LEARN from yesterday, LIVE for today & HOPE for tomorrow

August 19, 2011

i don't give a damn

seriously saya tak kisah kalau ada org tak puas hati dengan saya...
sebab saya memang tak kacau hidup orang
tapi kalau kita tak kacau hidup dia, dia tak puas hati tu satu hal
pastu perli-perli camana eh?
setakat ni saya anggap semua tu macam gurauan.. masuk telinga kanan kuar telinga kiri...
tapi kadang-kadang wonder jugak la kan kenapa timbulnya rasa tak puas hati kat jiwa raga dia tu
salah saya ke kalau keje dia banyak?
kenapa perlu persoalkan rezeki orang?
kemudian guna ayat sinis... kedengaran macam pujian tapi bila selalu diucapkan, tahu-tahula kan
saya tak pernah mengatakan diri saya hebat, banyak ilmu.. hanya kerana bertitle degree dan tempoh masa belajar yang lama.. sebab tahu tu sume tak cukup...
dan 
saya tak pernah kurang hormat sikit pun kat sesapa pun... sebab pengalaman yang ada pada mereka 
tapi kalau macam tu dia punya layanan dan attitude
sikit sebanyak mmg terhakis sikit rasa hormat tu...

tapi at the end of the day.. saya tau there's nothing much i can do.. huhu, biarkan jela.. memang akan ada yang macam tu dalam ramai-ramai...
best solution.. pekakkan telinga.. kalau hati waja, tak payah layan omongan dia... hahhahaa
last word.. do i care?? i don't give a damn la.... =p

maaf! tak ilmiah pun takpela..

Nak kata berangin tak juga tapi agak tercabar la dengan satu statement mamat ni.. dahla datang dari mana tah kat YM tu.. mungkin kawan-kawan yang saya chat masa single bertahun-tahun lepas kot.. sebab dia tak ada dalam friendlist saya..

saya sebenarnya jarang layan orang yang tak dikenali kecuali yang dah kenal lama kat ym atau kawan IPGM.. Sekarang bila guna laptop adik, dia set ym tu auto start bila bukak laptop.. memang secara auto akan sign in.. kalau laptop uzur saya memang berkurun la nak tunggu bukak.. bukak pun bila Fara nak chat atau dengan MBB..
sebabnya kalau nak cari virtual firends yang ok sangatlah susah!!! ibarat nak cari mutiara kat pasir pantai.. yang kebanyakan nye mesti cakap

"hi, u open minded x?
nak chat sex tak?
u pakai bra kaler pe malam ni?
noti tak?"

hello.... maaf bebanyak la yer.. saya tak layan benda cenggitu k? buang masa je.. haha sebab tu kadang-kadang buat dosa kering jugak sebab menipu identiti.. sebab situasi kat atas la..
back to the topic.. mamat ni nampak cam ok masa 5 minit pertama saya layankan jugak lepas dia buzz banyak2 kali...
tapi yang menyebabkan saya agak sentap bila dia mintak alamat blog saya dan saya tak kasi..
 opkos la saya tak kasi... sebab bagi saya.. blog ni dah macam little diary.. bukan la diary  yang betul2 tu sampai semua rahsia tapi kat sini tempat luahan rasa saya..
memang saya taknak expose kewujudan blog ni melainkan korang jumpa sendiri.. nak promote2 takdela.. nak kumpul followers jauh sekali. sebab sendiri tahu.. tak ada apa yang menariknya kat sini...=P

dia mula hentam saya cakap jadi blog saya ni tak ilmiah la yer sebab berkaitan benda peribadi je...
siap cakap lecturer saya tak habis mengajar saya lagi... sebab sepatutnya cikgu macam saya perlu ada satu blog ilmiah untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain. 
WTH??
dengan rasa panas hati saya fire dia balik...
lecturer saya bukan tak habis mengajar.. memang tak ajar pun pasal buat2 blog ni sebab memang tak ada dalam silibus pun...
kami lebih ditekankan buat perisian teknologi berbantukan komputer untuk  bantu tingkatkan PDP..
lagipun benda-benda tu kena test pada murid sendiri dulu, kalau berjaya baru boleh share dengan orang...
kalau setakat share teori bla bla bal pung prang pung prang tapi murid sendiri pun tak ada improvement tak guna jugak... 
huhu, mungkin sedar kot, dia cakap ok.. so ingat nak stop macam tu jela kan.. tapi dia siap cakap saya tak berlandaskan konsep 1 Malaysia...  apa lagi, mmg kna hujah la ngan saya... mungkin dia sedar dah salah orang bila persoalkan benda-benda ni dengan cikgu, dia terus cakap nak out.. hahhaaa
silap orang beb nak psiko2 dan condemn macam tu...

