjawab menunjukkan peribadi elok sebagai contoh, tapi tugas mengajar adab merupakan tanggungjawab tuan/puan. Bagaimana perangai mereka di rumah, jika menjadi kurang ajar, sama sekali bukan salah kami.

Terkadang kami terkejut ketika melihat tingkah laku anak anda ketika hadir mengambil kad repot. Anak tuan/puan yang hyperaktif di sekolah sungguh senyap di depan tuan/puan. Adakah tuan kenal anak tuan sebetulnya? Tahukah tuan/puan anak puan yang hadir ke sekolah bukanlah anak tuan/puan yang tuan/puan kenali di rumah?

Dan apabila hukuman dijalankan, apakah hak tuan/puan untuk mengatakan "saya kenal anak saya. dia bukan macam tu." di hadapan kami? Anda tiada di sekolah, dan anda sebenarnya tidak mengenal anak sendiri. Anak anda selesa di sekolah bersama kawan-kawan sehingga berasa selesa untuk berbuat salah dan kami hukumkan. Nampak benar dia tak berasa selesa untuk membuat salah di depan anda kerana tuan/puan mungkin sekali bukan spesis manusia membina, tapi menjatuhkan.

Peraturan sekolah diciptakan bersebab. Dan sebetulnya, memang hukuman diciptakan untuk menyakitkan, memalukan, dan menyusahkan.

Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar sakit yang tidak seberapa itu adalah lumrah dunia, malu itu seharusnya bertempat, dan yang menyusahkan itu selalunya benda yang perlukan usaha. Atau benda-benda yang sewaktu dengannya. Itu tanggungjawab anda, jangan lepaskan itu semua pada kami. Adakah benda asas seperti ini pun perlu kami ajari?

Kami di sekolah sebagai HANYA GURU. Tapi hakikatnya, kami tahu terlampau banyak mengenai keluarga murid. Jika tuan/puan sangkakan apa yang berlaku di rumah hanya tinggal di rumah, tuan/puan silap. Kami guru yang terdidik, melihat pada pelakuan, banyak benda yang kami tahu. Itu tidak termasuk apa yang diberitahu.

Anak-anak tuan/puan akan cuba untuk menjadi apa yang mereka tidak boleh jadi di depan tuan/puan. Tuan/puan merupakan kuasa autoriti terbesar buat mereka. Jadi apa yang mereka buat di sekolah adalah cermin untuk apa yang berlaku/tidak berlaku di rumah.

Jika anda mahukan kami mendidik dengan sepatutnya, kami perlu kuasa autoriti yang lebih besar. Kalau kerana hanya satu garisan dari sebatan rotan menyebabkan kami dipenjarakan, ketahuilah oleh tuan/puan yang kami sebenarnya langsung tak mahu bersangkut paut dengan kehidupan anak tuan/puan, apatah lagi isu rumah tangga tuan/puan.

Hanya kerana anak tuan tak pernah mengadu mereka terbuat kesilapan, jangan menyangka anak tuan/puan sangat baik. Anak yang bijak/pandai selalu eksperimen dan selalu berbuat silap, dan mereka tidak mahu imej buruk atau keburukan mereka sampai kepada tuan/puan jadi mereka berahsia. Adalah terpulang kepada ibu bapa sama ada anak mereka berahsia atau tidak.

Nasihat kami untuk tuan/puan :

Setiap anak melaku kesilapan. Jangan berdiri lantang untuk mereka dengan melampau. Mereka harus diajar erti tanggungjawab, dan bertanggungjawab bagi setiap tingkah laku. Kami tak perlukan anda untuk berdiri bagi pihak anak anda hanya kerana anak anda menumbuk seorang kanak-kanak lain. Itu sebahagian dari proses pemantapan fizikan dan mental. Menyekat pengalaman bermaksud anda menyekat kebolehan otak anak anda berkembang.

Mendidik kanak-kanak itu tidak susah. Tapi yang menyusahkan selalunya ibu bapa. Kerana mereka selalu ingin menyelesaikan masalah anak-anak bagi pihak mereka, menolak hak mereka mempunyai autoriti yang sepatutnya. Akhirnya mereka cuma boneka yang diberi skrip. Mereka bukan lagi makhluk tuhan yang diberi kehidupan.

