Nak kata berangin tak juga tapi agak tercabar la dengan satu statement mamat ni.. dahla datang dari mana tah kat YM tu.. mungkin kawan-kawan yang saya chat masa single bertahun-tahun lepas kot.. sebab dia tak ada dalam friendlist saya..
saya sebenarnya jarang layan orang yang tak dikenali kecuali yang dah kenal lama kat ym atau kawan IPGM.. Sekarang bila guna laptop adik, dia set ym tu auto start bila bukak laptop.. memang secara auto akan sign in.. kalau laptop uzur saya memang berkurun la nak tunggu bukak.. bukak pun bila Fara nak chat atau dengan MBB..
sebabnya kalau nak cari virtual firends yang ok sangatlah susah!!! ibarat nak cari mutiara kat pasir pantai.. yang kebanyakan nye mesti cakap
"hi, u open minded x?
nak chat sex tak?
u pakai bra kaler pe malam ni?
noti tak?"
hello.... maaf bebanyak la yer.. saya tak layan benda cenggitu k? buang masa je.. haha sebab tu kadang-kadang buat dosa kering jugak sebab menipu identiti.. sebab situasi kat atas la..
back to the topic.. mamat ni nampak cam ok masa 5 minit pertama saya layankan jugak lepas dia buzz banyak2 kali...
tapi yang menyebabkan saya agak sentap bila dia mintak alamat blog saya dan saya tak kasi..
opkos la saya tak kasi... sebab bagi saya.. blog ni dah macam little diary.. bukan la diary yang betul2 tu sampai semua rahsia tapi kat sini tempat luahan rasa saya..
memang saya taknak expose kewujudan blog ni melainkan korang jumpa sendiri.. nak promote2 takdela.. nak kumpul followers jauh sekali. sebab sendiri tahu.. tak ada apa yang menariknya kat sini...=P
dia mula hentam saya cakap jadi blog saya ni tak ilmiah la yer sebab berkaitan benda peribadi je...
siap cakap lecturer saya tak habis mengajar saya lagi... sebab sepatutnya cikgu macam saya perlu ada satu blog ilmiah untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain.
WTH??
dengan rasa panas hati saya fire dia balik...
lecturer saya bukan tak habis mengajar.. memang tak ajar pun pasal buat2 blog ni sebab memang tak ada dalam silibus pun...
kami lebih ditekankan buat perisian teknologi berbantukan komputer untuk bantu tingkatkan PDP..
lagipun benda-benda tu kena test pada murid sendiri dulu, kalau berjaya baru boleh share dengan orang...
kalau setakat share teori bla bla bal pung prang pung prang tapi murid sendiri pun tak ada improvement tak guna jugak...
huhu, mungkin sedar kot, dia cakap ok.. so ingat nak stop macam tu jela kan.. tapi dia siap cakap saya tak berlandaskan konsep 1 Malaysia... apa lagi, mmg kna hujah la ngan saya... mungkin dia sedar dah salah orang bila persoalkan benda-benda ni dengan cikgu, dia terus cakap nak out.. hahhaaa
silap orang beb nak psiko2 dan condemn macam tu...
lagipun easier said than done...
kita tak berada dalam kasut orang lain.. so jangan sesekali pertikai kenapa orang tu tak buat macam ni macam tu... mesti ada sebab dan musababnya... nilaikan juga kenapa dan mengapa baru jatuhkan hukuman pandangan kita..
pastu terus set invicible dan ubah setting supaya tak auto sign in.. huhuhu... salah sendiri jugak gatal tangan nak reply.. tapi niat reply tu bukan nak menggatal ke apa.. nak wat camana dah terkena.. hmmm macam2 ragam manusia nih..
p/s: kelakar bila tengok ada orang search pasal saiz b****g lelaki (opps, sori!! nak tulis pun pikir 2x) dan didirectkan kat blog ni.. hahaha.. sori dear.. kat sini bukan blog lucah k! nak cari benda-benda gitu, p main jauh2.. =P