lagipun easier said than done...
kita tak berada dalam kasut orang lain.. so jangan sesekali pertikai kenapa orang tu tak buat macam ni macam tu... mesti ada sebab dan musababnya... nilaikan juga kenapa dan mengapa baru jatuhkan hukuman pandangan kita.. 

pastu terus set invicible dan ubah setting supaya tak auto sign in.. huhuhu... salah sendiri jugak gatal tangan nak reply.. tapi niat reply tu bukan nak menggatal ke apa.. nak wat camana dah terkena.. hmmm macam2 ragam manusia nih..

p/s: kelakar bila tengok ada orang search pasal saiz b****g lelaki (opps, sori!! nak tulis pun pikir 2x) dan didirectkan kat blog ni.. hahaha.. sori dear.. kat sini bukan blog lucah k!  nak cari benda-benda gitu, p main jauh2.. =P

August 16, 2011

going to....

i'm going to 


this evening...

hahaha..  macamla tak penah pergi kan... kecoh je.. orang kelantan cakap 'darat'
org negeri lain cakap macam Jak*** 
nak cakap ape ke cakap la... tak kisah pun.. bukan 1st time pergi pun.. =p
sebenarnya  excited nak pergi buka puasa dengan Fara...
dan bukan nak highlight pasal Pizza Hut pun... 
tapi pasal instinct...

korang percaya tak pada instinct??
sebenarnya saya percaya juga pada gerak hati..  of course la percaya pada yang SATU tu tetap yang teratas... tapi dah lama saya perasan sebenarnya gerak hati saya selalunya betul... tepat tu takla... tapi kebanyakannya memang betul..

hubungan telepati?
caya tak?
antara saya dengan Fara memang ada telepati ni.. selalunya apa yang saya fikir pada sesuatu masa, dia pun turut akan fikir benda yang sama.. dan kami boleh baca fikiran masing-masing pada situasi yang kami sama-sama alami..
selalunya pendapat kami pun sama...
dan terbaru berkaitan pizza hut pun sama...
saya teringin nak pergi makan dan pada masa yang sama dia pun..
dan dia call untuk ajak saya pergi sana pada saat saya sedang berkira-kira nak call dan ajak dia...

dengan MBB pun sama.. selalunya berkaitan dengan warna baju... tak janji pun tapi selalu pakai kaler sama...
dan sms dan call pada waktu sama berkira-kira nak call satu sama lain..
banyak lagi la.. 
kebetulan? mungkin.. selebihnya Wallahualam... tapi jangan obses sangat sudahla yer.. yang penting segalanya yang terjadi tu atas aturan DIA... =))... 

p/s: maaf, tak reti nak ulas lebih-lebih sebab takut nanti salah maklumat, lain pulak jadinya...  hehe, nanti sy tolong makan pizza tuk korang tau.. ;P

August 13, 2011

Cinta Itu Adalah Fitrah..


Cinta Itu Adalah Fitrah..


Cinta seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa manusia , iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS Ar Rum : 21)
Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor , kerana kekotoran dan kesuciannya bergantung kepada kita. Jika kita mengarah cinta itu kepada kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci dan halal. Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata – mata, maka terbitlah cinta  yang kotor dan haram
Cinta mengandungi segala makna kasih sayang , keharmonian , penghargaan dan kerinduan , disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.
Cinta bukanlah hanya sebuah tarikan luaran sahaja.
Tarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta, bukan puncaknya.
Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan.
Tetapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.
Islam adalah agama fitrah. Kerana itulah Islam tidaklah membelenggu perasaan manusia.
Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia .
Akan tetapi Islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu, dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang mengotorinya.
Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta. Islam mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah, kita harus bersih dari persentuhan dan perkara – perkara lain yang haram.
Jadi, kenapa ada sesetengah dari kita mahu menghalang perasaan cinta?
Cinta itu hendaklah dikawal, Bukan Dihalang. Kerana Cinta adalah Fitrah


p/s: perkongsian bersama.. post asal Cinta Itu Adalah Fitrah.. sumber daripada akuislam.com

kadang-kadang....