Kami tahu apa beza seorang murid tingkatan tiga mampu buat dan seorang pelajar jurusan kejuruteraan mampu buat. Jangan buat kerja sekolah mereka untuk mereka. Mereka perlu berbuat silap untuk belajar. Jika anda menjadikan mereka sedemikian bodoh, jangan salahkan kami semasa datang ambil kad repot.

Jika seorang pelajar dihantar kepada kami kerana kesalahan tingkah laku, kami tidak akan menghukum mereka serta merta. Kami akan memberi masa mereka bersendiri memikirkan apa yang baru mereka lakukan, dan memberi respon bergantung pada respon mereka setelah mereka lebih tenang dan setelah mereka mempunyai masa berfikir. Mungkin tuan/puan juga boleh cuba cara yang sama. Mungkin tuan/puan sendiri lupa zaman tuan/puan kanak-kanak kerana tuan/puan kini sudah dewasa, betapa gementarnya kanak-kanak yang berbuat silap.

Ekonomi yang teruk masa kini menyebabkan ramai ibu bapa bekerja lewat masa dan mempunyai masa yang sedikit untuk memahami atau bersama anak mereka. Menyangka anda boleh menebus kesalahan dengan berdiri bagi pihak mereka di depan guru adalah tindakan yang salah.

Jika anda mahukan proses pendidikan ini bersifat dua-hala, bersikap adillah dengan kami.

Atau jika tidak, abaikan sahaja kewujudan kami dalam proses pemanusiaan. Kerana kami sendiri mempunyai hal sendiri untuk dijaga dari menjaga anak orang.

Yang Benar,
Guru.


kredit to FB Suara Mahasiswa

p/s: susulan kepada post kelmarin.. haha, rasa nak tergelak pun ada baca wall post ni.. tapi well said.. tahniah pada yang mengarangnya..


>
>

August 1, 2013

untung budak zaman sekarang

untung budak2 sekarang.

zaman aku sekolah dulu--
kalau tak buat kerja sekolah--
memang kena tampor ustazah.

kena setepek "pemalas" depan kelas. depan budak2 lelaki dalam bilik darjah. kena sound "simpan2 la 
bodoh tu, pakai hari lain", "punyalah banyak untung jadi orang pandai, kenapa awak masih nak pilih jadi budak main2?"

untung budak sekarang.

tak buat kerja sekolah--

kena halau keluar kelas--
anak balik ngadu kat mak bapak--
mak bapak tolong saman cikgu.

pergh
untung budak sekarang.
untung gila.

hmm

sekarang aku faham kenapew budark2 sekawang tak tawu ejew.
pemalas. 

dah lah pemalas nak buat kerja sekolah;
pastu pemalas reka alasan--
otak termati--
tak kreatif.


pendidikan percuma sampai phd pun tak guna kalau ada mak bapak yang hantar anak pergi sekolah
HANYA sebab tak mampu bayar orang gaji jagakan anak2 mereka.

SEBAB bagi mak bapak jenis begini--
cikgu itu babysitter.
tukang jaga anak dia masa dia tak ada.
pengganti ibubapa--
pemegang amanah mereka dalam mendidik anak2 mereka.


eleh

pemegang amanah konon.
dalam bahasa tersirat--
tempat tuding.
itu sebenarnya.

anak perangai bangsat--
salah kawan2 anak. 
anak bodoh--
salah cikgu.
anak kurang ajar--
salah persekitaran.

salah semua orang.
kecuali mak bapak hebat semua ini tadi.

hish

marah.
rasa marah pada jenis ibubapa begini.

terima kasih abah,
sebab bantai sebat aku macam aku rekrut askar dia.
walau jiran2 suruh guna psikologi jadah,
abah aku tetap dengan cara dia.

balik sekolah--
spot check buku
.seminggu sekali--
spot check kat cikgu.
aku pernah remaja.

aku pun pernah poyo menggelabah benci abah sebab abah aku tak macam mak bapak orang lain yang guna 
kekdah berborak dari hati ke hati jenis jadi bespren dengan anak.
siapa tak nak mak abah cool?
kan?

tapi sekarang ini aku sedar--
kalau abah buat gitu--
memang aku tak jadi manusia.
kemungkinan aku jadi laknat tu ada.

aku berterima kasih untuk setiap birat badan aku yang menjadikan aku manusia.
betullah kata orang--

if your child hates you at their adolescent years--

be calm;
you are doing it right.
dear parents,

nak jadi bestpren anak--

ada cara.

