Pagi ni sy dikejutkan dengan berita sorang kakak sekampung,satu maktab dengan saya, cuma berlainan batch sebab dia KPLI, dan posting di sekolah yang sangat dekat dengan sekolah saya ACCIDENT!! kat simpang pulai.. semalam pun ada ternampak satu accident area tu.. tapi xpasti la yang tu ke yang dia terlibat.. sebab rasanya yang trlibat tu myvi dengan waja, dia plak naik viva..
Kakak tu mmg baik dgn saya pun. Even kami pnh balik sama-sama awal tahun lepas. Masa saya pergi jaga UPSR sekolah dia pun, dia yang temankan makan dan layan even sebelum ni tak pernah rapat, kenal-kenal gitu je, almaklumla, kami beza umur 3-4 tahun. cuma bila dia masuk IPG barula start bertegur.. Kesian kakak tu sebab diberitakan bahawa keta dia teruk rosak, dia pun cedera kat muka dan tersepit jari kaki.. and kakak tu sebenarnya nak kawin 14.11 ni! yer, kakak tu pilih tarikh slps knduri sy sebab xnk majlis brtmbung. kenduri dia pula 15.11. kesian dia kan...
Sebenarnya nak dijadikan cerita, saya sebenarnya trdetik nak contact dia, sebab nk tumpang dia balik je kali ni sebab sy mls nk drive. Hehe.. rumah kami dekat kg pun xsampai 1km.. tapi xjd nk tmpang sebab saya kena bawak balik barang.. so balik pun dengan berat hati je.. mls bkn sebab apa, raya-raya ni kelantan mmg famous dengan jam.. semalam balik pun mak aii.. sepatutnya 10 minit je lg dah sampai rumah, dah jadi hampir 45minit..
Tapi ketentuan llahi, saya tak naik dengan dia, kalo tak, boleh byg apa jadi kan? syukur sangat2 sebab diberatkan hati dan trlindung daripada musibah.. harap2 kakak tu cepat2 sembuh.. dan luka dekat muka tu tak meninggalkan parutla hendaknya.. get well soon.. b2b dan bukan b2b pun, sentiasa berhati2 di jalanraya.. malang tak berbau.. biar lambat asal selamat..
p/s: camna la rupe post ni.. taip dgn hp.. susah gilo.. hrp maaf dengan paragraphnya lari, caps lock merata2. ampun ye..
>
>