Kadang-kadang kita nak sesuatu sampai tahap kalau boleh pada masa tu jugak kita dapatkannya... tanpa ada luang waktu dan halangan
tetapi 
Kadang-kadang pada suatu masa juga sesuatu yang kita beria-ria nak itu juga langsung kita tak nak fikir mahupun ingat......

August 11, 2011

....ramadhan kali ini....


Tajuk macam sedih je kan... tapi sebenarnya tak ada pape pun... sayu dengar azan subuh.. menusuk sampai dalam...  lain dari waktu-waktu lain... mungkin sebab waktu lain kita sibuk dengan urusan dunia.. suasana pun hingar bingar je... tu yang tetiba mood nak tulis entri ni datang... (takde kaitan pun padahal)

Ramadhan kali ni sebenarnya memang totally different la.. first time sebenarnya sambut sorang-sorang... zaman asrama maktab sampai rumah sewa memang berbuka berempat atau dengan MBB tapi sekarang no complaint la sebab saya yang pilih tuk duduk sorang-sorang kan.. cuma yang paling best, macam cakap dalam entri lepas-lepas.. sebab dapat puasa awal ramadhan dengan family...  yang lain tu biasa-biasa jela... sampai kadang-kadang nak berbuka pun tak lalu sebab makan sorang-sorang... tu time berbuka, kalau time sahur? lalu minum air jela... =p

Bila ingat ramadhan memang tak boleh lari dari ingat macamana bestnya pengisian berbuka tu sendiri... kalau dulu duduk asrama, kami memang wajib ke bazar... dan benda yang selalu kami kongsi bertiga adalah AYAM GOLEK!!... 


beli sekor dan makan sama-sama..
kemudian aktiviti wajib kami mesti pergi berbuka kat hotel.. bukan riak atau apa, cuma sesekali untuk self indulgence.. selalunya pun bukan kami  yang bayar, abang enun yang kerja kat situ yang belanja.. ngeh3
pernah juga kami wat keje gila, pergi McD pukul 4.30 pagi semata-mata tuk sahur.. huhuhu.. 
bila duduk rumah sewa, kami masak... dan waktu sahur akan ada seorang yang memang jadi 'mak' yang akan kejut semua orang dan bangun lebih awal daripada orang lain tuk panaskan lauk.. selalunya saya la tu.. =p

Untuk yang ada boyfriend, memang aktiviti wajibla kuar berbuka sama-sama tapi biasanya waktu bukan puasa, lebih banyak berbuka dengan kawan-kawan..
kalau berbuka dekat luar, aktiviti saya dengan MBB adalah mencuba setiap kedai makan setiap kali berbuka... memang kira kedai makan la yang mana best dan tak best sampai rasa KT tu dah kecik sangat2 taktau nak makan kat mana...

Masa hari puasa ke 3 hari tu, sebelum balik ke rumah sewa, sempat singgah rumah Fara rehat-rehat kejap dan pergi bazar ramadhan dekat area rumah sewa dia... masa jejak kaki dekat sana, saya tanya dia apa yang dia ingat kalau bazar ramadhan.. sungguh, jawapan dia sama dengan saya... memori ayam golek tu memang sinonim dengan kami... puas pusing tapi tak jumpa pun ayam yang tengah bergolek atas pemanggang...
yang bakar direct ada la... hampa juga, last2 kami beli je yang tu...
pastu masing-masing buat ayat sedih... 
"tahun ni takdapat dah nak makan ayam golek bertiga dan makan hotel"

Masa Enun telefon pun, saya pun cakap macam tu jugak.. sedihh.. T_T. 
Harap-harap nanti adala kesempatan untuk kami menjalani ibadah puasa bersama walaupun sehari...  hahaha, nampak macam mustahil je kan
but i miss the old moment very much!

p/s: tgh pikir nak balik raya ikut jalan mana, jalan Tapah-Cameron Highland runtuh.. kalau sempat siap dorang baiki pun, macam takut je nak balik jalan tu..

