Jalan-jalan blogwalking, jumpa tips yang sangat menarik ni.. so nak share, benda yang baik tak elok simpan sorang-sorang.. kemut namanya tu.. :p
Semasa Majlis Akad Nikah:
1) Pengantin
perempuan jangan duduk terlalu jauh ke belakang dari
pengantin lelaki semasa majlis akad nikah. Ini adalah untuk
memastikan jurugambar dapat memasukkan gambar kedua-dua
pengantin di dalam satu gambar untuk shot-shot tertentu. Jika tidak pasti
kedudukan yang
sebenar untuk pengantin perempuan, sila bertanya dengan jurugambar
terlebih dahulu.
2) Bagi
kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan, kurangkan memandang
ke bawah atau
terlalu menunjukkan muka yang serious.
Perasaan gementar, gemuruh dan sebagainya adalah
perkara biasa dalam majlis pernikahan. Kadang-kadang sedikit ‘lakonan’
yang menunjukkan
kegembiraan sebenarnya dapat mengurangkan perasaan gemuruh ini.
Disamping gambar-gambar
yang menarik, perasaan gemuruh anda mungkin akan hilang sedikit
demi sedikit. Tunjukkan
kecerian anda walaupun perasaan gemuruh masih ada.
3) Pastikan
anda sampai awal di masjid, sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal dari
masa yang dijanjikan. Pastikan juga semua dokumen yang
diperlukan diperiksa terlebih dahulu. Kekalutan
akibat tiba lewat atau tertinggal dokumen penting akan memberi kesan
kepada gambar-gambar
anda nanti. Disamping perasaan gemuruh yang sedia ada, anda mungkin
akan merasa
‘down‘ dan ini sedikit sebanyak akan
memberi kesan kepada jurugambar yang bertugas dari
segi interaksi anda dengan jurugambar.
4) Cara
terbaik untuk kelihatan ceria semasa majlis akad nikah adalah
dengan membawa 3 atau 4
orang rakan yang betul-betul rapat dengan anda. Percaya atau tidak perasan
gemuruh anda akan
hilang tanpa anda sedari. Pastikan rakan-rakan anda ini sentiasa bersama anda
dari mula hingga akhir
majlis. Kehadiran teman-teman rapat boleh menambahkan lagi
kemeriahan.
Semasa
Majlis Persandingan
5) Pastikan
jurugambar anda diberitahu terlebih dahulu tentang aturcara majlis. Ini
adalah amat penting
jika majlis anda terdapat acara-acara tambahan seperti pertunjukkan silat,
tarian dan sebagainya
yang mungkin penting bagi jurugambar untuk membuat persediaan dari
segi ‘shooting angle‘ dan sebagainya.
6) Sila
beritahu jurugambar anda jika terdapat jurugambar lain atau pun anda ada
menempah juruvideo
berasingan. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda bekerjasama
dengan jurugambar/juruvideo tersebut. Cara kerja dan ‘style‘
yang berlainan kadang-kadang boleh menyusahkan
kedua-dua pihak. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu dahulu
nama-nama jurugambar/juruvideo
yang turut bertugas di hari majlis anda. Perbincangan awal mungkin
boleh diadakan
untuk memastikan proses merakam hari bahagia anda berjalan lancar.
7) Di
samping jurugambar/juruvideo tambahan, kehadiran
jurugambar-jurugambar lain dikalangan saudara-mara
dan rakan-rakan pihak pengantin jugak kadang-kadang boleh mendatangkan masalah
kepada jurugambar yang bertugas. Perkara terbaik adalah dengan
memberitahu mereka
terlebih dahulu supaya memberi laluan kepada jurugambar utama dalam
apa-apa situasi pun
supaya tiada gambar atau ‘moments‘ yang terlepas.
Sentiasa
memandang kepada tetamu-tetamu yang hadir.
8) Kedua-dua
pengantin dinasihatkan supaya mempunyai lebih ‘eye-contact‘ dengan orang-orang
sekeliling semasa majlis berlangsung. Ini bermaksud pengantin tidak selalu
tunduk dan
memandang ke bawah sepanjang masa (sama seperti perkara 2 di atas).
Saat-saat seperti berjalan
ke pelamin, semasa bersanding di pelamin dan semasa berada di meja makan
beradab adalah
saat terbaik untuk jurugambar merakamkan keceriaan dan kegembiraan anda
semasa hari majlis.
Hari
perkahwinan adalah hari untuk anda bergembira.
9) Jika
jurugambar anda menetapkan had masa untuk sesuatu sesi atau
majlis, pastikan anda peka
mengenai perkara ini. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda
membahagikan masa untuk
sesi-sesi tertentu seperti posing di atas
pelamin, dalam bilik pengantin dan sebagainya. Pengurusan
masa yang tidak cekap akan membuatkan jurugambar tergesa-gesa mengejar
masa dan
ini akan memberi kesan kepada kualiti gambar yang dihasilkan.
Melengah-lengahkan aturcara
majlis, leka bersembang dengan rakan-rakan adalah antara perkara-perkara
yang boleh
menyebabkan kesuntukan masa. Sila berbincang dengan jurugambar anda jika
tambahan masa
diperlukan.
Pilih
lokasi terdekat untuk sesi outdoor anda.
10) Jika
terdapat sesi outdoor untuk hari yang sama selepas majlis, sila pastikan
tempat pilihan untuk
penggambaran tidak terlalu jauh dari lokasi majlis sehingga mengambil masa
berjam-jam perjalanan.
Ini adalah penting untuk memastikan apa yang dirancang oleh jurugambar
dapat dilaksanakan
dalam masa yang ditetapkan. Perjalanan yang jauh mungkin menyebabkan kesuntukan
masa dan juga boleh menambah keletihan kepada kedua-dua pihak pengantin
dan jurugambar.
(Ditulis
oleh: Azizan Aziz, jurugambar professional & pengasas Romantis
Studio )
diambil dan diceduk sepenuhnya dari: http://wayofsakura.blogspot.com/2011/07/10-tips-untuk-pengantin-bagi.html
so, brides... jom menyinar di hari bahagia kita.. semoga tips di atas ni dapat membantu anda.. :)
>
>