enabling mistakes they make--
is NOT one of them.


credit to FB Fynn Jamal



p/s: isu pasal guru banyak sangat naik sekarang ni kan.. my 2cents; guru pun manusia.. bukan malaikat... kami layan/ajar/urus satu kelas; plg sikit, 30 orang murid dengan 30 perangai yang berbeza.. yang kadangkala, murid2 ni sikapnya amat berlainan daripada di rumah..depan mak bapak ya ampun, pijak semut tak mati.. rasanya cikgu; melainkan gila takkan pukul murid saja2 melainkan kalau dia dah buat kesalahan yang sama berkali-kali.. to parents, syg anak berpada-pada.. kalau zaman kita dulu, yang sy sangat pasti zaman yang mana kalau mengadu cikgu pukul atau sewaktu dengannya bila balik rumah akan dapat 'hadiah tambahan' lagi, mak bapak kita tak pernah menangkan kita, kenapa bila kita jadi parents, kita lebih percaya anak 100% berbanding dengan turun padang, siasat apa yang berlaku sebenarnya.. it's better banding dengan upload kat FB, saman cikgu, report polis etc.. cikgu kalau benda2 tu jadi pun, paling2 pun kena ditukarkan (except kes jenayah la kan) tapi kesan pada murid tu, sy percaya konpom lepas tu dah tak ada guru yang mahu ambil berat atau ambil tahu lagi (melainkan kalau betul silap guru).. belum lagi kira bab keberkatan..  hohoho.. sedih sungguh tgk profesion guru sekarang.. macam melukut di tepi gantang je.. last2 konsep sebenar sistem dah tak tercapai.. guru hanya mengajar, bukan lagi mendidik.. sighhhhh

>
>

July 27, 2013

maternity leave.. dilema wehh


Dalam dilema sebenarnya sekarang ni.. berkait dengan cuti bersalin.. sy punya due 24.9.2013.. opkosla due tu bersamaan dengan 40weeks kandungan kan.. tapi biasa orang akan apply cuti bersalin lagi awal.. tak kisah la seminggu ke dua minggu ke or lebih.. yang biasa tak apply cuti bersalin awal ni biasanya yang memang duduk dengan parent ataupun dengan suami.. Tapi as u all dah tau, sy memang sebatang kara je kat Perak ni.. menyewa pun sorang diri n MBB kat Sarawak; noted; in RURAL area.. yang tak ada line hp dan line internet yang hanya available di sekolah dan kadangkala hidup segan mati tak mau.. Antara dilemanya sekarang ni adalah


1st: Jumlah cuti  bersalin... saya amik 60 hari je.. sebab kalau amik 90hari, memang dah termasuk dalam cuti sekolah hujung tahun yang akan bermula 16/11.. jadi rugi la kalau apply cuti dalam cuti... so sy dah decide, cuti 60 hari je.. rugi ooo incase masa depan nak beranak ramai ke.. 



2nd; Govt servant hanya boleh amik cuti 2minggu awal dari tarikh due.. so kalau sy nak amik awal 2minggu, means 10/9 tu sy dah boleh bercuti.. tapi sy kena masuk balik sekolah/kerja dari 11/11-15/11 yang mana sangat tak best dan tak menguntungkan.. sebab bila balik Perak, nak masuk kerja, nak kena cari babysitter.. hanya untuk tempoh seminggu.. tinggal pada parents?? rasa macam tak sanggup nak berjauhan walaupun hanya untuk seminggu.. so sy plan biarla saya cuti terus direct sampai bulan 1.. so kira punya kira dari tarikh last persekolahan, 60 hari cuti bersalin tu ngam-ngam jatuh seminggu sebelum due..  iaitu selasa 17/9.. so kalau sy nak balik sy boleh start balik 13/9.. sebab isnin tu cuti hari malaysia.. tapi persoalannya, macamana kalau terberanak awal? minggu 13/9 tu dah 38weeks dah.. biasanya ramai yang bersalin awal kan.. minggu 38 biasa adalah minggu yang feveret baby kuar.. sepatutnya waktu tu dah standby duduk kat rumah.. bukan terhegeh2 baru nak balik.. 