August 8, 2011

in silence

bulan puasa ni rasa macam mahu hibernasi je..
hehehe, bukanlah penat ke apa.. tapi rasa makin malas.. 
malas nak makan, malas nak buka FB..
nak post dalam blog pun malas..
jadi silent reader je... mood menghilang untuk buat rutin seharian..
kecuali baca novel dengan tengok cite korea... ngeh3..

cite latest yang saya tengok adalah Dream High..


best citer dia.. ala2 cite Glee tapi lagi syok la... hero-hero dia pun hensem2 tau.. =))
masa dekat rumah hari tu, saya marathon drama ni sampai 7 episod sekaligus...
gila kan sampai 7jam depan laptop non stop...
sebenarnya banyak lagi stok citer korea yang ada.. tapi kekangan masa menyebabkan tak sempat nak tengok... lebih-lebih lagi drama series.. tak syok kalau setakat tengok satu dua episod je... paling-paling kurang mesti 3-4 episod baru ok...

seminggu dua ni jugak banyak  gosip-gosip tergempar kan...
pasal kisah khairulfahmi putus tunang dengan jejariruncing elia...  mmm, bila fikir-fikir no komen lak.. 
taknak masuk mana-mana pihak sebab rasanya dua-dua salah... tak semena-mena saya pun takut nak expose MBB sebab takut the same thing happens to me... Nauzubillah....
dan paling latest produk simplysiti yang didakwa haram sebab guna berus daripada bulu babi...
dan Dato' Siti pun telah menjawab pasal isu ni... 
hahahaa, tetiba je kan timbulkan pasal isu gosip-gosip ni.. 
sebab bila saya boring, takde mood nak buka blog mesti saya akan bukak blog gosip... hihihi....
nak bukak blog gosip artis jap...
jumpa lagi, bye2..=P

p/s: MBB kursus PK KSSR minggu ni di bandar Lawas.. jadi dia available sepanjang weekdays.. dah lama tak dapat sms malam2 selain weekend...=p

August 6, 2011

slow but steady..

lost another 2 kg...
is aiming to lose 5 kg more... =))


harap-harap raya berat tak naik la... =p

August 3, 2011

yeeeeeeeehhhhhhaaaaaaa.....

I'M BACK!!!!

rasa macam tak puas je duduk rumah.. tapi syukur dapat juga puasa di rumah tahun ni awal2.. =))
malas sangat nak balik sini... T_T kan bagus dapat berlama-lamaan kat rumah dan bermalas-malasan...
walaubagaimanapun, haruslah


yer... back to school...
adakah anak muridku merindui atau bergumbira semasa ketiadaanku??
i have no answer...=p 
oh yer, walaupun dah terlambat, nak ucapkan jugak..
selamat berpuasa, jangan ponteng-ponteng yer kalau tak ada keuzuran.. 
nanti kena ganti... =p

July 28, 2011

kecoh

Hahaha, hati sangat gumbira..
hal housemate itu sudah settle.. dua orang tu tak jadi nak sewa..
mungkin sebab banyak sangat songeh dan terma-terma saya kot.. hihihi, kecoh je kan...
tapi semalam ngadu dengan MBB, saya lak yang kena...
dia cakap kenapa saya jadi lembut hati dan segala bagai.. huhuhu, tapi tak apa la, janji benda tu dah settle... tutup buku.

yang paling bestnya adalah esok nak balik rumah...
yes! yes!... rindu dekat semua-semua dekat rumah tu... family, kucing-kucing, ikan-ikan dan michi si monyet...

michi: monyet yang tak macam monyet tengah makan aiskrim ... KFC pun dia bantai.. fav drink; ribena.. huhuhu

oh ye, ingat balik nanti nak import sekor kucing la kat rumah bawak balik Perak.. aci tak?
tapi kalau banyak karenahnya, tak jadi kot, tengok yang baik dan diam je bolehla angkut..
tapi kalau mulut bising, maunya mengiau sepanjang 6 jam setengah dalam kereta tu matila....
ada jugak  yang kena tinggal kat Lojing atau Cameron Highlands...
opps, takkan nak wat macam tu.. saya sayang kucing saya!!


p/s : mood nak kemas baju.....kita jumpa lagi rabu nanti..... bye2...

