LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

October 28, 2012

Accident tak berbau

Pagi ni sy dikejutkan dengan berita sorang kakak sekampung,satu maktab dengan saya, cuma berlainan batch sebab dia KPLI, dan posting di sekolah yang sangat dekat dengan sekolah saya ACCIDENT!! kat simpang pulai.. semalam pun ada ternampak satu accident area tu.. tapi xpasti la yang tu ke yang dia terlibat.. sebab rasanya yang trlibat tu myvi dengan waja, dia plak naik viva..

Kakak tu mmg baik dgn saya pun. Even kami pnh balik sama-sama awal tahun lepas. Masa saya pergi jaga UPSR sekolah dia pun, dia yang temankan makan dan layan even sebelum ni tak pernah rapat, kenal-kenal gitu je, almaklumla, kami beza umur 3-4 tahun. cuma bila dia masuk IPG barula start bertegur.. Kesian kakak tu sebab diberitakan bahawa keta dia teruk rosak, dia pun cedera kat muka dan tersepit jari kaki..  and kakak tu sebenarnya nak kawin 14.11 ni! yer, kakak tu pilih tarikh slps knduri sy sebab xnk majlis brtmbung. kenduri dia pula 15.11. kesian dia kan...

Sebenarnya nak dijadikan cerita, saya sebenarnya trdetik nak contact dia, sebab nk tumpang dia balik je kali ni sebab sy mls nk drive. Hehe.. rumah kami dekat kg pun xsampai 1km.. tapi xjd nk tmpang sebab saya kena bawak balik barang.. so balik pun dengan berat hati je.. mls bkn sebab apa, raya-raya ni kelantan mmg famous dengan jam..  semalam balik pun mak aii.. sepatutnya 10 minit je lg dah sampai rumah, dah jadi hampir 45minit.. 

Tapi ketentuan llahi, saya tak naik dengan dia, kalo tak, boleh byg apa jadi kan? syukur sangat2 sebab diberatkan hati dan trlindung daripada musibah.. harap2 kakak tu cepat2 sembuh.. dan luka dekat muka tu tak meninggalkan parutla hendaknya.. get well soon.. b2b dan bukan b2b pun, sentiasa berhati2 di jalanraya.. malang tak berbau.. biar lambat asal selamat..

p/s: camna la rupe post ni.. taip dgn hp.. susah gilo.. hrp maaf  dengan paragraphnya lari, caps lock merata2. ampun ye..


>

>

tips untuk mendapatkan gambar terbaik semasa majlis anda

Jalan-jalan blogwalking, jumpa tips yang sangat menarik ni.. so nak share, benda yang baik tak elok simpan sorang-sorang.. kemut namanya tu.. :p

Semasa Majlis Akad Nikah:


1) Pengantin perempuan jangan duduk terlalu jauh ke belakang dari pengantin lelaki semasa majlis akad nikah. Ini adalah untuk memastikan jurugambar dapat memasukkan gambar kedua-dua pengantin di dalam satu gambar untuk shot-shot tertentu. Jika tidak pasti kedudukan yang sebenar untuk pengantin perempuan, sila bertanya dengan jurugambar terlebih dahulu.

2) Bagi kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan, kurangkan memandang ke bawah atau terlalu menunjukkan muka yang serious. Perasaan gementar, gemuruh dan sebagainya adalah perkara biasa dalam majlis pernikahan. Kadang-kadang sedikit ‘lakonan’ yang menunjukkan kegembiraan sebenarnya dapat mengurangkan perasaan gemuruh ini. Disamping gambar-gambar  yang menarik, perasaan gemuruh anda mungkin akan hilang sedikit demi sedikit. Tunjukkan kecerian anda walaupun perasaan gemuruh masih ada.

3) Pastikan anda sampai awal di masjid, sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal dari  masa yang dijanjikan. Pastikan juga semua dokumen yang diperlukan diperiksa terlebih dahulu. Kekalutan akibat tiba lewat atau tertinggal dokumen penting akan memberi kesan kepada gambar-gambar anda nanti. Disamping perasaan gemuruh yang sedia ada, anda mungkin akan merasa ‘down‘ dan ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada jurugambar yang bertugas dari segi interaksi anda dengan jurugambar.

4) Cara terbaik untuk kelihatan ceria semasa majlis akad nikah adalah dengan membawa 3 atau 4 orang rakan yang betul-betul rapat dengan anda. Percaya atau tidak perasan gemuruh anda akan hilang tanpa anda sedari. Pastikan rakan-rakan anda ini sentiasa bersama anda dari mula hingga akhir majlisKehadiran teman-teman rapat boleh menambahkan lagi kemeriahan. 

Semasa Majlis Persandingan

5) Pastikan jurugambar anda diberitahu terlebih dahulu tentang aturcara majlis. Ini adalah amat penting jika majlis anda terdapat acara-acara tambahan seperti pertunjukkan silat, tarian dan sebagainya yang mungkin penting bagi jurugambar untuk membuat persediaan dari segi shooting angle‘ dan sebagainya.