 

3rd:  Untuk menyelesaikan masalah kat atas, sy plan nak topup cuti yang ngam2 seminggu sebelum due tu dengan CRK (cuti rehat khas) yang masih berbaki 6 hari sebab sy dah guna sehari masa MBB sakit haritu.. so maksudnya bolehla sy balik 2minggu sebelum due.. atau kalau nak lebih sy tambah dengan MC je.. tapi plannya nak topup CRK jela supaya atleast 6/9 sy dah berada di rumah.. tapi yang menimbulkan masalah, MBB pulak yang susah nak dapat cuti.. dia tak boleh nak extend cuti sebab waktu tu betul2 minggu sebelum UPSR.. dia kan mengajar tahun 6.. konpom tak sampai hati nak biar budak2 terkontang-konting even kalau GB consider pun.. see, anak murid lagi penting tau dari bini n anak.. hukhukhuk... sapa la yang nak menghantar sy balik.. drive sendiri?? i'm willing to kalau masih berdaya.. dah terdesak kan.. xpela kalau dia tak dapat temankan pun.. tapi MBB lak tak kasi.. sebab dia cakap kalau boleh dia yang nak hantar sendiri.. dah tu camne, sia2 jugak kalau sy topup cuti, tapi kalau dia pun tak boleh nak cuti.. dan sy tak boleh nak balik.. takkan nak menderhaka dengan suami lak kan. balik awal tanpa izin.. haha.. Again, sy mmg takut terberanak awal kat sini sorang2.. huhuhu..

4th: Selain daripada risau terberanak awal, sy sebenarnya takut kalau sy bersalin waktu MBB tak ada dengan saya dan lagi memburukkan keadaan, kalau dia berada kat dalam; waktu weekdays.. MBB hanya akan keluar ke pekan dan stay for weeekends only.. masa tu la dia accessible via HP.. dari tengahari jumaat sampaila tengahari ahad.. selalu je terbayang2 kalau sy bersalin hari ahad malam/ isnin.. maksudnya hanya jumaat berikutnya barula berita tu boleh disampaikan pada dia.. kalau bernasib baik, line internet ok, dapatla berita tu lebih cepat disampaikan.. itupun bukan on time dia buleh balik time2 tu jugak.. kena harung perjalanan dari sekolah ke pekan Lawas 2jam setengah.. dari Lawas ke KK 4-5jam bergantung pada trafik dan juga gate sempadan. kalau waktu tu gate dah tutup, tak dapat la nak ke Sabah. kena tunggu sampai gate bukak.. kemudian naik flight dari KK ke mana bergantung pada lokasi sy masa tu la.. huhuhu..

So kami decide untuk bincang dengan doc kat tempat yang kami planning for delivery nanti.. nak tanya pendapat dia, boleh ke awalkan delivery ke cane.. means induce la kan.. kalau dah takde choice, terpaksa la walaupun ramaia cakap sakitnya berganda2.. supaya MBB dapat bersama dengan sy pada saat   kelahiran.. InsyaALLAH, cuti raya nanti kami nak g checkup dan booking sekali.. masa tu bolehla dapatkan pandangan dia.. yelah, sapa tak mau laki ada time sakit bersalin.. sekurang2nya dapat bagi perangsang dan paling koman pun biar dia tengok betapa sakitnya kita nak melahirkan zuriat dia.. :p

Planning for maternity leave ni sangat memeningkan kepala sy.. mungkin situasi kami yang merumitkan keadaan..  so setakat ni perkembangannya sy dah apply cuti bersalin dari 17/9-15/11.. maksudnya tak perlu naik kerja sebab terus sambung dengan cuti sekolah.. 2nd-4th dilemma; not yet settled.. kena g jumpa gynae dulu, lepas tu baru leh wat keputusan.. samada topup cuti, induce ke ape ke bergantung pada perjumpaan tu.. sekarang ni pun asik pesan kat baby.. supaya tunggu daddy balik.. jangan keluar awal2.. cian kat mummy.. huhuhu


>
>

July 25, 2013

Penangan Bulan Julai


Penangan bulan 7 ni kuat betul.. laman web akauntan negara malaysia (ANM) dah berapa hari tak dapat nak akses, sejak hari payslip kuar lagi hari selasa haritu.. sy pun hanya berjaya download slip gaji semalam..  itupun bukak pukul 4.30 pagi.. kalau tak, dia duk main pusing2 je.. slip gaji MBB pun berjaya di donlod hari ni, pada masa yang sama.. 4.30 pagi.. kalau waktu2 yang lain jawabnya memang tak la.. majoriti waktu dinihari yang tak ramai orang online je baru dapat..

