LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

October 27, 2012

tips sebelum, semasa dan selepas akad nikah

Masa jalan-jalan haritu nak cari pelan kedudukan pengantin [SINI] jumpa pulak tips dan flows semasa akad nikah kat blog cik puan Fia.. banyak tips yang dikongsi dan boleh dipraktikkan.. share sebab memang sangat membantu kita2 yang nak kawin, lebih2 lagi waktu akad nikah.. tak ada la kelamkabut dan blur2 kan apa yang nak dibuat..


Sebelum Akad Nikah


1. Pastikan pengapit atau teman rapat duduk di sebelah - sebabnya, pengapit @ bestfriends kita la yang akan kurangkan debaran dan tolong-tolong apa yang patut (lap peluh, betulkan veil dsb).. cane nak kurangkan gugup? berbual-buallah dengan pengapit anda..

2. Sediakan IC / kad pengenalan - dokumen ori memang akan diminta.. sebab yang ada dekat tok kadi @ tok imam tu yang salinan je.. nanti karang, terkocoh pulak korang masuk bilik cari ic time dh duduk tersimpuh sopan tu.. hehe

3. Duit upah - penting! ingatkan cik abang prepare siap2.. sebelum tu risik-risik la kadar upah sepatutnya..

4. Senyum Agar Lebih Tenang - yess, kunci dia, SENYUM... walaupun masa tu dalam dada, rasa nak pecah dengan debaran..

dicilok daripada my OP sebelah bertandang.. kredit to NuzulTaufiqArt Photography

Ini pulak adalah flow semasa akad nikah..

Semasa Akad Nikah

1. Khutbah nikah -  masa ni dengar betul2, bagi faham okey.. banyak pesanan2 dalam ni..

2. Bacaan taklik - isteri2 kena dengar betul2 time ni.. bukan ape, mintak simpang, nauzubillah la kan untuk benda ni berlaku dalam baitul muslim kita, tapi taklik ni sebenarnya memelihara hak isteri daripada penganiayaan kalau berlaku kepincangan tanggungjawab oleh suami.. so jangan anggap taklik ni sebagai sesuatu yang 'nothing'.. bila tengok pasal taklik ni terus buat research pasal lafaz taklik negeri kelantan.. sebab teks taklik ni berbeza ikut negeri, tak seragam.. so check lafaz taklik negeri masing-masing dan teliti apa syarat-syarat yang boleh menyebabkan talak jatuh sekiranya ada aduan isteri kepada kadi..

LAFAZ TAKLIK NEGERI KELANTAN
"Bahawa adalah saya…….. dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya….. selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama yang tersebut pada hal dia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badanya atau saya tidak mempedulikannya selama empat bulan atau lebih kemudian ia mengadu kepada kadhi/ hakim syarak dan manakala sabit aduannya dan ia memberi kepada kadhi/ hakim syarak bagi pihak saya sebanyak RM 1.00  maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu talak khuluk."


3. Keluarga Sakinah/ Penyerahan Tanggungjawab - err.. kat kelantan, rasanya takde penyerahan tanggungjawab ni.. ala yang ala2 ustaz don buat tu.. yang letak tangan atas kepala isteri.. dlm blog cik fia cakap kat johor ngan kedah ada adat ni.. betul ke kengkawan? harus tanya MBB ni.. kang aku terkujat tetiba dia dtg letak tangan atas kepala kang.. :p lagi satu yang biasa dibuat adalah family perempuan berucap, menyerahkan tanggungjawab jaga pengantin perempuan pada pengantin lelaki..


Selepas Akad Nikah

1. Penyerahan Mas Kahwin Dan Wang Hantaran - ramai yang keliru pasal dua benda ni.. mas kahwin wajib diberi, hantaran pula tak wajib.. hantaran ni lebih kepada belanja mengurus perkahwinan sebelah perempuan, manakala mas kahwin ni berupa pemberian wajib oleh lelaki kepada perempuan atas sebab perkahwinan dan ianya milik mutlak 100% pengantin perempuan ye...so bawakla time akad nikah tu.. kalau tak lafaz anda akan jadi ada perkataan 'hutang'.. hihihi.. tapi kat Kelantan memang biasanya wang hantaran tu la yang akan dijadikan @ merangkap mas kahwin.. hoho, tapi majlis saya nanti tak follow kebiasaan ni.. sebab? taknak nilai wang hantaran tu menjadi isu.. rendah diperkatakan orang, tinggi pun diperkatakan orang.. =)

2. Pembatalan Air Sembahyang. - cincin? gelang? rantai? ikut kemampuan la kan.. ada yang mampu, sarung cincin, kemudian sauk gelang @ rantai lagi.. saya? cincin sudahh.. sebab cincin itu pun harganya sudah ka chinggggg... 