6) Sila beritahu jurugambar anda jika terdapat jurugambar lain atau pun anda ada menempah juruvideo berasingan. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda bekerjasama dengan jurugambar/juruvideo tersebut. Cara kerja dan ‘style‘ yang berlainan kadang-kadang boleh menyusahkan kedua-dua pihak. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu dahulu nama-nama jurugambar/juruvideo yang turut bertugas di hari majlis anda. Perbincangan awal mungkin boleh diadakan untuk memastikan proses merakam hari bahagia anda berjalan lancar.

7) Di samping jurugambar/juruvideo tambahan, kehadiran jurugambar-jurugambar lain dikalangan saudara-mara dan rakan-rakan pihak pengantin jugak kadang-kadang boleh mendatangkan masalah kepada jurugambar yang bertugas. Perkara terbaik adalah dengan memberitahu mereka terlebih dahulu supaya memberi laluan kepada jurugambar utama dalam apa-apa situasi pun supaya tiada gambar atau ‘moments‘ yang terlepas.

Sentiasa memandang kepada tetamu-tetamu yang hadir.
8) Kedua-dua pengantin dinasihatkan supaya mempunyai lebih ‘eye-contact‘ dengan orang-orang sekeliling semasa majlis berlangsung. Ini bermaksud pengantin tidak selalu tunduk dan memandang ke bawah sepanjang masa (sama seperti perkara 2 di atas). Saat-saat seperti berjalan ke pelamin, semasa bersanding di pelamin dan semasa berada di meja makan beradab adalah saat terbaik untuk jurugambar merakamkan keceriaan dan kegembiraan anda semasa hari majlis.

Hari perkahwinan adalah hari untuk anda bergembira.
9) Jika jurugambar anda menetapkan had masa untuk sesuatu sesi atau majlis, pastikan anda peka mengenai perkara ini. Ini adalah untuk memudahkan jurugambar anda membahagikan masa untuk sesi-sesi tertentu seperti posing di atas pelamin, dalam bilik pengantin dan sebagainya. Pengurusan masa yang tidak cekap akan membuatkan jurugambar tergesa-gesa mengejar masa dan ini akan memberi kesan kepada kualiti gambar yang dihasilkan. Melengah-lengahkan aturcara majlis, leka bersembang dengan rakan-rakan adalah antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan kesuntukan masa. Sila berbincang dengan jurugambar anda jika tambahan masa diperlukan.

Pilih lokasi terdekat untuk sesi outdoor anda.
10) Jika terdapat sesi outdoor untuk hari yang sama selepas majlis, sila pastikan tempat pilihan untuk penggambaran tidak terlalu jauh dari lokasi majlis sehingga mengambil masa berjam-jam perjalanan. Ini adalah penting untuk memastikan apa yang dirancang oleh jurugambar dapat dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Perjalanan yang jauh mungkin menyebabkan kesuntukan masa dan juga boleh menambah keletihan kepada kedua-dua pihak pengantin dan jurugambar.

(Ditulis oleh: Azizan Aziz, jurugambar professional & pengasas Romantis Studio )

so, brides... jom menyinar di hari bahagia kita.. semoga tips di atas ni dapat membantu anda.. :)

>
>

October 27, 2012

tips sebelum, semasa dan selepas akad nikah

Masa jalan-jalan haritu nak cari pelan kedudukan pengantin [SINI] jumpa pulak tips dan flows semasa akad nikah kat blog cik puan Fia.. banyak tips yang dikongsi dan boleh dipraktikkan.. share sebab memang sangat membantu kita2 yang nak kawin, lebih2 lagi waktu akad nikah.. tak ada la kelamkabut dan blur2 kan apa yang nak dibuat..


Sebelum Akad Nikah


1. Pastikan pengapit atau teman rapat duduk di sebelah - sebabnya, pengapit @ bestfriends kita la yang akan kurangkan debaran dan tolong-tolong apa yang patut (lap peluh, betulkan veil dsb).. cane nak kurangkan gugup? berbual-buallah dengan pengapit anda..

2. Sediakan IC / kad pengenalan - dokumen ori memang akan diminta.. sebab yang ada dekat tok kadi @ tok imam tu yang salinan je.. nanti karang, terkocoh pulak korang masuk bilik cari ic time dh duduk tersimpuh sopan tu.. hehe

3. Duit upah - penting! ingatkan cik abang prepare siap2.. sebelum tu risik-risik la kadar upah sepatutnya..

4. Senyum Agar Lebih Tenang - yess, kunci dia, SENYUM... walaupun masa tu dalam dada, rasa nak pecah dengan debaran..

dicilok daripada my OP sebelah bertandang.. kredit to NuzulTaufiqArt Photography

Ini pulak adalah flow semasa akad nikah..