Kemudian, harini pulak hari gaji.. 25hb kan..  laman web cimbclicks lak tak dapat nak diakses.. duk pusing2 cenggitu je.. adoila... katanya semua ibk camtu.. betul ke tak, wallahualam.. sy tau yang cimbclicks je yang bermasalah harini.. yela.. bulan 7 ni kebanyakan govt servant dapat tunggakan pergerakan gaji dari bulan jan-jun bagi yang kenaikan januari.. plus pemberian satu KGT lagi kan.. sebab tu masing2 tak sabar nak tengok amaun yang masuk dalam payslip dan bank.. ni pun alhamdulillah, baru dapat bukak Cimbclicks.. tapi lembab gila.. huhuhu

Semalam pulak, kerajaan dah umum saguhati raya.. dapat rm500.. jadila.. daripada tak dapat langsung kan.. rezeki jugak tu.. alhamdulillah.. :))

>
>

July 5, 2013

cuti yang tak berapa nak cuti

Harini  memang tak kerja, sebab cuti peristiwa.. petang semalam sukan kan... tapi alahai.. ada pulak taklimat HEM petang ni kat PPD.. tapi think positive, boleh juga merayau2 dulu2 tengok2 barang2 baby ke.. cuci2 mata.. dan  ingat nak pergi amik elaun pilihanraya lepas dan cashkan cek PIBG..  dia bagi masa seminggu je untuk claim.. memang suntuk sangat minggu ni nak pergi dengan sukan nye, kursusnya.. minggu depan belum tentu free lagi sebelah petang nya.. baik settle siap2..  murah rezeki baby minggu ni.. :)

perbarisan sukan semalam.. campur ngan budak tadika kemas sekali.. nak wat cane, sikit je muridnya

>
>

June 20, 2013

Gaji Kakitangan Awam naik..

Alhamdulillahh... alhamdulillah.. syukur kepada ALLAH.. diluaskan rezeki lagi.. naik gaji ni rentetan pengumuman PM awal tahun dulu yang kakitangan awam akan dapat pendahuluan KGT (Kenaikan Gaji Tahunan) pada JULAI.. sekarang ni dah disahkan.. akan berkuatkuasa 1 Julai nanti... maksudnya tahun ni ada 2 kenaikan tangga gaji.... 

SUMBER : BHarian

Dan.. ikut pemahaman sy la kan, dekat para 17 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 2013, pemberian KGT ini juga tidak mengganggu KGT tahun 2013 dan tahun seterusnya... aminnn..   sebabnya kerajaan bersetuju bagi faedah pemindahan gaji ni disebabkan kajian pasal masalah struktur gaji hanya akan selesai sebelum 31 Disember..



Semoga dengan limpahan rezeki dari ALLAH ni akan menguatkan semangat dan daya produktiviti kita.. aminnn... :))

>
>

May 16, 2013

hepi teacher's day


SELAMAT HARI GURU
buat diri sendiri (hekhekhek)
my dearest husband MBB
my parents in law
guru-guru di SKC
SMKKK
IPGKDRI
SKSP
dan juga para bloggers yang bergelar guru..

>
>

January 31, 2013

Nazir dah datang

Fuh3..  cekal gila kan bangun pukul 3.30 pagi buat kerja.. siapkan RPH, Minit Mesyuarat JMPS, dan semak data EMIS.. padahal dah tepu dengan tido je.. masuk pukul 4 petang je, energy level dah drop 20%.. lepas maghrib terus tido... isyak sekarang ni memang ikut time sedar pukul berapa.. kalau 1.30, kalau tak, paling lewat 4.30 sebab waktu tu konpom dah tak leh tido.. memang dah banyak pahala kurang sebab melambat-lambatkan waktu solat.. harap2 keadaan ni sementara je.. amin

Semalam memang hectic gila, sebab nazir datang ke sekolah untuk pencalonan New Deal @ Tawaran Guru Besar.. memang itu pun yang kami sibukkan sejak 3 minggu lepas.. buat file, kemaskini fail dan upgrade persekitaran sekolah..  untuk new deal ni, nazir2 akan tengok fail, observe PdP  dan tengok persekitaran sekolah.. lepas lulus dia punye kriteria, baru la dapat ganjaran.. and guess what?? yang terpilih kena observe tu salah seorangnya saya! 