July 27, 2011

-i love being selfish-

oohhhhhhh, sesak dada lak... adoi, baru nak aman hidup...
tadi ada tetamu yang tidak diundang..
sebenarnya jiran depan rumah..
dia datang dengan tujuan tanya nak housemate ke tak..
sebab katanya sekolahnya ada kerani baru masuk... dan tengah cari rumah... so dia tolong tanyakan la...
mmmm... sebenarnya tak akan jadi masalah kalau saya ni berhati keras, namun sesungguhnya saya agak baik, =p menyebabkan saya berada dalam permasalahan dan dilema ini.. 
kalau ikutkan sebenarnya memang selesa duduk sorang-sorang walaupun  sunyi dan macam kera sumbang.. sebab fikir-fikir, yang nak masuk menyewa tu entah sape-sape,
kalau perangai ok, alhamdulillah, kalau tak ok, memang merana jiwa dan raga...
dahla rumah ni kita yang cari, last-last kita lak macam menumpang pulak...
nampak macam cari alasan kan, tapi memang realiti sebenar...
tak nak kasi, kesian pulak... sebab saya tau betapa peritnya nak cari rumah area ni.. 
rujuk entri ni.. 
memang susah sebab sini dah hujung tanjung... kalau ada pun kuarters institusi pendidikan, tapi banyakla potong gaji...
aihh, yang nak masuk tu pulak 2 orang... dorang kerja satu tempat kerja. saya cuma terfikir, bila bertiga, tambah-tambah dorang satu tempat kerja, hukhuk, memang saya yang akan terpinggir, aci tak fikir macam tu?
cuma kebaikan nya satu jela, kalau dorang masuk, memang cut the cost la.. daripada segi sewa+bil-bil kan...
so tadi masa jiran tu tanya(yang nak menyewa tu tak datang lagi) saya bagitau siap-siap bahawa

1. Sewa rumah sahaja RM250
2. Bil-bil (air, elektrik, astro dan juga streamyx) kongsi..
3. Boleh duduk sampai ujung tahun ni je..(saya bagi alasan saya nak kawen tahun depan.. tapi ni tipuuu aje...jahat kan saya.. T_T)
3. Malam-malam saya buat tuisyen.. takut nanti housemates tak selesa...
4.Kawan & family kadang-kadang akan berziarah ke rumah. 
5. Bilik ada satu je boleh guna, satu lagi bocor...(siap bawak jiran tu pergi tengok.. huhuhu)

kalau dah dorang tak ada pilihan lain, terpaksa la saya menerima mereka...  tapi saya dah bagitau awal-awal supaya nanti mereka dapat menerima seadaanya dan taknak timbul masalah kemudian hari..
bukan saya kedekut sangat tak nak terima tapi sebenarnya diri sendiri pun tak selesa sebab bila hujung minggu saya memang akan bergayut dengan MBB mostly 12hours time on the phone... rumah ni rumah teres yang murah tu je.. kalau kita cakap, memang sampai dapur boleh dengar...so boleh bayangkan tak masalah yang akan timbul nanti...
lagi satu, saya ni seorang yang suka keadaan senyap-senyap je, tak suka bising-bising dan suasana bising... lagi-lagi waktu saya tido... hoho, kalau terganggu memang rasa nak makan orang je...
bila dah makin banyak mulut, faham2 jela...
huhuhu, senang cerita, daripada nampak macam mencari alasan  buat yang tak faham situasi ini,  in short,
 hati nurani memang tak berkeinginan la mau berhousemate....
oh, tapi, apakan daya ku..........
sekarang tunggu jela keputusan dorang bila dorang contact saya nanti...
kalaula saya ni berani untuk menolak dan mengatakan tidak kan bagus..
tak jadi lak masalah ni..


jahat ke saya berperasaan macam ni?
jahat ke saya berfikiran macam tu?
dan jahat ke sampai buat alasan?
arrggggghhhhh,  kalau kita pentingkan diri untuk keselesaan diri sendiri pun jahat ke??