Semasa Akad Nikah

1. Khutbah nikah -  masa ni dengar betul2, bagi faham okey.. banyak pesanan2 dalam ni..

2. Bacaan taklik - isteri2 kena dengar betul2 time ni.. bukan ape, mintak simpang, nauzubillah la kan untuk benda ni berlaku dalam baitul muslim kita, tapi taklik ni sebenarnya memelihara hak isteri daripada penganiayaan kalau berlaku kepincangan tanggungjawab oleh suami.. so jangan anggap taklik ni sebagai sesuatu yang 'nothing'.. bila tengok pasal taklik ni terus buat research pasal lafaz taklik negeri kelantan.. sebab teks taklik ni berbeza ikut negeri, tak seragam.. so check lafaz taklik negeri masing-masing dan teliti apa syarat-syarat yang boleh menyebabkan talak jatuh sekiranya ada aduan isteri kepada kadi..

LAFAZ TAKLIK NEGERI KELANTAN
"Bahawa adalah saya…….. dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya….. selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama yang tersebut pada hal dia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badanya atau saya tidak mempedulikannya selama empat bulan atau lebih kemudian ia mengadu kepada kadhi/ hakim syarak dan manakala sabit aduannya dan ia memberi kepada kadhi/ hakim syarak bagi pihak saya sebanyak RM 1.00  maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu talak khuluk."


3. Keluarga Sakinah/ Penyerahan Tanggungjawab - err.. kat kelantan, rasanya takde penyerahan tanggungjawab ni.. ala yang ala2 ustaz don buat tu.. yang letak tangan atas kepala isteri.. dlm blog cik fia cakap kat johor ngan kedah ada adat ni.. betul ke kengkawan? harus tanya MBB ni.. kang aku terkujat tetiba dia dtg letak tangan atas kepala kang.. :p lagi satu yang biasa dibuat adalah family perempuan berucap, menyerahkan tanggungjawab jaga pengantin perempuan pada pengantin lelaki..


Selepas Akad Nikah

1. Penyerahan Mas Kahwin Dan Wang Hantaran - ramai yang keliru pasal dua benda ni.. mas kahwin wajib diberi, hantaran pula tak wajib.. hantaran ni lebih kepada belanja mengurus perkahwinan sebelah perempuan, manakala mas kahwin ni berupa pemberian wajib oleh lelaki kepada perempuan atas sebab perkahwinan dan ianya milik mutlak 100% pengantin perempuan ye...so bawakla time akad nikah tu.. kalau tak lafaz anda akan jadi ada perkataan 'hutang'.. hihihi.. tapi kat Kelantan memang biasanya wang hantaran tu la yang akan dijadikan @ merangkap mas kahwin.. hoho, tapi majlis saya nanti tak follow kebiasaan ni.. sebab? taknak nilai wang hantaran tu menjadi isu.. rendah diperkatakan orang, tinggi pun diperkatakan orang.. =)

2. Pembatalan Air Sembahyang. - cincin? gelang? rantai? ikut kemampuan la kan.. ada yang mampu, sarung cincin, kemudian sauk gelang @ rantai lagi.. saya? cincin sudahh.. sebab cincin itu pun harganya sudah ka chinggggg... 

Tip drp cik puan Fia: Jika anda memilih barang kemas sebagai pembatalan air sembahyang lebih baik berlatih dahulu memakaikannya pada ibu atau saudara perempuan.

3. Bersalaman & Mencium Tangan Suami -  saat yang ditunggu-tunggu.. ngeh3.. ke tak? harusla kan... :p

4. Cium Dahi Isteri - paling ditunggu-tunggu..  kan? kan? kan? syahdunya rasa time ni.. errkkk... nak lagi syahdu, janganla pakai tudung awning.. kalau tak kelepet2 nanti, cian pengantin lelaki susah nak cium.. 

Tip dr cik puan Fia: Jika anda ingin mengucup dahi isteri di hadapan para tamu dan mahukan ia diabadikan dalam foto, terdapat beberapa tip yang anda boleh gunakan. Sebelah tangan anda memegang bahu isteri dan sebelah lagi memegang dagu isteri. Selepas itu, angkatkan sedikit muka si dia supaya mendongak tepat ke mata anda dan anda tunduk perlahan-lahan agar dapat mengucup tepat pada dahinya. Berikan kucupan dengan penuh ikhlas agar bunga-bunga cinta dapat anda rasai.

5. Bersalaman Dengan Ahli Keluarga - which family first? tengok dan follow the flow kot.. cuma, rasanya lagi manis, kalau dua2 bersalam dengan family yang sama at the same time kan.. takdela sorang ke kanan, sorang lagi ke kiri.... your opinion?

6. Solat Lepas Nikah - kahwin sekali seumur hidup.. insyaALLAH.. jadi kalau boleh, buatla solat sunat nikah melainkan anda berhasrat untuk berkahwin lagi.. muahaha..

Banyak juga tips yang berguna kan.. yang saya warnakan dan tips-tips tu, memang saya copy paste dari blog  cik puan Fia sebijik2. cuma yang huraian tu je olahan dan pandangan saya.. so kalau nak tengok dengan lebih detail, boleh terjah blog beliau.. =)


>
>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...