Masa perjumpaan guru-guru kanan dan pentadbir, rasa 50-50 sebab dia cakap nak observe subjek elektif, iaitu kh dan muzik, tapi kh tak ada haritu... so dia cakap nak tengok muzik kalau ada.. kalau tak ada juga baru mate atau sains... last2, hmmm memang rezeki untuk diobserve.. dia nak tgk subjek mate, muzik, dan opkos PdP GB...  masa tu perasaan kosong, kosong dan kosong jela kan.. nak wat cane, redho jela..
dengan rancangan PdP yang memang sempoi, tak ada BBM langsung.. sekarang pun ajar topik pembundaran.. salah satu topik yang biasanya memang fav murid untuk salah.. kang buat gempak2 budak tak faham jugak pun tak guna.. yang penting cara penyampaian tu yang mesti difahami murid; medium penyampaian macam mana terpulang la kan.. cuma kalau guna ICT, itu BONUS.. :))

Tapi memandangkan saya memang tak ada plan dan tak ada mood pun nak guna ICT, saya nekad untuk chalk and talk je.. koboi camtu je.. hehehhe.. bulat hati sungguh.. alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan..  nazir tu respond selepas akhir PdP, dia bagitau dia tak ada apa nak komen tentang PdP dalam kelas... see .. medium bukan masalah.. yang penting, murid faham.. :) (ayat cover org malas)


Mula-mula tu dia ingat saya mengajar topik yang sama dengan hari sebelum tu, sebenarnya tak pun, cuma learning outcome dua2 tu vice versa.. satu cari jawapan, satu lagi diberi jawapan, cari soalan.. :)) cuma dia ada sikit persoalan tentang rph sistem fail yang saya guna..  sebab saya asingkan rph n rpt, itu je.. lepas diterangkan yang saya majoriti mengajar kelas KSSR.. so sistem fail yang asing2 lebih menyenangkan.. sebab nanti hujung tahun konpom tak muatnya..

lepas kena observe, legaaa... lepas tu settle fail2 bawah HEM lak.. ada temuramah semua...  peluang nak dapat?? tipis kot sebab kami salah rujukan untuk SKPM.. tapi kami amik positif dengan kunjungan mereka.. sebab banyak teguran dan tunjuk ajar yang sangat2 berguna... bukan ayat bodek, tapi memang betul..  bak kata G. Besar, kalau ada rezeki dapatla.. tapi kalau tak dapat pun, kerja tetap jalan.. :)

>
>

January 4, 2013

tirai 2013

Baru nak buat entri konon2 baru masuk tahun baru, 2013.. Tirai 2012 ditutup dengan satu transisi baru dalam kehidupan.. dari Cik ke Puan..Alhamdulillah, satu fasa kehidupan telah selamat ditempuhi.. menginjak ke status seorang isteri (walaupun rasa sekarang cam masih di zaman bercinta + orang bujang je, hahaha).. Nak kata merangkak pun tak layak lagi.. sebab memang terlalu baru sangat2 lagi.. Fasa seterusnya?? Hanya ALLAH yang tau.. rezeki semua dari DIA kan.. cepat ke lambat ke, kami terima dengan redha, sementelah kami pun bukan sebumbung... cuma doa kami, jangan ditarik nikmat zuriat dari kami.. aminn.. 

Minggu pertama sekolah, tak sempat nak bernafas lagi.. sebabnya tahun ni banyak betul kejutannya dari segi kerjaya.. mana taknya, dah dilantik jadi GK HEM.. orang ketiga terpenting sekolah, sedangkan pengalaman jadi cikgu pun baru 2tahun.. GK HEM yang lama dah pindah... memang berat sangat nak terima, tapi nak taknak memang kena terima.. so i take it as challenges, orang dah percaya kat kita.. why not cuba dulu kan.. at least bagus untuk perkembangan kerjaya.. tapi jangan salah sangka, saya bukan naik pangkat pun.. sebab kat sekolah (sekolah saya sekolah kurang murid) memang takde yang berjawatan Penolong Kanan pun.. yang ada hanya Guru Kanan sahaja.. maksudnya memikul tugas dan tanggungjawab yang sama, cuma bezanya PK ada elaun tanggungjawab dan GK tak diberi elaun.. :) but i do believe, money can't buy the experience.. errr...except for some cases ;p...  so terima dengan hati terbuka, dan get ready with tonnes of work.. hohoho..