July 25, 2011

Gembira

Saya sangat-sangat GEMBIRA 
sebabnya
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 cuti rehat khas yang pertama dah DILULUSKAN!!!
maksudnya boleh balik kampung....
dan puasa awal ramadhan dekat rumah....
hihihihi... 


mood sekarang rasa macam nak golek2 atas lantai tak nak bangun-bangun... serius wehhh.. 
mula-mula takut juga tak lulus sebab ambil 2 hari straight plus cuti peristiwa awal ramadhan yang sekolah ambil... sebab sebelum ni pun memang dah diberitahu CRK tu bukan mutlak hak cikgu.. cikgu boleh mohon sahaja tetapi keputusan veto lulus atau tak tetap di tangan GB...
tapi nasib baik dapat GB yang memahami, mungkin dia sedar yang dalam ramai-ramai cikgu disekolah ni, saya sorang je jauh... hihi, bujang lak tu... =p
kerani pun sporting, siap backup lagi.. backup bukan apa sebab GB sebenarnya baru masuk ke sekolah ganti GB sebelumnya yang bersara.. so taktau la macamana cara dia kan... sebab tu perlu backup...
tapi alhamdulillah nampak GB baru tu setakat ni ok, baik dan tak cerewet la... 

hari ni jugak Kak Su, cikgu yang dapat pindah ke sekolah lain datang bawak baby dia.. dia bersalin bulan 6 hari tu.. alhamdulillah, berganda rezeki dia, dapat baby, dapat tukar dekat dengan suami setelah hampir 3 tahun asyik mohon tak dapat-dapat...
gembira jumpa dia sebab rindu nak sembang dan jumpa..
bila dia pindah ni rasa kehilangan yang agak besar sangat sebab selalunya dia yang banyak modal bercerita... ustazah kehilangan teman 'angguk' dia..
sekarang pun dah tak ada yang bawak bekal pergi sekolah..
memang lain sangat la..
tapi tak apala, sekurangnya-kurangnya Kak Su dah boleh duduk sebumbung dengan suami dia
nak-nak lagi bila dah ada baby ni susah kalau jadik single parent...
walaupun tempoh masa kenal Kak Su dalam 5 bulan je, tapi rapatnya kami macam dah bertahun kenal
ape pun, harap silaturahim yang terbina tak terhenti di sini...
amin...

July 24, 2011

Sekolahku dan cerita disebaliknya

     Rasanya dalam entri-entri yang lepas, saya tak cerita sekolah saya secara mendalam sangat kan..
konon-konon nak berahsia.. ala-ala artis takut kena serbu ke?? hahaha, tak adala, rasa macam tak ada point nak cerita pasal sekolah sangat... lagipun bila melibatkan blog peribadi, takut nanti nama sekolah pun terpalit sama kalau ada perkara-perkara berbangkit..

Sekolah saya sekolah yang kecik sahaja, dalam kategori Sekolah Kurang Murid (SKM).. murid pun ada 26 orang sahaja, bukan satu kelas, tetapi satu sekolah.. yer, satu sekolah... dekat sekolah pun bukan sistem kelas biasa.. sebab kami gunapakai pedagogi kelas bercantum.. ada 4 kelas je.. tahun 1 dan 6 memang tak cantum sebab kandungan silibus dan UPSR.. tapi tahun 2 gabung dengan tahun 3 manakala tahun 4 gabung dengan tahun 5 satu kelas... ramai bila dengar mengajar sekolah yang budaknya seramai 26 orang akan cakap, "wah, senangla macam tu," "best la..", namun sebenarnya, sekolah mana-mana pun, kecik, besar tetap akan ada cabaran masing-masing.. mungkin kelebihan kami sebab sekolah kecik, bangunan pun ada satu bangunan 2 tingkat je, budak tak ramai tapi banyak juga kekurangan dan disadvantage yang kami ada.. 

Cikgu-cikgu yang ada pun seramai 9 orang, 5 perempuan dan 4 lelaki.. termasuk dengan Guru Besar sekali.. Dengan bilangan seciput itu, memang kami rapat antara satu sama lain sebab rasanya tak berbaloi nak gaduh-gaduh atau berpuak-puak sebab bilik guru pun sekangkang kera je, itu pun menumpang bilik pemulihan.. 