Tip drp cik puan Fia: Jika anda memilih barang kemas sebagai pembatalan air sembahyang lebih baik berlatih dahulu memakaikannya pada ibu atau saudara perempuan.

3. Bersalaman & Mencium Tangan Suami -  saat yang ditunggu-tunggu.. ngeh3.. ke tak? harusla kan... :p

4. Cium Dahi Isteri - paling ditunggu-tunggu..  kan? kan? kan? syahdunya rasa time ni.. errkkk... nak lagi syahdu, janganla pakai tudung awning.. kalau tak kelepet2 nanti, cian pengantin lelaki susah nak cium.. 

Tip dr cik puan Fia: Jika anda ingin mengucup dahi isteri di hadapan para tamu dan mahukan ia diabadikan dalam foto, terdapat beberapa tip yang anda boleh gunakan. Sebelah tangan anda memegang bahu isteri dan sebelah lagi memegang dagu isteri. Selepas itu, angkatkan sedikit muka si dia supaya mendongak tepat ke mata anda dan anda tunduk perlahan-lahan agar dapat mengucup tepat pada dahinya. Berikan kucupan dengan penuh ikhlas agar bunga-bunga cinta dapat anda rasai.

5. Bersalaman Dengan Ahli Keluarga - which family first? tengok dan follow the flow kot.. cuma, rasanya lagi manis, kalau dua2 bersalam dengan family yang sama at the same time kan.. takdela sorang ke kanan, sorang lagi ke kiri.... your opinion?

6. Solat Lepas Nikah - kahwin sekali seumur hidup.. insyaALLAH.. jadi kalau boleh, buatla solat sunat nikah melainkan anda berhasrat untuk berkahwin lagi.. muahaha..

Banyak juga tips yang berguna kan.. yang saya warnakan dan tips-tips tu, memang saya copy paste dari blog  cik puan Fia sebijik2. cuma yang huraian tu je olahan dan pandangan saya.. so kalau nak tengok dengan lebih detail, boleh terjah blog beliau.. =)


>
>

October 26, 2012

selamat hari raya aidiladha

Selamat Hari Raya Qurban diucapkan kepada semua..
korang buat korban tak?
ke ada yang tak balik kg??
me?? hampir2 tak balik juga.. why oh why??
sebab rasa serba salah dengan cuti yang ciput + malas nak drive. yer saya ni bukan rajin bawak keta.. 
kalo gaji beso, nak je pasang dreba..
tapi mengenangkan masa ni jelah nak spending time with siblings sebagai orang bujang.. 
maka gagahkan diri jugak balik.. 
kate raya terakhir sebagai bujang kan.. harusla sambut..
yelahh, sume benda terakhir sebagai bujang.. modal yang sama.. balik-balik yang tu jelah pakai.. ekekeke.. :p
jumpe lagi  dlm next entry
till then, take care friends.. hati2 di jalanraya.. :)


p/s: bila balik, boleh tengok n try baju akad nikah.. huhhuhu, tatot..


>
>

October 24, 2012

baju akad nikah

baju akad nikah dah siap.. yeayy!!!
kisah pencarian kain ni kat [SINI]
yerr, saya tau, lace baju dia biasa2 je.. T__T
tak berbaloi dengan harga dia langsung..
harga 2++ tak termasuk dengan kain lelaki..
sedangkan kalau dekat Jakel tambah sikit je lagi dah dapat full set perempuan dan laki..
huhuhu, my bad juga.. gelojoh nak beli..
sebab timing tak menyebelahi..
huuhu.. padan muke.. 


tapi takpela, tetap saya suka baju ni walaupun design n lace dia simple je.. 
sape tak suka baju kawen sendiri weyyy.. bio la buruk pun..



tang paling disukai?? konpomlah kainnya yang flowyyy itu....
ini pun atas suggestion adik pertama yang nak kain ala-ala Fasha Sandha..
hikhik, sanggup dia meredah jalan TAR, semata2 nak belikan kain untuk wat flowy2 ni..
sebab kain yang sedia ada tu ngam2 buat kain je..
nak buat flowy at least kena tambah 3meter..
tapi apa-apa pun, refer your tailor..
yang ni pun, adik bawa dekat tailor di johor..
saya tak tengok dengan mata sendiri pun lagi baju ni..
tak sabar nak tengok....

>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...