Dah2 cite sal keje.. Cite pasal our long distance relationship, MBB masih macam tahun-tahun lepas.. maksudnya, masih duduk di pedalaman hutan Borneo, keluar sekali seminggu.. turn untuk keluar 2minggu sekali masih tak tentu lagi..sebab belum ditentukan bila kelas tambahan UPSR akan bermula.. dan tempat dia duduk tu masih tak ada line telepon.. T____T.. harap2nya janganla awal sangat.. tahun lepas rindu sampai nanges2 tau.. dahla boleh contact hujung minggu je.. ni pulak nak kena tahan sampai 2minggu.. huhu.. cengeng sungguh bini dia ni kan..  tu time manjaaaa.. time datang keras hati, mmmm sabo jela kannn.. :))


Azam tahun baru?? rasanya nak menjadi seorang isteri dan anak yang baik.. yang dapat membahagiakan my family.. tu jela kot.. banyak2 nanti tak tercapai pulak kan.. Wishlist pulak?? takut sebenarnya nak letak.. sebab takut nanti berharap, tak dapat; kecewa.. lepas tu gheyauu sorang2.. huhuhu.. tapi yang pastinya ada tiga jela kot.. 

1. Turunkan berat badan ke berat sebelum kawin (52kg), 50kg is better ^^
2. Nak pusing2 Borneo
3. Nak belikan MBB something yang dia dh lama aim; kalau boleh on his birthday

So kena start saving, tak leh nak boros2 dah.. hukhukhuk.. T___T.. korang pulak camne?? share lah.. :)


>
>

November 9, 2012

URGENT!! external hard disk corrupt

*sticky post* 
scroll ke bawah untuk latest entry


Salah satu partition dalam external hard disk ku corrupt pulak.. adehhhh.. 

sebijik camni, MBB yang bg sempena birthday 3thn lepas
HABIS suma data-data, kerja sekolah tak dapat diselamatkan.. dah recover pun jadi 0 byte.. sedeh!!!!
 yang corrupt tu partition yang saya jadikan my document.. dua lagi partition saya jadikan untuk simpan gambar dan lagu..
nasib baik juga yang bahagian lagu n gambar tak corrupt
kalau tak, lagi nangesss..

the best part, gambar-gambar semua tentang prep kahwin dapat direcover dan diselamatkan.. walaupun letak dalam my document.. pelik bin ajaib.. tetiba terpikir adakah sebagai balasan sebab masa buat recovery tu saya hanya berharap kalau yang lain tak dapat diselamatkan pun, biarla yang tu dapat diselamatkan.. sobsobsob..

yang lain except folder kahwin sume jadi 0 byte, yang ada cuma tajuk je. bila bukak memang takde pape..
ada yang tau camana nak selamatkan file2 tu? especially words document... 
really need helps..  T_____T


>
>

November 8, 2012

mula bercuti


assalamualaikum, waktu korang baca entri ni, saya akan dalam perjalanan balik ke rumah kot.
harini ke sekolah dulu, dan tepat 1.05 minit bergerak memulakan perjalanan..
sebab apply cuti esok, walaupun esok masih lagi bersekolah dan hari terakhir persekolahan.. :p
lepas ni, entri akan auto publish, tapi segala comment2 anda, saya baca dan akan reply kalau berkesempatan..
jangan risau, so don't hesitate to leave a comment..
blog2 korang, kalau sempat saya akan jejak dan  komen, kalau tak komen pun, saya tetap baca tau... cuma kadang2, apa yang saya nak komen tu dah dikomen oleh orang lain.. 
kalau tak sempat blogwalking pun, insyaALLAH, akan berblogwalking lepas usai majlis kami nanti.. 
till then, take care friends
doakan saya, MBB dan majlis kami..
assalamualaikum


>
>

November 5, 2012

monday blues

dilema orang perempuan; baju banyak tergantung tapi sentiasa rasa tak ada baju nak dipakai.. 
pagi-pagi nak pergi keje konfirm 5-15 minit duk depan rak baju.. sesi pilih dan mereject baju untuk dipakai
pada pandangan mata yang banyak tu macam 2-3 helai  je yang ada... 
huhuhu.. lepas tu rasa macam asyik dok ulang pakai yang sama je biarpun realiti nya tak pun..
anda setuju??


jom pegi keje..
have a blessed monday everyone..
=)

>
>

November 2, 2012

gaji naik tahun 2013?