Dulu, agak sukar nak biasakan diri dengan keadaan ni, sebab dah terbiasa dengan kelas satu-satu.. bila melibatkan kelas bercantum ni, tak dinafikan memang semasa  proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) cikgunya memang takkan boleh duduk diam aja sebab kena mengajar dua tahap yang berbeza.. macam saya memang mengajar tahun 2 dan 3, untuk 7 subjek, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni dan juga Muzik. Satu lagi realiti di SKM adalah cikgunya adalah rojak.. semua subjek mengajar..agaknya budak tahun 2 dan 3 pun dah bosan tengok muka saya je yang asyik masuk kelas diorang.. hahaha, sampai boleh konfius masa subjek apa tiap-tiap kali saya masuk... T_T

Waktu mengajar pula, kalau ada topik yang sama macam subjek matematik, bolehla mengajar sekali cuma bila bagi soalan, ikut tahap dan tahun mereka tapi untuk subjek macam Bahasa Inggeris, Sains saya memang akan bagi kerja dahulu kepada tahun 3, bagi diorang buat dulu dan pada masa yang sama mengajar tahun 2, bila dah siap mengajar, bagi kerja pada tahun 2 dan mula mengajar untuk tahun 3 pula... dulu-dulu memang tension sebab terkejar-kejar, preparation sebelum masuk kelas pun double dan proses mengajar tu selalu terganggu bila murid tahun yang berlainan asyik datang bertanya ketika sedang mengajar tahun yang lain, tapi alah biasa tegal biasa... dulu masih tercari-cai rentak, tapi sekarang dah jumpa formula yang sesuai untuk menangani  situasi itu... =))

Tapi dulu masa awal-awal dapat berita posting dulu, serius saya ingat saya dapat sekolah kat Terengganu.. hahaha, tapi masa tu JPN Perak yang telefon.. gara-gara nama sekolah yang sama.. dan sekolah yang kat Terengganu tu saya bersama kawan-kawan matematik yang lain pernah handle Kem KIA 2M... rupanya nama sama sebijik-bijik... satu dekat Perak dan satu dekat Terengganu... dua-dua sekolah SKM, tapi dekat Terengganu tu sekolah orang asli dan sekolah saya pulak sekolah biasa.. memang dah suratan....sampai kawan kalau tanya nama sekolah, mesti diorang ingat sekolah orang asli yang dekat Terengganu tu.. hihihihi....
                                                                    
apa kaitan antara dua-dua sekolah ni?

yang ni kat Perak
yang ni kat Terengganu

p/s: kerja banyak lagi tak siap... tapi sempat lagi buat karangan kat sini.. lain yang nak diceritakan tapi lain pulak yang ditaip... aisehhhhh, nantila cite semula-semula 

July 23, 2011

annoyed, but i'm happy

  

kehidupan ni memang betul la... kita tak dapat nak jangka...
hari ni mungkin warna hijau, esok mungkin warna merah dan ada hari-hari nya mungkin hijau dengan merah sekali...
apa maksud hijau dengan merah lak kan?
as for me,
hijau tu mewakili hari-hari yang menyenangkan kita, dan merah tu pulak untuk hari yang sebaliknya...
minggu ni pulak memang minggu, hari-harinya merah sahaja...
banyak betul perkara-perkara dan hal-hal yang membuatkan diri rasa nak marah, geram dan menyampah...
antaranya hal KSSR  dan cerita disebaliknya tu... nanti entri lain citer k..

tapi semua hari-hari merah saya dah bertukar kepada hijau bila tibanya hari jumaat... really, i love weekends...
banyak sebab.. antaranya sebab MBB is available, 
dan dapat rehatkan badan  dan minda yang penat sangat mengharungi hari-hari merah...  
tapi hujung minggu ni pun nak kata boleh rehat sepenuhnya pun tak jugak sebab banyak kerja-kerja menanti untuk menyambut kunjungan PPD ke sekolah tapi sekurang-kurangnya berada di rumah membuatkan diri tenang, walaupun sorang-sorang...

harap dapat survive untuk seminggu je lagi... sebab minggu depan nak balik rumah dah... =) 
sekolah ambil cuti awal ramadhan... plus nak apply CRK 2 hari.... bersyukur sangat sebab dah 6 tahun tak dapat puasa awal ramadhan dengan family...  
dan doakan agar sesi pemantauan tu berakhir tanpa apa-apa yang buruk...
semoga segalanya dipermudahkan...

p/s: mendapat satu ketetapan.. hati berbunga-bunga... semoga segalanya berjalan mengikut perancangan.. InsyaALLAH...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...