ehh, betul ke? lama dah tak tgk tv.. :p ketinggalan berita2 semasa.. sadis sungguh..


 lepas dapat tau tadi, terus google dan nampaknya memang betul pun.. 
 refer berita harian  untuk cerita penuh..
tapi skim tu masih dalam kajian..
dan dijangka semua kakitangan awam akan dapat kenaikan mulai tahun depan..

walaupun hanya 5% atau kurang, sebab ayatnya dalam paper tu "sehingga 5%" kan, bersyukurlah..
naik juga.. plus dengan kenaikan tahunan lagi, banyak juga kan.
like i've always said:
sikit pun rezeki, banyak pun rezeki.. :)


>
>

October 10, 2012

Takwim Persekolahan 2013

 buat mereka yang ingin merancang percutian, mahupun membeli tiket murah kapal terbang 
takwim persekolahan sesi 2013..


p/s: **MBB this is 4 u.. nanti beli siap2 tau.. balik jumpa bini.. hehehehe

>
>

October 3, 2012

wordless wednesday

Susah kan bila orang tua tapi perangai lebih dari budak2.. kadang-kadang budak tahun 6 pun lagi matang perangainya kalau nak dibandingkan dengan orang tua tu.. huhuhu..  kesian pulak dorang... nak belajar skill keusahawanan tapi ada pulak kekangan macam tu... sabo jela kan.. nak try tgk bukak tak hari ni.. balik nanti saya story mory.. bye3.. have a blessed wednesday!!


>
>

October 1, 2012

October

Hye October!!!
be nice to me yaaa...


ada sebulan 12 hari lagi to the big day..
mood : x ada perasaan..
;p


>
>

September 29, 2012

JELES ke BANG???

tadi tengah syok2 kursus dapat message kat chat FB..
dari seorang kawan sekolah menengah..
tak ada la rapat sangat..
tapi kawan la..
bila dia tegur dengan ayat yang berbaur kejelesan dan perasaan tak puas hati, tak ada salam tak ada apa, 
pe lagi kan...
terus rasa hot la..
amek kaw.. kena sebijik

klik untuk besarkan gambar
ehhee.. korang faham ke??
sebab perbualan ni dalam dialek kelantan..
tapi tak pior (pure) sangat la..
meh nak explain ngan translate...  ni translate lebih kurang la.. makna akhir tetap sama
D = dia, S = Saya

D :  cikgu la jugak yang sedap semua/segala.....

S:  ape dia


D: dengar kata bajet pendidikan yang paling banyak sekali (underlying meaning: sedap sini merujuk banyak bukan best, dia cakap best tu untuk perli je..)

S: dah pendidikan bukan bagi dekat cikgu pun duit tu, bagi ke atasan juga.. kalau bagi dekat cikgu baru best (sedap sini bermaksud best)

D: tp pm umum aritu cikgu dlm perkhidmtn x smpai spuluh thun leh dpt kenaikan dg44....sdap la..





S: dah tu kijo ckgu lebih 12jam kot.. 
siap bwk blik umh lagi kerja...
camni jela.. aci mu try jd cikgu sebulan tgk senang ke tak, takpun kalau dengki juga lagi, mu berenti jela jd ****.. jadi ckgu

D: tak nak aku, banyak tekanan

S: Dh tahu pun. tak payah nak dengki la..
cikgu-cikgu pun tak pernah (tak rajin = tak pernah) nak dengki dengan kerja lain
sebab tau semua kerja susah, tak de kerja yang senang melainkan tak kerja. ini sikit-sikit dengki dengan cikgu, cuba try jadi cikgu, baru tau camana.. sebab tu aku pun tak kata kerja **** senang
sebab aku pun tak tau camana..



lepas tu terus dia sign out.. 

geram bukan sebab ape.. sebab ini bukan kali pertama dia mempersoalkan benda gini... asal ada je benda

berkaitan walaupun semua kakitangan awam dapat sama, tapi disebabkan PM bagi contoh guru je, 

bajet 2012 pun sama..

ada je yang dia tak puas hati, dengki-dengki.. ape la..

tak ada niat nak memalukan dia pun.. sebab tu saya blurkan nama dia... 

even kerja dia pun sy blurkan.. sebab tau tak semua orang dalam profesion dia macam tu...

yang lepas-lepas, bolehla, saya reply elok-elok, tapi makin melampau plak nampak, 

malas nak layan  orang cenggini.. huh!





>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...